BAB 4

4.9K 243 5
                                    

Mereka telah sampai ke destinasi setelah 30 minit Mikhael memandu. Laura dan Damia terlopong melihat rumah yang sangat besar dan meriah dengan lampu itu. Nampaknya ramai orang yang kaya kaya dekat sini.

Mereka keluar dari kereta. Mikhael dah pun pergi tinggalkan mereka berdua yang terpinga pinga itu. Damia pula, dia terjumpa dengan rakan sekerjanya dan terus pergi ke arahnya. Dan kini tinggallah Laura keseorangan.

"Hish aku dah lah tak biasa dengan majlis besar besar macam ni. Boleh pula diaorang tinggalkan aku sorang sorang dekat sini." Laura berjalan tanpa hala tuju. Kepalanya ditundukkan sambil itu dia berjalan.

"Aduh!" Laura mengaduh setelah kepalanya terlanggar dengan badan seseorang. Kuat juga lah. Laura menggosok kepalanya dengan matanya yang terpejam sebelah.

Bila dia angkat je kepala mata dia terus membulat.

'Oh my god! Adakah betul apa yang aku nampak ni? Jodoh! Ya! Memang sah! Dia lah jodoh aku! Zayn!' Mata Laura masih lagi memandang insan di depannya ini.

"Awak! Zayn! Mamat red rose! Awak ingat saya tak?" Laura dengan gembiranya menyebut nama lelaki itu.

Namun lelaki di hadapannya menayang muka 'aku-pernah-kenal-ke-minah-ni'.

"Awak?" Laura melambaikan tangannya di hadapan lelaki itu apabila lelaki itu hanya kaku memandangnya.

"Peliknya mamat ni? Takkan lah dah nyanyok kot. Kejadian itu baru sahaja berlaku tadi. Takkan dia dah lupa wajah aku yang comel lagi cantik ini." Laura mula bercakap dengan diri sendiri. Lagilah lelaki di hadapannnya ini pelik. Dan dengan tiba tiba seorang lagi lelaki memeluk bahu lelaki di hadapannya tadi.

"Zach!" Lelaki itu memeluk bahu lelaki yang dikenali sebagai Zach itu dengan wajah tersenyum.

"Huh!" Lagilah bulat mata Laura apabila nampak ada dua manusia yang baginya tak ada beza. LANGSUNG!

Zayn yang terdengar satu suara kecil yang sepertinya terkejut dengan kehadirannya.

"Kau! Zach, minah ni lah yang aku cerita dekat kau tu. Yang cakap aku suka dan BERCINTA dengan mama tu. This flower girl." Laura masih lagi keliru.

'Apa ni? Ajal aku dah nak sampai ke? Aku nampak dua orang yang sama ni. Ha sudah. Aku tak bersedia lagi Ya Allah. Banyak lagi dosa aku Ya Allah. Bagi aku bertaubat dulu!'

Mata Laura masih lagi tidak berkedip. Zayn dah tergelak tengok Laura.

"Hey girl!" Laura kembali tersedar apabila Zayn memetik jari di hadapan wajahnya.

"So kau dah kenal aku. As you know, aku Zayn Alexander. And this is my twin brother. Abang aku Zach Alexander." Zayn berkata setelah dia nampak wajah gadis itu yang berubah menjadi pucat.

"Jadi, awak berdua ni kembar!" Laura dah pun excited. Tak pernah dia jumpa kembar yang sekacak mereka.

"Zach! Zayn! Dekat sini rupanya korang. Puas aku cari." Mikhael yang baru sampai itu memandang ke arah gadis yang sedang bercakap dengan kembar itu.

"Eh! Hanna!" Zayn dan Zach dah mula pelik. Macam mana Mikhael boleh kenal dengan minah bunga ini.

Laura yang terdengar namanya dipaanggil, terus memandang ke arah muka si pemilik surara itu.

"Abang." Laura berkata dengan perlahan tapi masih dapat didengari oleh mereka bertiga. Zayn dah kerutkan muka dia.

"Wait wait. Apa benda ni? Abang? Wei Mikha kau kenal dengan flower girl ni?"

"Apa tak kenalnya. Of course aku kenal! Ni lah adik angkat kesayangan aku yang aku cerita dekat korang haritu. Aku janji nak bawa korang jumpa dia kan. Ha ni aku bawa lah. Kenalkan, Laura Hannaniah."

Laura membulatkan matanya. Jadi identiti dia dah dikenali oleh dua orang mamat kacak ini.

"Hanna. Tegur lah diaorang." Mikhael yang nampak Laura masih terkejut itu menegurnya.

"Ha? Oh! Hai! Saya Hanna!" Laura melambai tangannya ke arah mereka berdua dengan senyuman yang sangat lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya. Terpaku sekejap Zach dan Zayn dengan senyuman Laura itu.

"Dah jangan pandang adik aku lama lama. Nanti ada yang terjatuh hati pula." Mikhael tersengih dengan reaksi kembar itu. Cair lah tu!

Tiba tiba ada seseorang itu menjerit nama Laura dengan kuat.

"Hanna!" Laura pandang ke arah suara yang memanggilnya itu. Dan dengan itu matanya terpejam.

"Ha bagus. Semua orang tahu nama  kau sekarang." Laura menggumam perlahan tetapi masih didengar oleh mereka.

Lelaki itu mendekati mereka berempat.

"Hey Hanna buat apa dekat sini?" Tanya Tengku Adam. Lelaki inilah yang menaruh harapan terhadap gadis itu. Dia yakin sangat yang Laura akan jatuh hati dengan dia. Dia bukannya tak ada rupa. Kaya pun kaya.

"Ha? Oh takde ni saya tolong masak untuk event ni." Laura berkata dengan senyuman terpaksanya. Mereka yang berada di situ sudah tergelak.

"Lah ya ke? Kesian awak. Awak cantik cantik diaorang suruh awak masak?" Itulah masalahnya! Muka hensem tapi bengap. Lurus bendul!

"HAHAHAHA" Laura mengeluarkan gelak palsunya. Nampak sangat tak ikhlasnya.

"Hanna aku-" Kata kata yang dilemparkan oleh Damia terhenti apabila orang yang ingin dilaporkan kepada Laura dah ada depan matanya.

"Nampak Tengku Adam."

"Hai Damia. Awak sihat?" Tengku Adam bertanya khabar Damia yang baru tiba itu.

"Tok kau tanya aku sihat ke tak. Kau syok dekat Hanna kau tegur dia je lah! Tak payah tegur aku!" Damia dah memeluk tubuh. Cukup tak suka dengan Tengku Adam

"Mia!" Laura geram apabila namanya dipetik.

"Hanna. Awak sorang je ke?" Tengku Adam masih lagi berminat untuk bertanya soalan yang bagi Laura tersangatlah bodoh.

"Ehem. Awak buta ke apa. Ni. Diaorang ni pokok ke?" Laura menunjuk ke arah mereka semua.

"Tak maksud saya, partner awak?" Zach yang dari tadi memerhatikan keadaan dan merasakan riak muka Laura langsung tidak selesa dengan kehadiran anak kawan papanya itu segera membuat tindakan yang erk agak keterlaluan?

"Sorry bro. She's my fiancee. Apa apa yang kau nak cakap dengan dia kau kena berurusan dengan aku dulu for sure." Bahu Laura terus diapaut. Mereka yang berada di situ semuanya membuntangkan mata mereka. Termasuk Laura. Pipinya telah berubah kepada merah.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now