BAB 47

4.2K 195 14
                                        

"Nak kahwin sangat kan korang. Hadap lah!" Zayn berkata sambil matanya menjeling abang kembarnya dan Bella. Geram dirinya dengan Zach, tak fikir panjang terus setuju. Bodoh! Zayn bangun dari duduk meninggalkan mereka dan menuju ke arah bilik Laura.

Zach, Bella dan Daniel masih berdiam diri. Zach memejamkan matanya sebentar, tiba tiba sakit kepala menyerang.

"Balik lah. Yang selebihnya kita bincang esok." Zach menyandarkan kepalanya di sofa. Langsung tak memandang wajah serba salah Bella.

"Zach i minta maaf." Bella berkata apabila Zach hanya mendiamkan diri.

"Balik." Hanya satu perkataan yang keluar dari mulut Zach. Daniel mencapai tangan Bella dan memandang wajah wanita itu. Daniel menganggukan kepalanya menandakan semuanya akan okay. Bella memberi senyuman kecil kepada tunangnya. Lalu mereka berdua berdiri bersedia untuk beredar.

"I balik dulu."

"Erm." Bella dan Daniel pun berlalu untuk pulang. Zach mengeluh.

"Tolong lah, aku baru nak berbaik dengan Laura kot." Wajahnya diraup kasar, rambutnya pula dikuak kasar. Matanya terarah pada tangga. Dan sekali lagi dia mengeluh.

"Bao, come on. Buka lah, ni Zayn bukan Zach." Pintu diketuk beberapa kali. Tangisan Laura kuat sehingga Zayn yang berada di luar pun boleh dengar.

"Saya sakit Zayn!" Laura tersandar pada pintu. Gadis itu menangis teresak seperti dulu di mana dia dapat tahu Zach mengalami kemalangan. Kali ini, Zach bakal berkahwin dengan Bella pula.

'Ya Allah, ujian apa ni? Kenapa berat untuk aku terima?'

"I know you hurt inside. Open the door, so that aku boleh tenang kan kau. Jangan lah macam ni. Open the door, please." Sekali lagi Zayn mengetuk pintu bilik itu. Zayn memandang Zach apabila lelaki itu turut naik untuk memujuk Laura. Zayn memberi ruang untuk Zach mencuba. Baru sahaja Zach ingin mengetuk pintu, pintu terbuka dari dalam.

Terpamerlah wajah Laura yang kemerahan akibat menangis.

"Laura--" Baru sahaja Zach ingin bersuara Laura memotong.

"Saya nak Zayn tak nak awak." Tangan Zayn ditarik lalu pintu ditutup. Membiarkan Zach berseorangan di luar. Zach pula sudah tergamam.

"Laura." Pintu diketuk. Zach mencuba, mana tahu Laura nak buka.

"Pergi main jauh jauh lah! Saya tak nak tengok muka awak! Pergi kahwin terus dengan Bella kesayangan awak tu!" Laura mejerit dari dalam seperti melepaskan segala yang terpendam. Zayn memandang wajah Laura. Terbit rasa kesian dengan gadis itu. Terlalu berat ujian yang dipikul gadis itu.

Laura memandang wajah Zayn yang diam hanya merenung wajahnya. Air mata disapu menggunakan tapak tangan.

"Jangan lah tengok, saya buruk." Laura mengambil langkah menuju ke arah katil lalu duduk bersila di atas katil itu. Zayn tergelak mendengar kenyataan Laura.

"Dah lah tak nak nangis macam ni lagi. Aku tahu kau kuat. Kau doa banyak banyak okay?" Zayn mendekati Laura lalu duduk di atas lantai menghadap Laura.

"Hey, i'm talking. Are you listening?" Zayn memandang Laura yang hanya mendiamkan diri itu. Laura pula hanya mengangguk kecil.

"Esok kita gerak rumah mama, nak tengok apa jadi, sebab mak perempuan tu nak jumpa family kita." Laura hanya memandang wajah Zayn, tidak angguk tidak geleng.

'Dah lah Laura. Ikut je apa yang diaorang nak. Kau kuat. Kau boleh.'

"Dah, tak mau lah sedih sedih macam ni. Kau sedih aku double triple sedih tau tengok kau macam ni. Erm, bao?" Zayn membuat wajah kesian, sambil mata dikebilkan, membuatkan Laura tersenyum kecil.

"Mengada." Laura menolak perlahan bahu Zayn lalu mereka sama sama tergelak.

"Macam ni lah baru bao aku. No cry cry dah okie?" Laura mengangguk bersama senyuman. Untung siapa yang dapat Zayn. Lelaki itu amat sabar melayan kerenahnya.

"Bagitahu Zach malam ni dia tidur tempat lain. Saya tak nak tidur dengan dia. Lepas tu balik dari rumah mama esok, saya nak duduk rumah awak, tak nak tinggal dekat sini." Zayn hanya mengangguk setuju dengan kehendak Laura.

"Okay dah kan? Nanti aku bawa dinner for you. Pergi mandi, lepas dinner, rehat. Tak nak menangis, tak nak fikir dah pasal Zach tu. Okay." Zayn mula berdiri dari duduk. Bersedia untuk keluar.

"Zayn." Laura memanggil perlahan.

"Ya?" Zayn memandang Laura.

"Thank you." Laura memberikan Zayn satu senyuman yang ikhlas.

Zayn tersenyum kembali. "My pleasure bao. Dah, rehat." Zayn keluar dari bilik itu lalu menutup pintu. Zach yang masih berdiri di hadapan pintu dipandang.

"How?" Zach bertanya.

"Malam ni kau tidur bilik lain, dia tak nak tengok muka kau. Dia tak nak duduk sini teman kau. Dia nak balik rumah aku esok lepas kita pergi rumah mama." Zayn yang baru sahaja hendak berlalu pergi ditahan oleh Zach.

"Tu je?" Zach menyoal.

"Itu je lah, kau nak dia cakap lagi. Zach kalau aku jadi Laura pun aku kecil hati tau. Bella tanya masa tu, masa tu juga kau jawab, macam tak fikir langsung. Apa benda yang kau kena jaga sangat hati mak dia tu? Esok dia datang, kau cakap je lah kau tak nak dan kau dah kahwin. Tak kan orang tua tu jenis yang tak faham bahasa kot." Zayn memandang Zach geram. Itu pun nak orang ajar.

"Kau tak faham aku Zayn."

"Benda kau ni? Sebab dia ex kau jadi kau kena tolong? Eh korang ingat kahwin ni macam main pondok pondok ke? Kau sedar tak, kau tu dah nyanyok dan orang yang kau tak ingat, tu, isteri kau. Bella kau ingat kan. Bodoh tak mustahil lah kau boleh jatuh balik dekat dia. Itu yang isteri kau takut. Bodoh fikir macam budak umur 3 tahun." Zayn berkata dengan kasar, lantak lah Zach nak terasa ke apa, dia tak hormat ke apa. Zach dah melampau kot! Zayn meninggalkan Zach berseorangan. Biar Zach hadam apa yang dia cakap.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang