"Selalu ke dia muntah muntah macam tu?" Zach duduk di sebelah Zayn yang duduk di atas sofa menonton tv itu. Laura menyuruh Zach keluar kerana dia nak berehat.
"Mana ada, ni first time tau tak. Bala apa kau bawa sekali ni." Zayn mengalihkan pandangannya apabila Zach menejelingnya tajam.
"Bala abah kau la!" Zach menyepak kaki Zayn yang berada di atas sofa itu.
"Apa kau ni? Sakit lah gila! Kau kalau dah nyanyok memang menyakitkan hati kan, cari gaduh je kerja. Betul lah aku cakap, first time tau Laura tu muntah muntah. Selama aku jaga dia sihat walafiat je dia. Datang kau, dengan muntah, pening lagi." Zayn pula menjeling abang kembarnya.
"Kau--"
Ting tong...
Baru sahaja Zach hendak membalas, loceng pula bunyi. Zach dan Zayn sama sama memandang ke arah pintu lalu memandang wajah mereka sesama sendiri.
"Kau buka." Dengan selambanya Zach mengarah Zayn sedangkan dia lagi dekat dari pintu.
"Ah apa pula aku! Kau cacat dekat kepala je tau! Kaki kau elok an, pergi la buka! Malas aku." Zayn kembali mengalihkan pandangan ke arah tv. Tidak mahu dia mengikut arahan abang kembarnya itu.
"Hish dasar!" Zach mahu sahaja memukul adiknya itu tetapi dia masih bersabar. Zach bangun dari duduk lalu membuka pintu.
"Bella." Zach berkata perlahan dan memandang wajah Bella lalu memandang wajah lelaki yang berdiri di sebelah Bella.
"Who's that!" Zayn menoleh sedikit ke luar pintu tetapi masih tidak nampak siapa yang datang.
"Boleh kitaorang masuk Zach? I nak bincang something dengan you." Bella berkata dengan berhati hati. Tiba tiba takut melihat wajah bengis milik Zach.
"Mana you tahu rumah i ni?" Zach berkata senada.
"I asked your mother. I dah jumpa your mom minta pendapat and now, i think we need to discuss." Zach mengerutkan kening. Apa benda ni.
"Masuk." Zach membiarkan pintu terbuka lalu berjalan menuju ke sofa dan duduk di sebelah Zayn. Zayn mengerutkan dahi apabila melihat Bella dan Daniel yang sudah duduk di hadapan mereka.
"Benda ni?" Zayn membuat muka menyampah. Tak boleh nak kawal dah reaksi tu.
"Where's Hanna? Dia kena dengar apa yang i nak cakap. We need her permission too." Bella mencari kelibat gadis itu tetapi tidak jumpa.
"Benda ni? Kau nak minta restu dengan Laura untuk kahwin dengan Zach ke?" Zayn memandang tajam wajah milik Bella.
"Diam Zayn." Zach berkata lalu terus menuju ke bilik dia dan Laura. Zach membuka pintu. Gadis itu sedang membaca novel dan tidak sedar dengan kehadiran Zach.
"Pening lagi?" Zach memecahkan kesunyian dalam bilik itu. Laura memandang Zach yang sudah duduk di sebelahnya itu.
"Sikit. Why?" Laura menutup novel yang dibacanya.
"Bella datang. Dia kata nak bincang dengan kau." Zach berkata perlahan, hanya Laura sahaja yang dapat mendengar suaranya.
"Bincang apa?" Laura mengerutkan dahi. Ha sudah, apa benda ni.
"I don't know. Kau larat tak? Kalau tak larat aku suruh dia balik, bincang lain kali je."
"Saya okay. Kejap saya pakai tudung." Laura turun dari katil lalu mengambil tudung sarungnya lalu dipakai.
"Jom." Laura mencapai tangan Zach yang masih duduk itu lalu menggenggamnya erat. Zach dan Laura sama sama turun ke bawah. Nampak sahaja wajah Putri Bella, Laura rasa macam nak mengamuk. Cukup tak suka dengam wanita itu sedangkan Bella tak pernah menyakitinya pun. Lagi pula Bella pun dah bertunang.
Zach melabuhkan punggung di sebelah Zach dan tanpa segan silu, Laura duduk di atas riba Zach. Peduli apa lah Bella dengan Daniel nak cakap yang dia ni manja tak bertempat ke apa. Zach membulatkan matanya.
"What are you doing? Duduk sebelah aku lah." Zach cuba untuk mengangkat tubuh kecil isterinya itu tetapi Laura cepat cepat melingkarkan tangannya di leher Zach lalu memeluknya erat. Mukanya disembamkan di celah leher Zach.
"Saya tak larat, pening semula." Laura memanjakan suaranya. Zach yang mendengar Laura berasa pening semula itu memandang wajah Laura risau.
"Pening sangat ke hurm?" Zach mendekatkan lagi tubuh Laura dengannya. Belakang tubuh gadis itu digosok perlahan. Laura pula hanya mendiam tidak menjawab.
Bella hanya tersenyum kecil melihat pasangan itu. Tidak kuat untuk dia memberitahu.
"So what is it? Apa benda yang nak dibincangkan?" Zach bersuara setelah sekian lama mereka menyepi. Zayn menutup televisyen lalu menumpukan perhatian kepada Bella.
"Zach you tahu mama i sakit right? You tahu mama i pelupa kan?" Bella berkata perlahan. Zach hanya menganggukkan apa yang dikatakan oleh Bella.
"Mama i tak ingat langsung yang i dah bertunang. And mama i asyik ingat you je Zach." Bella berkata lagi. Laura yang berada di atas Zach itu menoleh sedikit memandang wajah Bella.
"And mama i nak kita, nak kita--" Bella tidak sanggup untuk meneruskan kata kata.
"Kita what?"
"Kita kahwin. Mama i nak kahwin." Laura yang mendengar itu terus mengangkat kepalanya menandang Bella.
"No! Tak boleh! Saya tak izin kan!" Laura cepat menidakkan apa yang didengarnya.
"Hey relax. Jangan tengking orang macam tu." Zach memandang Laura lalu menggosok belakang tubuh gadis itu.
"What? Relax? Eh hello awak, sedar tak ni? Dia ajak awak kahwin!" Laura mula berdiri dari duduk.
"Yes i am. Aku dengar. But please kita dengar dulu Bella nak cakap apa." Zach cuba menenangkan Laura. Tangan Laura diambil menyuruh gadis itu duduk tetapi gadis itu menepis.
"Hanna look. I tak berniat pun nak hancurkan rumah tangga you ke apa. But mama i sakit. Dia dah tak lama, jadi kalau boleh i sebagai anak dia nak tunaikan permintaan dia. I janji lepas semuanya selesai i tuntut cerai dengan Zach." Bella mulaenjelaskan sebabnya.
"Eh saya tak kisah lah awak nak tunaikan permintaan mama awak ke apa. Tapi tak perlu kot saya rasa nak libatkan suami saya. Abang Daniel kan tunang awak? Abang setuju ke?" Laura memandang Daniel yang sedaru tadi mendiamkan diri.
"Hanna, kan Bella cakap dia nak bercerai lepas semua selesai. Jadi abang, setuju." Daniel menjawab.
"Wow! What a life! Zach, awak setuju ke dengan rancangan bodoh ni?" Laura mula bertanya Zach. Zayn hanya mendiamkan diri.
"I'm just gonna help her. Lagipun mama dia dah tak lama dekat dunia ni. Aku rasa, aku setuju." Zach jawab mendatar. Mata Laura membulat. Tidak percaya. Zach menduakannya!
"Fine! Buat lah apa awak nak buat! Fikirkan perasaan orang tua tu! Memang isteri awak ni tak ada perasaan! Lepas ni awak nak kahwin tiga ke empat ke, suka hati awak! I'm done with you guys!" Selesai berkata Laura berlari menuju ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat lalu dikunci.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...