BAB 10

5K 210 0
                                        

Laura melipat telekung setelah selesai menunaikan solat. Telefon diambil dan dia duduk bersandar di kepala katil. Kata-kata Zach siang tadi mula berlegar di kepala.

Laura seakan tidak percaya dengan kata-kata Zach. Memang lah cara Zach tak romantik bila melamar dia tapi Zach kot yang ajak dia kahwin! Zach Alexander!

"Betul ke awak nak kahwin dengan saya? Awak tak akan menyesal? Awak tak akan ada rasa nak ceraikan saya lepas kita kahwin? Awak yakin ke saya boleh tolong awak lupakan Bella? Awak rasa saya yang terbaik untuk awak?" Bermacam macam soalan yang ditanya oleh Laura.

"Kau tanya aku macam macam ni maksudnya, kau sudi lah kan kahwin dengan aku." Zach sudah tersengih.

"Bukan lah! Saya cuma takut je. Mana tahu awak salah cakap ke." Laura menundukkan wajahnya.

"Macam ni lah, aku bagi kau masa seminggu untuk fikir. Aku tak nak cakap apa apa lagi dah tapi yang pasti, aku ikhlas nak kau jadi isteri aku."

"Ha! Kau termenungkan Zach lah tu!" Damia yang entah datang dari mana tiba tiba sergah Laura.

"Hish kau ni! Terkejut aku tahu tak. Kalau aku ada penyakit jantung tadi. Tak ke mati aku dekat sini. Tak sempat aku nak kahwin dengan Zach." Laura mengambil anak patung olafnya dan memeluk anak patung itu.

"Kau betul ke nak kahwin dengan dia?" Damia mula serius. Laura sudah pun menceritakan semuanya dekat Damia.

"Aku tak tahu lah Mia. Aku buntu dan takut. Aku takut kalau satu hari nanti Bella tu datang lepastu tagih kasih sayang dari Zach. Kalau Zach tinggalkan aku macam mana." Laura membuat muka ingin menangis. Pertama kali dia merasakan perasaan begini.

"Kau ni jauh sangat fikir. Macam ni lah. Kau buat solat istikarah. Kalau betul dia tu jodoh kau, Allah akan tunjuk. Dah kau tidur. Esok nak pergi kerja." Damia menepuk perlahan bahu Laura.

Baru sahaja Damia ingin keluar dari bilik Laura, Laura memanggilnya.

"Mia." Laura berdiri dan memeluk Damia yang berada dekat pintu bilik Laura.

"Thank you." Damia tersenyum dan membalas pelukan Laura.

"Welcome. Dah tidur. Good night." Damia meleraikan pelukan.

"Good night."

Laura bangun dari tidur. Sebenarnya tak tidur sangat. Asyik terjaga je. Dia tengah fikirkan lamaran Zach tu.

"Patut ke aku terima lamaran dia? Bersediakah aku nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Papa! Aku tak bagitahu papa lagi. Tapi masalahnya sekarang ni, aku terima ke tak dia. Ya Allah, kau berikanlah aku petunjuk."

"Hanna!" Damia menjerit dari luar.

"Ya! Ya! Aku dah bangun ni! Tinggal nak bersiap je!" Laura cepat cepat turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air.

Setelah siap, Laura mencapai sling bagnya. Dia berlari masuk ke dapur. Roti yang telah disapu jem strawberi di ambil dan dimasukkan ke dalam mulut. Laura segera menyarungkan kasutnya dan belari ke arah kereta Damia. Namun dia pelik apabila ada sebuah kereta terletak di luar pagar rumah.

Damia yang sedar dengan kehadiran Laura itu keluar dari kereta.

"Hanna, aku lupa nak cakap dengan kau, Zach datang nak ambil kau bawa pergi kerja." Damia berkata dan memandang ke arah Zach yang berjalan ke arah mereka.

"Ha?!" Zach berdiri di belakang Laura.

"Jom, Laura. Aku hantar kau pergi kerja hari ni." Zach segak memakai kemeja. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.

"Tak apalah, Mia kan ada, dia boleh hantar saya pergi kerja. Awak tak payah susah susah."

"Hei kau merepek apa. Zach dah sampai depan rumah dah ni. Takkan lah kau nak hampakan dia. Kesian dia pagi pagi lagi dah datang nak jemput kau pergi kerja tau." Damia mula membela Zach.

"Jom?" Zach masih menunggu jawapan dari Laura.

"Okay lah. Mia aku gerak dulu tau." Laura berdiri rapat ke arah Zach.

"Okay balik nanti aku ambil atau Zach?" Damia ingin memastikan dahulu, buatnya Zach tak ambil Laura, tak ke bising budak tu.

"Jangan risau, aku ambil, aku hantar."  Zach berjalan ke arah keretanya. Laura mengikut langkah Zach setelah bersalaman dengan Damia.

Suasana di dalam kereta senyap sehingga lah mereka tiba di destinasi. Laura ingat Zach tak nak turun, rupanya Zach turun dan mengikutnya masuk ke dalam kedai.

Laura meletakkan bagnya di kaunter. Sambil itu, dia memakai apron.

"Awak tak kerja ke?" Laura bersusah payah mengikat tali apron tersebut. Zach yang seakan perasan itu menarik Laura dan memusingkan badan Laura dan ini menjadikan Laura membelakanginya.

"Aku masuk lambat sikit." Zach berkata sambil mengikat tali apron tersebut.

Setelah selesai, Zach mula duduk di atas kerusi yang disediakan. Laura yang melihat itu pelik.

'Mamat ni tak nak masuk kerja ke apa?' Laura mula duduk di atas kerusi di kaunter.

Selang beberapa minit, ada seorang pelanggan masuk ke dalam kedai.

"Selamat datang. Oh hi, Tengku Adam. Lama tak nampak." Laura mengeluarkan sengihan palsunya. Zach hanya memerhati.

"Hi Hanna. Ada je, sibuk sikit. Nah, bunga untuk awak." Tengku Adam menghulurkan sejambak bunga ros di hadapan Laura.

"Awak ni, susah susah je beli bunga untuk saya, dekat kedai ni berlambak bunga ros, saya boleh ambil bila bila masa saya nak dan banyak mana saya nak. Awak tak perlu susah susah." Laura terpaksa mengambil jambangan bunga itu dan meletaknya di atas meja.

"Tapi bunga ni lain sikit. Saya yang bagi awak. So, ia menjadi istimewa untuk awak." Tengku Adam tersenyum ke arah Laura.

"Banyak lah kau punya istimewa." Laura mengumam perlahan.

"Apa dia?" Tangku Adam membetulkan cermin matanya.

"Ha? Takde apa apa." Zach yang perasan wajah Laura semakin tidak selesa itu mula berdiri dan mendekati mereka.

"Sayang, I got to go. Dah lambat nak masuk kerja. Nanti dah habis kerja, just inform me okay? I'll take you home." Zach berkata sambil merapatkan dirinya dengan Laura.

"Ala, awak nak pergi dah ke? Tunggu lah sekejap je lagi. Nanti saya rindu." Laura mula memanjakan suaranya.

Tengku Adam yang sakit hati melihat pasangan itu segera keluar dari kedai itu. Zach tersenyum sinis manakala Laura sudah tersenyum gembira.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang