"LAURA HANNANIAH! BANGUN! KAU DAH LAMBAT!" Damia Adriana menjerit di telinga Laura Hannaniah apabila mendapati wanita itu tidak bangun lagi selepas lima kali dikejut.
"Ei Mia! Kau ni bising lah! Cuba faham aku ni penat, mengantuk, nak tidur lah." Mata dibuka tetapi separuh sahaja.
"Ha yelah kalau kau layankan sangat penat, mengantuk kau tu siapa nak buka kedai ha? Aku? Eh Miss Laura Hannaniah aku ni doktor bukannya florist. Baik kau bangun sebelum-" Percakapan Damia terhenti apabila Laura menutup mulutnya.
"Sebelum apa? Kau ni membebel je kerja kan? Patut lah single! " Laura dah pun bangkit dari baring.
"Eh hello, tolong sedar diri tu sikit. Kau pun sama je lah. Kau lagi teruk! Tak pernah taken langsung. Dasar forever alone!"
"Amboi, amboi sedapnya mulut. Eh lagi bagus aku pilih untuk jadi forever alone tau! Kurang lah sikit dosa aku." Laura tersenyum memandang Damia.
"Kau tu yang mengada, ramai je orang nak dekat kau. Kau ingat aku tak tahu yang ramai datang dekat kedai bunga kau bukan nak beli bunga tapi nak beli kau! Kau tu memilih sangat nak yang mata biru lah hijau lah apa lah. Eh senang kau kahwin dengan alien je lah. Kau sedar tak yang kau tu hidup dalam dunia nyata. Kau takkan jumpa lah mamat mamat yang mata dia lain daripada orang lain. Laura Hannaniah, ni Malaysia, bukan Spanish. Stop dreaming around. Kau bukan watak heroin dalam cerita novel. Faham?" Damia membebel sambil tu dengan gaya tangan sekali.
"Aku tak faham lah dengan kau ni. Macam mana lah patient kau boleh tahan dengan bebelan kau ni! Cair taik telinga aku tau tak! Kau dah cakap dengan aku benda ni dah lebih sepuluh kali dah. Aku dah cakap dengan kau kan bahawa aku sedar diri aku ni bukan watak dalam novel. Berapa kali aku nak cakap dengan kau. Aku hanya menunggu jodoh aku tiba. Dah ada jodoh nanti aku fikir kan lah masa depan aku macam mana. Apa salahnya aku bercita-cita nak ada pasangan yang matanya berwarna hijau ke biru ke. Aku tak suruh pun kau derma mata kau dekat diaorang! Lantak aku lah." Laura memeluk tubuhnya dan bibirnya dimuncungkan.
"Oi makcik! Kau ingat jodoh tu datangnya dari langit ke ha? Cari lah ngek!" Damia mengetuk perlahan kepala Laura.
"Mia! Sakit lah! Tak nak lah aku cari lagi. Nanti nanti kan boleh. Bagi lah aku kumpul duit dulu. Tunggu aku ada rumah dulu, tunggu aku ada kereta dulu." Laura menggosok kepalanya yang diketuk Damia tadi.
"HAHAHAHA. Kau buat lawak apa Hanna oi. Kalau kau nak tunggu kau ada semua tu. Sampai ke tua lah kau tak kahwin. Dah lah buang masa aku cakap dengan kau pasal jodoh. Baik kau pergi mandi lepastu bersiap turun bawah makan lepastu aku hantar kau pergi kedai. Now!" Damia terus keluar dari bilik Laura.
Baru sahaja Laura mengambil tuala dan ingin masuk ke dalam bilik air, Damia menjerit dari luar.
"Cepat sikit! Aku dah lambat nak masuk kerja!"
"Yelah makcik! Hish, membebel je kerja. Mak dia bagi makan apa pun aku taktau."
Setelah selesai mandi, Laura membuka almarinya.
"So let's see, what imma gonna wear today." Laura membelek baju bajunya. Damia yang macam tahu tahu je Laura tengah buat apa terus jerit dari luar.
"Woi makcik cepat lah! Kau nanti nak makan lagi lah! Apa lah! Makan dah lah slowmotion! Cepat sikit boleh tak! Tak payah nak pilih pilih baju sangat lah! Kau tu pakai hoodie je! Tak de baju lain! Aku bagi kau masa 10 minit je untuk bersiap! Cepat! Aku tunggu dalam kereta! Nanti makan roti bakar je. Get it kid?!" Damia terus turun ke bawah.
"Membebel lagi. Patut lah aku korek telinga semalam tak de apa apa. Dah cair dah agaknya. Haih." Laura menutup matanya sekejap dan mencapai hoodie berwarna soft pink. Dia kemudian menyarung inner neck di kepala dan memakai topi berwarna soft pink juga.
Dia memakai sedikit lip balm berperisa strawberry. Perfume berbau vanilla disembur. Laura memandang cermin dan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Laura suka tengok penampilannya sekarang. Kepala hoodie dipakaikan di kepala.
"That's it! Laura Hannaniah is ready for work!" Laura mencapai sling bag nya dan turun ke bawah. Roti yang sudah disapu jem strawberry diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.
Dia memakai sneakersnya dengan mulut yang menggigit roti tadi. Setelah mengunci pintu, Laura berlari dan masuk ke dalam kereta tempat sebelah pemandu.
"Jom! Kita gerak sekarang!" Laura tersengih memandang Damia yang dh buat muka itu.
"Lambat." Damia menjeling Laura dan mula memandu keluar dari kawasan itu.
"Ala. Hari hari macam ni. Takkan kau tak biasakan diri lagi." Laura memandang ke luar tingkap. Memang tabiat dia kalau naik kereta mesti pandang luar. Katanya nak menghargai ciptaan Tuhan.
Damia hanya mendiamkan diri. Faham sangat dengan perangai Laura yang banyak mulut itu. Sepatah orang cakap berpatah patah dia balas.
Setelah sampai di satu kedai yang bernama 'Hanna's Florist'. Damia memberhentikan kereta betul betul di depan kedai itu.
"Dah sampai. Kalau ada apa apa call or inform aku dulu tau."
"Okay sister! Aku masuk dulu tau. Happy working!" Tangan Damia disalam dan Laura turun dari kereta. Damia tua 2 tahun dari Laura. Laura berumur 23 tahun manakala Damia berumur 25 tahun. Walaupun cara mereka bergurau agak kasar, tapi Laura masih hormat Damia sebagai orang tua. HAHAHA.
"Bye bye big sis! Me loving you every single day! Laura melambai lambaikan tangannya seperti budak kecil.
"Me too! Bye bye lil sis! " Dan kereta Damia laju meluncur membelah jalan raya untuk ke hospital.
"So let's open the shop! Another exciting day will begin! " Dan Laura pun masuk ke dalam kedai tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
RomantikaLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...