BAB 33

3.8K 164 7
                                    

Usia perkahwinan mereka dah mencecah lima bulan dan alhamdulillah tiada lagi perkara yang menyebabkan mereka bergaduh besar. Gaduh kecil kecil itu perkara biasa, merajuk dengan satu sama lain pun perkara biasa bagi mereka.

"So how? Okay ke tak kau dengan Zach Alexander? Lelaki yang berjaya ubah hidup kau 100 peratus? Kahwin bukan atas dasar cinta tapi atas sebab nak tolong antara satu sama lain. Terjadi tak deal korang tu?" Damia yang duduk di sebelahnya itu dipandang. Laura tinggal di rumah Damia kerana ingin meluangkan masa bersama gadis itu kerana gadis itu akan mengikut keluarganya ke Italy dan menetap di sana beberapa bulan di sana. Jadi Laura membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama Damia kerana mereka akan berpisah buat sementara waktu. Itu pun 3 hari sahaja, Zach tidak bagi Laura tinggal di rumah Damia lama lama, katanya tiga hari atau tak payah langsung, dasar punya suami, nasib baik sayang.

"Alhamdulillah semua okay. Dia dah tak ada sebut sebut nama Bella, aku pula tak ada dah nak meracau masa tidur." Susu strawberi kegemarannya itu disedut.

"Baguslah, mungkin kau dengan Zach memang ditakdirkan untuk bersama."  Laura memandang Damia yang sedang mengunyah potato chips itu.

"Kau happy Hanna dengan dia?" Damia kembali bertanya.

"Happy, orang cakap bercinta lepas kahwin tu lagi indah sebab kau baru nak kenal kenal dengan pasangan kau. Aku rasa benda tu lagi sweet daripada kau dah kenal pasangan kau tu macam mana. Jadi kau pun boleh dah kot kahwin dengan Zayn tu." Laura tergelak apabila Damia membulatkan matanya, tak sangka nama Zayn akan disebut oleh Laura.

"Asyik nama mamat itu je yang kau sebut, tak ada ke nama lain?" Laura mengerutkan dahinya. Lah, tidak suka kah gadis itu dengan Zayn Alexander? Hensem kot!

"Kau tak suka dia? Kau nak aku sebut nama siapa lagi? Daniel Qayyum?" Lengan Laura menjadi mangsa cubitan menyengat Damia mendarat.

"Aduh sakit lah!" Laura menjeling Damia lalu menggosok lengannya yang merah itu, bagitahu Zach!

"Gila! Daniel tu tunang orang kot." Damia pula yang menggosok lengan Laura, bukan dia sengaja nak cubit gadis itu, penyepitnya laju terlepas pula.

"Aku cakap je, bukannya aku sebut terus muncul depan mata."

"Kau ni, faham faham lah kawan kau ni nak move on sayangku."

"Kau ni 5 bulan dah kot sejak aku bagitahu kau yang dia bertunang. Tak akan tak boleh lagi lupakan dia." Damia memandang wajah Laura, rasa nak tampar aje gadis di hadapannya itu, senang lah gadis itu bercakap, dia dah ada suami! Tak payah sibuk dah nak fikir pasal lelaki, dia ni yang menderita.

"Sebab tu lah Mia aku suruh kau dekat dengan Zayn tu. Pikat hati dia, tak ada lah kau teringat lagi dekat si Daniel tu."

"Kau ni, aku ni ada sifat yang mulia lagi tau. Aku tak akan gunakan Zayn tu untuk lupakan Daniel. Selagi aku boleh lupakan dia sendiri aku akan buat." Gila agaknya Laura ni, ada ke patut suruh dia gunakan Zayn. Buatnya lelaki itu suka pada dirinya tetapi dia sebenarnya hanya ingin melupakan crush lama. Tapi tak akan mungkin lah Zayn Alexander nak suka kan dirinya ini.

"Sebab tu lah kau setuju nak ikut mummy dengan papa pergi Itali." Laura tahu niat sebanar Damia. Baru sahaja Laura hendak membuka mulutnya, telefonnya di atas meja kopi berbunyi. Mereka sama sama menoleh ke arah telefon itu dan serta merta senyuman lebar terukir di bibir Laura.

'Husband❤'

"Mia aku naik kejap tau. Suami terchenta dah cari. Bye!" Kelibat Laura yang berlari menuju ke bilik itu dipandang kosong.

"Haih seronok betul bahagia. Kau bila lagi Damia Adriana? Lambert lagi. Jangan nak mengharap." Matanya kini tertumpu pada drama yang ditayang.

"Hello." Laura membaringkan dirinya sambil memeluk patung olafnya.

"Dear, tak sabar nak jumpa kau esok. Rindu tahu, kau tak ada dekat rumah. Aku rasa macam kena tinggal 3 tahun bukan 3 hari."

Laura tergelak mendengar kenyataan suaminya itu. " Over betul macam 3 tahun. Esok saya balik lah, awak yang jemput kan."

"Of course aku ambil kau, jangan berani nak balik sendiri eh. Aku gigit kau nanti."

"Amboi, takut saya. Ada orang tu vampire lah nak main gigit gigit." Tergelak kecil Zach mendengar gurauan isterinya itu. Aish, rindu!

"Mesti lah, bukan setakat gigit je aku boleh buat dekat kau dear, aku boleh--"

"Ha sudah, tak payah nak mengarut eh, saya cakap sikit je, tak payah nak melebih pula." Ambil kesempatan betul lelaki itu. Tersenyum Laura apabila mendengar suaminya itu tertawa kecil.

"Dah makan dear?"

"Dah, Mia masakkan tadi. Awak dah makan?" Laura duduk dari pembaringannya. Anak patung olaf yang berada di pelukannya makin dipeluk erat.

"Dah. Tapi aku makan sikit je."

"Kenapa makan sikit je? Awak sakit ke?" Laura mengerutkan dahinya. Risau, jangan lah masa dia tiada di sisi lelaki itu, Zach sakit pula.

"Haah sakit. Sakit tahan rindu." Zach tergelak kecil apabila mendengar isterinya mendengus.

"Saya serius Zach Alexander." Suka betul Zach ni main main. Kalau jadi betul betul macam mana.

"Oh dear aku pun serius sekarang ni. Tak tipu, sakit gila tahan rindu ni. Cepat lah balik sayang."

Oh dan sejak bila Zach Alexander jadi manja seperti ini. Mana pergi Zach yang berwajah beku itu. Memikirkan hanya dirinya yang boleh melihat sisi Zach yang manja itu, Laura mula tersenyum, terasa special.

"Iya, esok saya balik okay?" Laura bersuara lembut, memujuk suaminya itu.

"Okay dear, aku ada kerja nak kena settle kan. Jumpa esok sayang. Bye."

"Okay. Bye bye." Setelah panggilan dimatikan, Laura memandang kembali telefon yang sudah gelap itu. Memang dia sayang kan Zach dan dia tahu lelaki itu pun sama. Tapi dia masih ragu ragu sebab dia bukan setakat sayang akan Zach, tetapi dia cintakan suaminya itu. Tetapi Zach, tak pernah lelaki itu mengucapkan kalimat cinta itu untuk dirinya.acam mana kalau Zach cuma sayang dan tak cintakan dia? Laura menggelengkan kepalanya.

"Jangan nak fikir yang bukan bukan Laura Hannaniah. Zach tak pernah cakap apa apa jadi kau tak tahu apa isi hati dia. Apa yang kau kena buat adalah percayakan Zach. Ya, percaya kan suami kau." Laura menganggukan kepalanya lalu terus berlalu ke bawah untuk meluangkan masa bersama dengan Damia.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now