BAB 9

4.3K 211 3
                                        

"Kenapa dia tinggalkan awak? Jahatnya dia. Apa nama dia? Awak bagitahu saya sekarang! Sampai hati dia tinggalkan lelaki sempurna macam awak!" Laura menekup mulutnya.

"Nama dia Putri Bella. Pertama kali aku jumpa dia masa tu dia mencuri. Dia curi makanan, aku nampak dan aku tanya dia kenapa dia mencuri. Dia cakap dia nak bagi mama dia makan. Aku belikan makanan tu untuk dia, then aku bawa dia balik. Aku terkejut tengok rumah dia, usang teruk sangat! Aku mula rasa kesian dan mula rasa nak tolong dia.

Start dari haritu hari-hari aku datang rumah dia. Tolong dia. Bagi dia duit. Walaupun dia tolak. Aku hadiahkan dia rumah. Dan perlahan-perlahan aku mula suka dekat dia." Percakapan Zach terhenti dan dia mengeluh apabila teringatkan kisah silamnya.

"Kalau awak rasa awak tak boleh teruskan, tak payah lah cerita. Nanti awak sakit." Laura yang mula faham akan perasaan Zach yang sakit itu mula rasa bersalah.

"No, aku nak luahkan juga apa yang aku dah pendam selama ni." Zach menyedut airnya.

"Kalau macam tu perlahan-lahan. Jangan seksa diri awak. Awak cakap lah apa yang awak nak cakap. Jangan pendam sorang-sorang. Nanti awak sakit." Laura mula memberi sedikit nasihat.

"Lepas aku dapat tahu yang aku mula suka dekat dia, aku luahkan perasaan aku dekat dia. And then dia accept aku. Aku mula bawa dia balik rumah nak kenalkan dekat mama dengan papa. Mama dengan papa pun terima dia. Diaorang suka sangat bila aku cakap aku pasang niat nak jadikan dia  yang halal untuk aku. Aku tanya pendapat mama dia pula, dan mama dia pun terima aku.

Tak lama lepas tu, dia dah ada kerjaya, dia jadi doktor. Aku yang suruh dia pergi belajar, capai cita-cita dia yang nak sangat jadi doktor. Aku tunggu dia. Kitaorang bercinta nak dekat 5 tahun juga.

Satu hari tu, aku dapat tahu yang mama dia sakit. Aku cuba untuk tolong dia, tapi dia makin jauhkan diri dia dari aku. Dan aku dapat tahu, dia dah pun pergi luar negara. Dia ada mesej aku, dia cakap, dia tak nak susahkan aku dah, dia dah banyak sangat terima bantuan dari aku.

Dia ada cakap juga yang dia tak boleh kahwin dengan aku sebab dia cakap aku layak dapat perempuan yang lagi sempurna dari dia. Aku pelik sebab bagi aku, dia dah cukup sempurna. Dan satu hari, aku dapat tahu yang dia mandul. Dia cakap kalau dia kahwin dengan aku, dia tak boleh bagi aku zuriat. Sebab tu dia tinggalkan aku." Air mata Zach jatuh. Baginya, Bella sangat berharga.

Laura terkejut apabila Zach menangis. Hanya disebabkan seorang Putri Bella. Nampak sangat yang Zach sangat mencintai wanita itu. Dan Bella sangat penting bagi lelaki itu.

Dan tanpa Laura pinta, dirinya tiba tiba berasa kecewa. Tapi kenapa? Mereka baru sahaja kenal. Tidak mungkinlah dia sudah jatuh cinta.

"Sejak dari itu, aku buang perempuan dari hidup aku." Zach mengesat air matanya.

"Awak masih tunggu dia ke?" Laura bertanya perlahan.

"Maksud kau?" Zach sudah dapat menenagkan dirinya.

"Kalau, dia datang balik dan jumpa awak, minta maaf dengan awak? Awak akan terima dia ke?" Zach pelik kerana suara Laura sangat perlahan. Laura seperti takut hendak bertanya soalan tersebut.

"Aku sebenarnya perlukan seseorang untuk tolong aku lupakan Bella. Dan aku tak pasti kalau dia datang balik dekat aku, aku akan terima dia ataupun tidak." Mereka diam. Agak lama juga.

Sedang mereka melayan perasaan masing masing Zach mula teringat sesuatu.

"Oh, pagi tadi Damia ada cakap dekat aku, kau cari aku masa pukul 4 pagi. Boleh aku tahu kenapa?" Zach pelik juga apabila Damia memberitahunya pagi tadi.

"Mia cakap dekat awak?" Laura sudah memaki hamun Damia di dalam hati. Dasar Damia!

"Haah. Kenapa kau cari aku?" Zach makin tidak sabar hendak tabu sebabnya.

"Sebenarnya macam ni, saya akan dapat mimpi buruk setiap kali saya tidur. Dan saya akan terjaga dalm pukul 3 atau 4 pagi. Saya ingatkan awak tak tidur lagi, saya cari lah awak." Laura menyedut air apabila rasa gemuruh kerana Zach tajam memandang wajahnya.

"Kau mimpi apa?" Laura sedikit tersentak. Perlu atau tidak dia bagitahu Zach.

"Saya mimpi, masa saya dengan mama kemalangan dulu. Masa tu mama ambil saya dari sekolah, waktu tu hujan, lebat sangat. Saya mula rasa risau sebab mama baru dapat lesen jadi mama tak berapa pandai sangat. Lagi lagi waktu tu hujan. Lagi lah saya risau.

Saya tak tahu apa silapnya tapi kereta yang mama dengan saya naik terbabas. Saya tak sedar apa apa. Benda terakhir yang saya nampak adalah muka mama saya sebelum semuanya gelap.

Papa cakap saya koma, lama juga, 2 minggu. Mama saya meninggal, saya tak sempat nak tengok wajah mama buat kali terakhir. Saya selalu pergi tengok kubur arwah mama je.

Sejak dari tu, saya asyik mimpi kan insiden tu je. Saya juga takut hujan. Saya jadi fobia. Sebabtu papa tak bagi saya bawa kereta. Papa takut kehilanagn saya juga." Laura menyedut airnya setelah penat bercakap.

"Jadi kau selalu mimpi buruk dan kau juga takut hujan. Kalau hujan kau buat apa?" Zach mula tertarik dengan cerita Laura.

"Saya tak tau lah. Tapi Damia cakap, saya akan hilang arah bila saya hujan. Maknanya saya akan terus terduduk dan menangis, saya akan automatik teringatkan kemalangan tu. Saya tak boleh kawal diri saya waktu hujan."

Zach terdiam. Otaknya mula memikirkan sesuatu. "Kau tak rasa sesuatu ke?"

"Sesuatu apa?" Laura memandang ke arah Zach dengan wajah ingin tahu.

"Kau dan aku, kita saling melengkapi." Laura terkejut dengan apa yang Zach katakan.

"Maksud awak?"

"Kahwin dengan aku. Aku tolong kau atasi ketakutan kau, kau tolong aku lupakan Bella. Boleh?" Dan Laura terdiam memandang wajah Zach yang nampak serius.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang