BAB 12

4.3K 188 3
                                        

Setelah selesai majlis akad nikah yang berlangsung di masjid. Laura, Zach dan yang lain bertolak untuk pergi ke hotel milik Zach. Majlis persandingan bakal di adakan di dewan hotel itu.

Laura baring di atas katil setelah sampai di hotel. Bilik Zach berada di hadapan biliknya. Cincin di jarinya dipusingkan. Majlis persandingan bakal bermula pada malam itu. Jadi dia masih ada masa untuk berehat. Walaupun sekejap.

"Huh. Tak sangka yang kau dah pun sah menjadi hak milik Zach Alexander." Mulutnya tersengih apabila teringatkan peristiwa di masjid sebentar tadi.

"Zach Alexander bin Mohamed."

"Saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Laura Hannaniah binti Luqman Hakeem dengan mas kahwinnya sebanyak 10,000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Laura Hannaniah binti Luqman Hakeem dengan mas kahwinya sebanyak 10,000 ringgit tunai."

"Sah? Sah. Alhamdullillah." Tangan ditadah tanda syukur pada yang Maha Esa. Laura hampir menangis namun air matanya berjaya ditahan.

"Tak sangka budak kecil ni dah kahwin." Damia yang berada di sebelah Laura memeluk gadis itu. Encik Luqman tersenyum melihat anaknya yang cantik dan telah menjadi isteri orang dan bukan lagi di bawah tanggungjawabnya.

'Kalau mama Laura ada mesti mama Laura happykan. Papa gembira tengok anak papa gembira. Semoga cinta Laura dan si dia kekal hingga ke jannah.' Air mata Encik Luqman menitik. Tetapi cepat cepat diseka.

Zach bangun dn merapati Laura untuk menyarugkan cincin di jari kecil wanita itu. Setelah menyarungnya, Zach membisikkan sesuatu di telinga Laura sebelum mencium dahi gadis itu.

"You're mine."

"Hoi!" Senyuman Laura terhenti apabila seseorang memukul pehanya Siapa lagi kalau bukan Damia!

"Sengih sengih dari tadi. Angau dengan husband sendiri!" Damia duduk di hujung katil Laura.

"Biar lah aku angaukan suami aku sendiri. Bukan siapa siapa pun." Laura menjeling Damia.

"Yalah kau. Dah cepat bangun, mak andam dah sampai nak make up kan kau. Majlis tinggal berapa jam je lagi. Tak de maknanya kau boleh rehat. Nak rehat malam karang." Laura memuncungkan mulutnya.

"Alah Mia, bagi aku rehat sekejap je. Aku janji. Aku penatlah." Laura memegang tangan Damia.

"Takde takde, kau bangun sekarang. Aku panggil Zach kang suruh angkat kau." Damia sudah mula menggunakan kuasanya.

"Okay, okay! Aku bangun. Tak payah panggil Zach."

"Cepat sikit."

Tepat pukul 8:30 malam, dewan hotel itu telah dipenuhi dengan manusia manusia yang berada. Terdapat juga beberapa orang staf Zach.

Zach yang segak bertuxedo berdiri di hadapan pintu yang tertutup, menunggu kehadiran Laura. Seteleh beberapa minit, Laura datang dengan dipimpin oleh Damia.

Zach tergamam melihat Laura yang cantik dengan pakaian pengantinnya itu. Laura tersenyum ke arah Zach. Zach menghulurkan lengannya.

Laura memautkan tanggannya di lengan Zach

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Laura memautkan tanggannya di lengan Zach. Dapat Zach rasakan yang tangan gadis itu sejuk akibat gementar.

"Kau-" Kata kata Zach terhenti apabila Laura memotongnya.

"Awak nak cakap saya nampak cantikkan? Saya tahu saya memang cantik pun. Terima kasih." Laura tersenyum ke arah Zach. Sebenarnya dia berkata begitu bagi menghilangkan rasa gementarnya.

Zach agak tergamam apabila Laura memuji dirinya sendiri.

"Awak pun nampak kacak sangat malam ni. Untung saya dapat suami sekacak awak. Kan?" Pegangan di lengan Zach makin dieratkan. Zach hanya tersengih dan mencium pipi Laura. Terus membulat mata gadis itu.

"Awak!" Laura mengecilkan matanya.

Dan serentak dengan itu, pintu dewan itu dibuka. Semua manusia yang berada di dalam dewan itu tertumpu ke arah mereka.

Zach memandang sekilas ke arah Laura yang nampak semakin gementar.

"Control your face. Semua orang tengah tengok kau. Just cool down. Don't worry. Aku ada." Setelah Zach memberi kata kata semangat, barulah Laura mampu tersenyum.

Para tetamu menjamu selera termasuklah kedua mempelai itu. Setelah makan dan ada yang sudah beransur setelah mengucapkan tahniah, Zach membawa Laura ke arah meja yang diduduki oleh keluarganya dan keluarga milik Laura, iaitu Encik Luqman dan isterinya, papa dan mama Damia dan Mikhael serta Damia dan Mikhael.

"Eyyo big bro! Congrats!" Zayn yang segak itu memeluk bahu abangnya.

"Tahniah Zach, Laura." Giliran Puan Hanna pula yang mengucapkan kata tahniah.

"Thanks ma, thanks pa." Zach duduk di atas kerusi dan menarik tangan Laura untuk duduk di sebelahnya. Keadaan mereka agak rapat.

"So, you dah fikir nak pergi honeymoon dekat mana?" Encik Mohamed sekadar bertanya untuk mengelakkan rasa janggal di antara diri masing masing.

"I don't know yet pa. Zach tengah fikir macam macam. Pasal kerja lagi." Zach melingkarkan tangannya di pinggang Laura.

"Bro, pasal kerja, tak pe, biar aku handle. Pergi lah bawa si Hanna tu pergi honeymoon. Kesian dia." Mikahel mula mencelah.

"Erm okay. Tengok lah macam mana dulu."

Majlis telah selesai. Semua sudah pulang kecuali Laura dan Zach. Mereka akan bermalam di hotel itu. Dan esok Zach akan membawa Laura berpindah di rumahnya.

Mereka masuk ke dalam bilik setelah semua urusan di dalam dewan itu selesai. Laura terus terbaring di atas katil. Matanya dipejamkan.

"Hey, pergi mandi dulu, salin baju and then baru masuk tidur." Zach duduk di sebelah Laura. Tangannya membuka butang kemeja yang dipakainya sehingga menampakkan dadanya yang tegap.

"Penat." Hanya satu perkataan itu yang keluar dari mulut Laura. Sambil itu tangannya membuka satu persatu pin yang berada di tudung yang dipakainya.

"Sayang." Zach sudah melembutkan suaranya. Memujuk. Sambil itu tangannya menolong Laura. Dan dengan cermatnya tudung gadis itu dibuka dan diletakkan di tepi.

Laura membuka matanya dan bertembung dengan mata milik Zach. Dengan perlahan lahan Zach mencium bibir Laura.

"Bangun cepat, aku nak mandi pula. Cepat kau mandi, cepat aku mandi, cepat kita tidur. All right? Hurry up." Setelah berkata begitu. Dengan malasnya Laura membangkitkan diri dan masuk ke dalam bilik air.

Zach hanya menggelengkan kepalanya. Telefon yang berada di atas meja diambil dan dia memain telefon itu sementara menunggu Laura.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang