"Awak~" Laura memanggil Zach dengan nada yang agak manja, lalu duduk di sebelah Zach yang sedang bersandar di kepala katil itu.
"Erm? Gedik semacam ni mesti nak apa apa kan dari aku?" Zach tidak memandang wajah Laura malah matanya masih fokus menghadap iPad.
"Ei, gedik ke macam tu?" Laura memuncung kerana tidak sangka dirnya yang Zach akan cakap dia gedik.
"Gedik lah tu." Zach memandang sekilas ke arah Laura lalu tersenyum.
"Ish, dah lah tak nak cakap." Laura segera baring lalu meletakkan bantal di atas kepalanya, tetapi tidak pula dia membelakangi Zach.
"Dear, cakap, kenapa? Ei, gedik aku ni." Zach menutup iPad nya lalu mengambil bantal yang Laura letakkan di atas keplanya, dan Zach mencubit hidung Laura agak kuat.
"Ei! Jangan lah main hidung saya." Laura menepis perlahan tangan Zach dan menggosok hidungnya.
"Nak apa ni? Hm?" Zach mula bersuara perlahan lalu membelai rambut Laura.
"Esok, nak pergi hospital, masa Mia lunch boleh?" Laura memandang ke arah wajah milik Zach.
"Dariapada kau lunch dengan Mia, baik kau datang pejabat aku, boleh kita lunch sama sama." Tangan Zach masih setia membelai rambut Laura.
"Ala, ala. Tapi saya nak jumpa Mia esok. Dah janji. Boleh lah eh? Boleh lah awak." Laura merpatakan kedua tapak tangannya lalu merayu kepada Zach.
"Yang kau pandai sangat janji dengan dia kenapa? Tak fikir dulu, mungkin aku tak bagi ke?" Zach sengaja berkata begitu kerana dia ingin melihat Laura merayu lagi kerana baginya Laura kelihatan comel begitu.
"Sebab saya tahu awak akan bagi lah saya janji. Boleh lah awak, bukannya selalu saya minta keluar. Kedai bunga saya pun jarang buka sebab awak suruh saya rehat dekat rumah. Saya tak cakap apa apa pun pasal tu, saya iya kan je. Saya nak keluar sekejap je jumpa Mia, bukannya saya minta tidur rumah Mia pun. Awak selalu tau-" Percakapan atau lebih tepat bebelan Laura terhenti saat Zach mencium sekilas bibir Laura. Secara automatiknya bulat mata si Laura Hannaniah.
"Bebel je kan kau ni. Aku tak akan kurung isteri aku ni dekat rumah tanpa sebab lah, aku bagi je kalau kau nak keluar walaupun ya aku tahu nanti mesti ramai je jantan dekat luar sana yang kacau kau. Aku izinkan kau keluar. Tapi, kena suruh driver yang hantar. Bukan naik grab. Balik pun make sure driver yang jemput. Keluar untuk jumpa Mia dekat hospital je, habis je, terus balik rumah. No singgah kedai bunga kau ke apa ke. Faham? Terus balik rumah, sebab aku-" Kini Zach pula terdiam kerana Laura pula yang mencium bibirnya.
"Awak izinkan saya keluar untuk jumpa Mia je. Saya tahu awak. Dia pun banyak bebel, cakap orang pula."
Zach masih lagi dalam keadaan yang terkejut kerana dia tidak menyangka yang Laura akan mencium bibirnya.
"Oh kau, dah berani eh sekarang. Sini kau." Zach ingin mengambil bantal yang Laura buat untuk tutup mukanya setelah menyambung ayat dan mencium Zach sebentar tadi.
"Awak! Tak nak lah!" Laura tertawa dengan kuat dan menjerit. Masa berlalu sehinggalah mereka berdua tertidur kerana keletihan.
+++
"Baby ku shayang. Kenapa ni, tak menyempat sangat nak tunggu untuk jumpa aku?" Damia duduk di hadapan Laura yang menunggu dirinya di kafe hospital.
"Kau tahu tak aku ada story yang tersangatlah gempak untuk diri kau." Laura meyedut sedikit air susu kotak strawberi yang dibelinya tadi.
"Apa?" Damia hanya memandang ke arah wajah Laura. Perempuan di hadapannya ini memang, kadang cerita biasa sahaja, tapi kalau dapat Laura yang menceritakan, gempak habis.
"Masa aku dekat Korea haritu kan, cuba kau teka aku jumpa siapa?" Mata Laura dibulatkan. Sengaja ingin membuat Damia suspen.
"Erm, let me guess, Lee MinHo?" Damia mula meneka.
"Na-ah, bukan. Teka lagi."
"Habistu? Erm, kau jumpa Ji Chang Wook?!"
"Ei bukan lah. Teka lagi, teka lagi."
"Hish tak nak lah aku teka. Cepat lah, main teka teka dengan kau ni sampai esok aku tak dapat dengar story gempak kau tu tau."
"Ish yelah, aku jumpa Putri Bella!" Laura hampir menepuk meja di hadapannya tetapi nasib baik lah dia masih mengawal tangannya.
"Hah?!" Hampir semua orang memandang mereka.
Baru sahaja Laura meletakkan jari telunjuknya di bibir meminta untuk Damia mengawal suara. Tiba tiba dia ternampak pula seseorang yang dia baru terserempak beberapa minggu lepas.
"Dengan dia!" Lauara menunjuk tepat ke arah manusia itu membuat Damia menoleh ke belakang dan sekali membuat Damia terkejut.
"Apa?!" Dan sekali lagi semua orang yang berada di kafe itu memandang mereka.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...