Laura memandang suasana di luar kedainya. Dan tanpa sedar, dia mengeluh.
"Mama, Laura rindu mama.Dah lama Laura tak pergi ziarah kubur mama. Papa dah bahagia dengan isteri baru dia. Tapi Laura tak suka, dia jahat. Macam mak tiri Cinderella. Laura tak suka." Parut kecil yang terdapat di tepi dahinya disentuh.
Itulah punca kenapa dia pakai topi, untuk tutup parut yand dia dapat sewaktu kemalangan kereta yang menimpa dirinya dan mamanya.
Mamanya meninggal setelah sampai di hospital, manakala Laura pula koma selama 2 minggu. Dia tak sempat langsung nak tengok muka arwah mamanya buat kali terakhir. Kedai bunga ini merupakan kedai arwah mamanya.
Untuk lepaskan rindunya terhadap mamanya, Laura mengambil keputusan untuk bekerja di sini. Dia seorang sahaja dah cukup, tak perlukan pekerja kerana orang tak selalu sibuk untuk mencari bunga.
Hanna's Florist adalah sempena nama arwah mamanya Noor Hanna. Sebab tu Laura lagi selesa kalau orang panggil dia Hanna. Lagipun dia tak suka bila orang panggil dia Laura sebab mamanya dulu memanggilnya dengan nama Laura, jadi bila ada orang panggil dia Laura, dia terasa seperti mamanya yang memanggil.
"Dah lah Laura, yang dah pergi kau sedekahkan al-fatihah. Hidup kau kena teruskan." Laura mula bangun dari duduk dan mula melihat dan menghidu bunga bunga yang terdapat di kedainya.
"Hello my sunflower. Semoga awak membesar dengan jayanya." Itu adalah salah satu tabiatnya juga. Bercakap dengan tumbuhan. Sesungguhnya, seorang Laura Hannaniah sangat banyak tabiat.
Sedang Laura menghidu bau bunga bunga tersebut, seorang lelaki masuk ke dalam kedainya.
"Miss?" Laura berpusing ke belakang setelah mendengar ada orang memanggilnya. Lelaki itu menanggalkan raybannya dan terkakulah Laura di situ.
'Kejap, aku mimpi ke sekarang ni. Takkan lah. Mamat ni, mamat ni. Mata dia. Cantiknya! Adakah ini jodoh aku? Ya Allah jika mamat sekacak ini ialah jodoh aku, aku bersyukur kepadaMu ya Allah.' Laura tidak langsung memejamkan matanya walau sesaat.
Zayn Alexander memandang wanita di depan dia ni dengan riak pelik. Dah lah mata Laura tu bulat je memerhatikan dirinya. Naik segan pula rasanya.
"Ada apa apa ke dekat muka aku? Ke dia ingat aku ni alien jatuh dari langit?" Zayn menggumam perlahan.
"Err, miss? Saya datang nak beli bunga ni. Kedai ni buka ke tutup? Kalau tutup saya keluar balik lah." Zayn yang baru sahaja nak pergi tak jadi apabila Laura masih memerhatikan dirinya. Seram.
"Eh minah ni kena sampuk dengan jin mana ni? Seram pula aku. Mata dia dah lah bulat semacam je pandang aku." Zayn menggumam lagi.
Laura tersedar apabila telefonnya berbunyi. Matanya terus terpejam. Ini menyatakan bahawa dia dah sedar dari lamunannya.
"Erm, sekejap ya encik." Laura terus berlari ke meja untuk mengangkat telefonnya. Zayn hanya diamkan diri. Dan memandang wanita di depannya ini.
"Hello mia. Kenapa ni? Aku lunch dekat kedai je kot harini. Malas lah nak keluar. Okay. Aku tunggu kau datang. Aku ada customer ni. Kau beli banyak banyak tau! Aku lapar. HEHEHE. Bye bye! " Setelah letak telefonnya di atas meja. Dia kembali menumpukan perhatian dekat mamat tadi.
"Err sorry. Erm encik-" Percakapan Laura terhenti apabila Zayn mencelah.
"Zayn. Zayn Alexander. Tak payah encik encik sangat. Aku tak suka." Zayn melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan.
Terus membulat mata Laura. Lagi sekali.
'Dia guna kau aku? Hei dia ingat dia tu siapa. Baru first time jumpa aku dah guna kau aku? Huh! Nasib baik hensem! Sabar Laura sabar. Customer is always right. Ingat tu.' Laura kembali tersenyum setelah perasan dengan riak pelik Zayn itu.
"Jadi encik Zayn. Ehem maksud saya Zayn, awak nak bunga apa dan berapa kuntum yang awak nak?"
"Aku nak red rose. Sepuluh kuntum."
"Okay." Laura mula menunjukkan bakatnya dalam bidang itu. Kemas sahaja kerjanya. Zayn pula ralit memerhatikan Laura yang tekun itu.
Laura yang tak suka dengan keadaan sunyi itu mula bertanya.
"Untuk girlfriend awak ke?" Sambil itu tangannya lincah membuat kerja.
"Nope. It's for my mom. " Laura hanya menganggukkan kepalanya.
"Kenapa red rose?" Laura memandang Zayn dengan mata bulatnya. Haih mata tu.
"Sorry? " Zayn terkedu kejap. Salah ke dia nak beli bunga ni?
"Yelah sebab red rose kan tanda cinta sejati. Ia juga salah satu cara untuk kita ungkapkan perkataan 'i love you'." Laura tersenyum dengan penerangannya sendiri. Kemudian senyuman itu bertukar dan matanya menjadi bulat kembali.
"Huh! Entah entah awak awak, suka mak awak!" Laura menutup mulutnya dengan tapak tangan.
Terus bulat mata Zayn. Tak sangka yang kata kata itu akan keluar dari mulutnya.
"Hoi kepala hotak kau!" Topi yang dipakai Laura di tarik ke bawah. Dengan kepala wanita itu kebawah sekali.
"Hey!" Laura membetulkan semula topinya.
"Aku manalah tahu, tapi mama aku suka red rose! Aku bagi lah red rose! And plus, aku masih waras lagi untuk suka mama aku lah! " Zayn tak sangka yang pemikiran wanita itu jauh sangat.
"Ala, sorry lah. Saya cakap je. Manalah tahu kan. Ha, nah! " Bunga yang sudah siap itu diberikan kepada Zayn. Laura tersenyum dengan hasil kerjanya.
"Beautiful." Zayn berkata perlahan.
"Memang cantik pun. Tengok lah siapa yang buat." Laura tersenyum gembira sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Thanks by the way." Setelah membuat pembayaran. Zayn keluar dari kedai itu.
"Datang lah lagi. Bye bye! " Laura melambai ke arah Zayn. Zayn memandang ke arah Laura buat kali terakhir dan tersenyum.
"Macam sesuai je dengan Zach." Zayn menggumam dan tertawa perlahan.
Setelah beberapa minit kepergian Zayn, pintu kedai ditolak oleh seseorang.
" Hanna ku shayang! Kau tengok aku beli apa! Banyak tau! Semua untuk kau!" Damia meletakkan makanan yang dibelinya tadi di atas meja khas tempat pelanggan menunggu.
"Wah! Terima kasih Mia ku shayang!" Laura berlari dan memeluk tubuh Damia.
Mereka menjamu selera dengan seleranya. Sehingga lah satu detik.
"Ha! Mia aku ada story!" Laura menepuk meja itu. Terbatuk Damia dibuatnya.
"Apa? Kau ni tak menyempat!" Damia menjeling Laura yang menggosok belakang badannya.
"Ala sorry lah." Air dihulurkan untuk Damia. Damia meneguk air itu.
"Erm, sebenarnya kan, aku rasa, aku dah jumpa jodoh aku."
Dan tersembur lah kembali air yang berada di dalam mulut Damia itu.
"Apa?!" Mata Damia membulat.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomantizmLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...