Laura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...
"Awak cepat lah sini!" Laura menarik lengan Zayn, membawa lelaki itu memasuki kedai yang terdapat banyak patung yang comel. Zayn hanya mengikut sahaja langkah Laura itu.
"Saya nak tu." Jarinya menunjuk ke arah satu anak patung dino yang berwarna merah jambu. Zayn mencapai anak patung tersebut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ni?" Laura menganggukkan kepalanya berkali kali sambil tersenyum sehingga tertutup matanya.
"Why?" Zayn memberikan patung tersebut kepada Laura.
"Iya lah, Zach kan tak ingat saya, nanti kalau nak tidur saya nak peluk siapa? Awak? Jauh sama sekali tak boleh. Jadi apa kata awak belikan patung comel ni untuk saya!" Laura memeluk erat patung dino itu, buat macam dah jadi milik dia. Dia ingin menambah koleksi patungnya, jangan risau olaf tidak dilupakan. Zayn pula hanya menganggukkan kepala.
"Yang tu juga!" Seperti anak kecil, Laura menunjukkan satu lagi patung dino yang berwarna biru. Sekali lagi Zayn mencapai anak patung tersebut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Anak patung itu diserahkan kepada Laura tetapi gadis itu menolak.
"Kenapa tak nak pula? Tadi minta."
"Untuk awak." Zayn yang ingin meletak semula anak patung itu terhenti. Zayn memandang wajah Laura bersama kerutan di dahi.
"Aku?" Laura hanya menganggukan kepalanya.
"Tak nak lah, tak gentle lah ada anak patung. Kau boleh lah, kau tu budak kecil lagi."
"Ambil lah. Belanja diri awak sendiri." Laura tergelak dengan ayatnya sendiri.
"Daripada aku belanja diri aku benda ni, baik aku beli makanan. Boleh makan. Aku nak buat apa dengan benda ni, kalau aku ada anak boleh lah."
"Tak elok tau kalau kita tak ikut cakap isteri ni." Laura dan Zayn sama sama menoleh ke arah satu suara yang menegur mereka. Siapakah?
"Apa dia pak cik?" Laura dengan mesranya bertanya.
"Dulu pak cik selalu tak dengar mak cik kamu, bila dia dah tak ada baru lah pak cik menyesal. Anak patung ni nanti lah jadi kenangan. Kamu ikut aje lah cakap isteri kamu ni nak ya. Pak cik pergi dulu." Laura sudah tergelak manakala Zayn pula tergamam. Isteri? Kalau Zach tahu, mampus dia.
"Ehem, wahai encik suami. Ambil lah ni okay? Awak kena ikut cakap isteri. Hahahaha!" Laura makin galak menyakat Zayn.
"Laura kau ni, kalau suami kau tahu, padan muka kau." Zayn mengikatkan Laura bahawa gadis itu mempunyai suami.
"Suami saya pun tak ingat saya." Tawa Laura kembali reda.
"Ambil tau!" Laura merampas anak patung yang berada di tangan Zayn lalu membawanya ke kaunter bersama sama dengan anak patung miliknya.
"Cash or card?" Pekerja kaunter tersebut bertanya kepada Laura.
"Dia bayar." Laura menunjuk ke arah Zayn yang sedang berjalan mendekati dirinya. Setelah Zayn sampai, kad dikeluarkan dan Zayn segera membuat pembayaran.
"Kita nak pergi mana pula ni?" Zayn dan Laura sama sama keluar dari kedai tersebut. Di tangan Zayn terdapat plastik anak patung yang dibeli oleh mereka sebentar tadi.
"Saya lapar." Laura memandang wajah Zayn. Zayn tersenyum kecil melihat perangai kakak iparnya itu. Dah macam bawa girlfriend jalan jalan pergi mall je.
"Jom makan, kau nak makan apa?" Mereka memulakan perjalanan mencari restoran.
"Tak kisah pun, awak lah decide." Zayn menganggukan kepala sebelum membuat keputusan makan di Pizza Hut.
Setelah makanan dipesan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Zayn memandang Laura yang sedang bermain telefon itu sebelum memulakan bicara.
"Kau tinggal rumah aku nak?" Laura yang sedang ralit membalas mesej bersama Mikhael itu segera memandang wajah Zayn. Dia tak salah dengar kan?
"Kenapa?" Telefon diletakkan di atas meja, tumpuan diberi 100% untuk Zayn.
"Aku tak rasa mama dah okay dengan kau. And aku takut kalau Zach balik rumah korang tu, dia sakitkan kau lagi teruk. Duduk rumah aku, selamat sikit, ada maid boleh teman kau. But don't worry aku tak duduk rumah tu. Aku duduk rumah mama dengan papa. So kiranya kalau kau duduk situ, boleh tengokkan rumah tu."
"Awak dah ada rumah sendiri?"
"Mestilah." Zayn menjawab pendek. Lain yang ditanya lain yang dijawab.
"Untuk bakal isteri awak kan? Tak akan lah saya pula yang nak rasmikan rumah awak dengan wife awak tu." Ternaik kening Zayn dengan kenyataan Laura.
"Laura lambat lagi aku kahwin. Daripada biar rumah tu kosong, kau duduk lah sana. Lagipun dekat dengan kedai bunga kau. Senang kau nak pergi kerja."
"Saya tak kerja lah awak. Zach tak bagi. Dia bagi saya pergi kedai kadang kadang je."
"Pergi je kerja tu, nanti aku bagitahu dia. Aku hantar kau, aku jemput kau. Okay?" Zayn menyedut sedikit air yang baru sahaja sampai itu.
"Okay lah, saya duduk rumah awak."
"Nanti aku hantar kau balik rumah, kau kemas barang sikit. Malam nanti aku ambil kau semula okay?"
"Malam?"
"Malam lah, kenapa?"
"Nanti saya kena tidur rumah awak sorang sorang ke?"
"Iya lah."
"Tapi saya takut lah tinggal sorang." Laura memuncungkan mulutnya. Memang dia tak biasa tinggal seorang diri, selama ni dia ada bersama Damia.
"Dahtu tak akan aku nak tidur rumah tu pula. Kalau tak salah di sisi agama, aku boleh teman kau, tidur sekatil lagi." Zayn dengan selambanya berkata. Seperti apa yang dikata itu sesuatu perkara yang biasa.
"Maid awak tak tidur rumah awak ke?"
"Diaorang datang untuk kemaskan rumah je, dah siap kemas around 7 diaorang balik lah. Balik pun bukan jauh, dekat dekat dengan rumah tu juga aku bagi rumah untuk diaorang duduk situ."
"Iya lah."
"Kalau kau takut, call je aku. Buat masa sekarang, kau bergantung dekat aku sekejap, sementara tunggu Zach nak ingat semula." Zayn berkata dengan prihatin. Dia tahu gadis itu bergantung pada Zach selama ini, jadi apabila Zach tiada di sisi Laura, gadis itu terkapai kapai tidak tahu ingin apa yang perlu gadis itu lakukan. Jadi Zayn bersedia untuk menolong isteri abangnya kembarnya itu.