"Dear bangun kita dah sampai ni." Zach menepuk perlahan pipi Laura kerana gadis itu nampak lena sangat.
Laura mengerutkan keningnya. Perlahan lahan matanya dibuka.
"Dah sampai ke?" Laura memandang wajah Zach yang agak rapat dengannya.
"Lagi 10 minutes." Zach mengambil tangan Laura lalu menggenggamnya erat.
"Saya nak tidur lagi. Mengantuk lah." Laura meletakkan kepalanya di atas bahu Zach.
"Nanti kita dah check in hotel kau tidur lah puas puas. Aku kejut kau awal so that nanti tak ada lah kau kalut sangat bangun bangun terus nak keluar." Zach mengusap kepala Laura perlahan.
"Awak buat macam tu lagilah awak menggalakkan saya tidur tahu." Laura yang menguap itu menutup mulutnya.
Setelah 10 minit menunggu, akhirnya tiba lah Zach dan Laura di Incheon International Airport.
"Oh my god! I can smell the aroma of Korea! Argh!" Laura dengan muka tak tahu malunya mendepakan tangannya lalu menghirup udara di tengah tengah orang yang sedang lalu lalang di dalam airport itu.
Zach yang melihat sudah menggelengkan kepala. Tangan Laura yang didepakan itu diturunkan.
"Kau ni, kesian dekat orang lalu lalang kena elak kau pula. Kalau excited sekali pun tak payah lah sampai enjoy the view dalam airport ni." Setelah berkata begitu Zach mencapai tangan Laura dan menggenggam tangan kecil itu.
"Jom check in hotel. Tadi mengantuk sangat kan? Kita rehat dulu, kalau kau rasa nak keluar harini, malam nanti kita keluar jalan jalan. Kalau rasa penat, kita keluar esok je. Boleh?" Mereka mula berjalan ke luar dari kawasan lapangan terbang itu dan menuju ke arah kereta sewa yang telah disewa oleh Zach.
"Saya okay je. Saya ikut je apa yang awak nak buat." Mereka menaiki kereta tersebut. Dan Zach mula memandu kereta tersebut.
"Mana boleh macam tu. This is your first time dekat sini kan. Nanti kita google lah tempat tempat yang interesting sama sama. Tak nak lah aku seorang je yang planning nak pergi mana."
"Okay kalau dah awak cakap macam tu. Saya rasa malam ni kita rest lah dulu. Kita cari tempat yang menarik yang kita boleh pergi."
"Okay then." Dan di dalam kereta itu kembali sunyi. Laura hanya diam dan menikmati pemandangan kota Seoul yang indah itu.
Setelah tiba di hotel yang sudah ditempah oleh Encik Mohamed, Laura tidak lepas dari memandang hotel tersebut.
"Apa nama hotel ni awak?" Mana kan tidaknya, hotel tersebut kelihatan tersangatlah mewah dan selama seminggu mereka akan menetap di sini.
"Signiel Seoul Hotel. Aku tak tahu pula papa booked hotel semewah ni." Zach juga terkejut. Ingat kan papanya nak booked hotel biasa biasa je.
"Dari luar pun designed dia nampak mewah. Dalam dia mesti lagi cantik kan awak." Laura sudah terpegun dengan kecantikan dan kemewahan hotel itu.
Setelah selesai meletakkan kereta. Zach dan Laura pun turun dan menuju ke lobi hotel tersebut. Setelah selesai check in, mereka pun bergerak menuju ke bilik mereka.
Sepanjang perjalanan mereka ingin ke bilik mereka, Laura kelihatan sangat terpegun dengan hiasan dan kemewahan hotel tersebut.
Masuk sahaja ke dalam bilik mereka lagilah tergamam Laura dibuatnya.
"Awak! Betul ke ni hotel? Kenapa hotel ni mewah sangat." Laura terus berlari ke arah katil dan terus baring di atas katil tersebut.
"Suka?" Zach mengunci pintu setelah meletakkan bagasi mereka di tepi katil. Zach segera menuju ke arah Laura dan duduk di atas katil di sebelah Laura.
"Suka lah. Bilik ni cantik sangat." Laura sudah pun duduk di sebelah Zach. Rapat.
"Well thanks to papa. Aku tak sempat nak buat research pasal hotel semua." Zach baringkan dirinya lalu memejamkan matanya. Penat.
Sementara Laura pula pergi meneroka setiap pelosok bilik ini.
"Wah. Tandas dia pun mewah. Memang lama lah aku mandi nanti."
"Hey. Patut lah aku panggil tak sahut. Leka sangat." Zach mendekati Laura yang duduk di tepi tingkap di dalam bilik air.
"Kenapa awak panggil?" Laura menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Zach.
"Teman aku tidur. Malam nanti nak buat research pula kan." Zach menarik perlahan lengan Laura dan mereka sama sama baring di atas katil, sehingga kedua duanya terlena.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...