BAB 41

3.7K 171 20
                                    

"Makan sikit lagi lah you." Bella menyuakan sudu yang terisi bubur kepada Zach.

"Tak nak lah baby. Hari hari makan bubur, i tak ada selera." Zach memandang manja wajah Bella

"Kata nak keluar hospital cepat cepat, kena lah makan. Ala, dua tiga hari ni je makan bubur. Nanti dah sihat kita makan makanan sedap okay. Cepat." Sekali lagi sudu disuakan ke mulut Zach, dan dengan perlahan lelaki itu membuka mulut.

"Good boy." Bella berkata bersama senyuman dan tanpa sedar tangannya naik mengusap kepala Zach. Beberapa saat kemudian, Bella mula tersedar. Tangannya terus ditarik.

"Kenapa stop?" Zach memandang wajah Bella pelik.

"Tak, tak ada apa. Kita dah lama tak jumpa, i tak selesa pula." Bella memalingkan wajahnya apabila Zach merenungnya.

"Apa maksud you kita dah lama tak jumpa. Baby you tak ingat ke yang 2 minggu lepas kita balik kampung i. Kita jalan sama sama, mandi sungai. You tak ingat?" Zach berkata dengan nada kecewa.

"Bu-bukan macam tu. I--" Kata kata Bella terhenti apabila pintu wad tersebut dibuka dari luar. Bella menghembuskan nafasnya lega sebelum menoleh melihat siapa yang datang.

Zayn berjalan menuju ke arah meja kopi lalu meletakkan bekas makanan yang dikirim oleh mamanya.

"Mama bagi suruh makan." Tanpa memandang ke arah Zach, Zayn terus melangkahkan kaki ke pintu wad tersebut, ingin keluar.

"Kau kenapa kurang ajar sangat dengan aku ni? Tak reti nak tegur aku?" Zach memandang tajam ke arah Zayn.

"Tak perlu kot aku rasa nak tegur kau sekarang, aku takut tertegur pasal halal haram pula. Sorry lah, aku sensitif sikit kalau benda benda ni melibatkan kakak ipar aku, isteri kau." Zayn berkata sinis tanpa memandang wajah abangnya.

"Kau mengarut apa ni! Bila masa aku kahwin? Kau cakap dengan aku sekarang?!" Baru sahaja Zayn hendak membuka mulut, telefonnya tiba tiba berbunyi. Zayn segera angkat selepas melihat nama pemanggil.

"Iya? Kenapa? Rindu?" Zayn berkata dengan suara agak kuat.

"Ish, mesti lah rindu. Haha, tak adalah. Bila awak nak sampai? Saya ada masak tau! Saya belajar denga maid awak macam yang awak suruh semalam. Cepat lah datang, rasa saya masak." Laura yang menelefon Zayn itu berkata dengan nada teruja.

"Okay kakak ipar, kejap lagi aku sampai." Zayn memutuskan panggilan.

Zayn memandang ke arah Zach dan Bella yang sedang memandang dirinya. "Kau dah keluar nanti aku akan heret kau pergi mana mana je aku pergi. I said what i said. Aku dah janji dengan kakak ipar kesayangan aku untuk kau ingat dia balik. Dan kau perempuan-" Zayn menunding jarinya tepat ke arah Bella. " Kalau kau berani berani suka balik dengan abang aku, aku tak teragak untuk tunjuk dekat lelaki tak guna ni siapa yang dah bertakhta dekat hati kau sekarang." Zayn terus melangkahkan kakinya keluar dari wad itu.

"Bodoh! Buat sakit hati aku je tengok dua ekor tu." Zayn menjeling pintu wad Zach lalu terus berjalan menuju ke keretanya.

"Apa maksud Zayn tu baby? You dah ada lelaki lain ke? Hah? Baik you mengaku cepat." Zach menggesak Bella supaya menjawab persoalannya.

"Okay, okay i tell you. Zach, you dah kahwin, dah ada wife. And you really love your wife. I dengan you dah tak ada apa apa, we are over Zach. And i dah pun bertunang. Zach i tahu you tak ingat, but please, jangan hukum isteri you macam ni. Kesian dia." Bella memujuk Zach supaya mendengar nasihatnya.

"Apa yang you-- akh." Zach memegang kepalanya kuat, telinganya kuat mendengar bunyi berdesing.

"Dia ni tunang orang! Putri Bella, kisah silam awak!"

"Argh!" Zach memegang kepalanya semakin kuat apabila ada satu suara yang seperti sedang memarahnya.

"Zach! You calm down, calm down. It's okay i ada. Jangan paksa diri you untuk ingat." Bella memeluk kepala Zach, diusap belakang badan lelaki itu. Zach kembali tenang. Pinggang Bella dipeluk erat.

"You."

"Just stay please." Bella yang baru sahaja hendak merungkaikan pelukan itu terhenti.

"Scene bodoh apa korang buat ni. Belum halal dah peluk bagai. Ingat dosa sikit." Pelukan mereka terlerai setelah mendengar suara kasar Zayn.

"Kau buat apa lagi dekat sini?" Zach memandang wajah Zayn.

"Aku tertinggal ni." Satu lagi bekal makanan yang mamanya buat khas untuk Bella diletakkan di atas meja kopi bersebelahan makanan Zach.

"Cuma nak ingatkan korang, elok sikit perangai. Jangan nak gatal sangat nak peluk bagai. Kalau dah gatal sangat kahwin terus tapi sebelum kau kahwin dengan perempuan ni, ceraikan isteri kau. Kalau rasa tak boleh nak jaga dia, aku ada. I can take a good are for her." Zayn terus melangkah keluar.

"Fikir lah elok elok apa yang aku cakap Zach. Dan percaya lah cakap aku, sumpah bila kau dah ingat nanti aku mesti kena teruk dengan kau sebab suruh kau ceraikan Laura. Hahaha."

+++

"Kakak ipar!" Zayn segera ke dapur mencari Laura.

"Ish lambat lah awak ni. Sini duduk." Laura menepuk tempat dihadapannya menyuruh Zayn untuk duduk. Zayn segera duduk di hadapan Laura.

"Okay betul ke ni kau yang masak? Atau kau suruh maid aku lepas tu kau cakap kau yang masak?" Sudu dan garfu diambil sebelum mi goreng yang terhidang di masukkan ke dalam mulutnya.

"Sedap tak? Saya yang masak tau!" Laura menyedut air kotak strawberinya sambil melihat Zayn menikmati makanannya.

"Not bad. Cuma masin sikit, later kurangkan garam okay dear." Zayn menghirup sedikit air kopi yang sudah sedikit suam itu.

"Jangan lah panggil saya dear. Zach je boleh panggil saya macam tu." Tersentak Laura apabila Zayn memanggilnya dengan panggilan itu. Sudah lah muka lelaki itu sama seperti Zach, terasa seperti bercakap dengan Zach pula.

"Okay then aku nak panggil kau apa? Kakak ipar is quite long la." Zayn diam sambil memikirkan apa yang patut dia panggil gadis itu.

"Aku panggil kau baobao boleh tak?" Zayn mencadangkan nama buat hadis itu.

"Kenapa baobao pula?"

"Sebab pipi kau besar macam pau! Geram tahu aku nak cubit!" Zayn meletakkan kedua tapak tangannya di sisi pipi Laura, tidak kena dengan pipi gadis itu.

"Hahaha, saya memang comel pun. Okay now call me baobao!" Laura dan Zayn sama sama tergelak. Ruangan dapur itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now