"Lambatnya lah Damia ni. Make up ke mandi, nak pergi kerja je pun." Mikhael yang merasakan adiknya terlalu lambat bersiap itu mula bersuara.
Mikhael, Laura dan Zach sedang menunggu Damia dan Zayn. Damia katanya nak pakai make up sikit, manakala Zayn pula sakit perut. Tinggallah mereka bertiga di halaman rumah keluar Zach dan Zayn.
"Zach aku naik atas sekejap lah tengok si Damia tu."
"Hm." Tinggallah Laura dan Zach. Laura sedang melayan drama di dalam telefonnya. Sekejap tersenyum, sekejap marah. Dah macam apa dah. Zach pula asyik memandang Laura.
"Kau tak main make up make up juga ke macam Damia?" Terkeluar satu soalan dari mulut Zach.
Laura yang sedang asyik menonton drama itu memandang ke arah Zach.
"Ehem, awak tak rasa saya cantik tak pakai make up ke?" Laura menutup telefonnya dan menumpukan perhatian kepada Zach.
"Takde lah, selalunya perempuan tak confident tak pakai make up. Semua perempuan yang cuba goda aku selama ni semuanya pakai make up. Entah berapa lapis bedak diaorang pakai. Kalau aku pukul pipi tu mahu jerebu office aku." Zach berkata dengan selambannya sambil memeluk tubuh. Matanya merenung Laura.
Laura pula dah tergelak. " Awak ni, tak baik lah cakap macam tu. Tapi awak kena ingat. Tak semua perempuan memerlukan make up untuk jadi lebih yakin. Contohnya, saya! Saya nampak tak cantik ke sekarang?" Laura meletakkan dagu ke atas dua tapak tangannya sambil mengerdipkan matanya.
"Kalau aku cakap kau cantik nanti kau bangga pula kan." Zach pula mendekatkan mukanya dengan muka Laura.
"Alah, mengaku jelah yang saya ni memang cantik. Kan? Kan? Kan?"
"Yelah kau cantik sangat sampai buat aku nak jadikan kau milik aku. SEORANG." Zach mencuit sedikit hidung Laura.
Laura dah terdiam dan sambung menonton dramanya. Merah habis mukanya. Zach pula sudah tersengih.
Tidak lama selepas itu, Mikhael, Damia dan Zayn pun tiba. Laura yang nampak mereka terus meluru ke arah Damia. Lengan Damia dipeluk. Zach pula sudah berdiri dari duduk.
"Lambatnya korang. Lama tahu tak Hanna tunggu." Laura memuncungkan mulutnya.
"Jom, jom kita gerak. Mia naik dengan abang. Biar abang hantar Mia pergi kerja. Hanna, nak naik dengan Zach atau Zayn." Mikhael memeluk leher Damia.
"Kenapa Hanna kena naik dengan Zach atau Zayn? Hanna nak naik dengan abang Mikha. Abang kan pergi juga studio Zayn tu."
"Ya memang abang pergi juga, tapi lepas hantar Mia abang nak singgah pejabat kejap." Mikhael memandang ke arah Laura yang sudah memuncung itu.
"Ala apa salahnya. Abang pergi pejabat bukan lama pun kan? Boleh lah abang Mikha." Laura sudah pun berada di sebelah Mikhael. Kedua belah tapak tangan dirapatkan. Mereka yang berada di situ hanya memerhatikan gelagat Laura yang agak manja apabila dengan Mikhael itu.
"Sayang Hanna. Hanna sayang abang kan? Dengar cakap abang. Boleh?" Mikhael dah pun guna kuasa dia untuk memujuk Laura.
"Yalah. Kalau macam Hanna nak naik dengan Zayn." Laura pergi ke arah Zayn dan berdiri di sebelah Zayn. Zach agak tidak puas hati kerana Laura tidak memilihnya.
"Okay kalau macam tu. Jom kita gerak." Zayn berkata.
"Wait." Baru sahaja mereka hendak bergerak pergi ke kereta, Zach menghalang.
Zach pergi ke arah Laura dan menarik lengan Laura dan membawanya ke arah keretanya. Nasib baik berlapik. "Kau naik dengan aku."
Mereka yang berada di situ terpinga pinga memandang kereta Zach yang sudah gerak itu.
"Abang kau tu syok dekat adik aku ke apa." Mikhael tanya sambil berjalan ke arah keretanya.
Zayn hanya menggelengkan kepalanya. "Entah. Yalah tu kot." Zayn tersengih.
"Akhirnya, aku bakal dapat kakak ipar!" Dan Zayn masuk ke dalam kereta.
Laura memeluk tubuh sambil matanya melihat pemandangan di luar. Mulutnya muncung. Masih tidak puas hati kerana Zach menariknya masuk ke dalam kereta milik lelaki itu.
"Kenapa awak tarik saya masuk dalam kereta awak? Saya nak naik dengan Zayn!" Laura menghentakkan tangannya di atas kerusi yang didudukinya.
"Apa yang kau hadap sangat dengan Zayn tu? Apa yang dia ada tapi aku takde? Ha? Kau bagitau aku sekarang?" Zach fokus memandu. Kadang kadang matanya memandang ke arah Laura yang sedang merajuk itu.
"Biarlah saya nak pilih siapa siapa pun! Yang awak sibuk kenapa! Awak dengan dia takde beza pun! Ianya berdasarkan pilihan saya! Kalau saya pilih dia maknanya saya nak dialah!" Laura memandang ke arah Zach.
"Kalau aku tanya kau nak kahwin dengan aku atau dia, kau pilih dia juga lah?" Zach tidak puas hati. Kenapa mesti Zayn menjadi saingannya.
"Kenapa awak cakap pasal kahwin pula ni? Dah jangan cakap dengan saya! Saya nak tidur. Jangan kacau saya." Laura mula memejamkan matanya.
Zach melirik ke arah Laura. "Kalau boleh aku tak nak kehilangan kau macam mana aku kehilangan Bella." Zach berkata perlahan.
Mereka masuk ke dalam studio milik Zayn setelah sampai di tempatnya. Zayn merupakan pelukis yang terkenal. Zach pula merupakan pemilik sebuah syarikat hotel yang terkemuka.
Laura mula tersenyum apabila melihat lukisan milik Zayn. Matanya bulat melihat lukisan lukisan yang digantung di dinding.
"Cantiknya. Awak ke yang lukis semua ni?"
"Iyup. Kau suka ke?" Zayn berdiri agak rapat di sebelah Laura. Suka apabila ada orang yang menghargai hasil lukisannya.
"Suka! Cantik sangat! Kalau saya suruh awak lukis potret saya, awak nak lukis tak?" Laura memandang ke arah Zayn dengan penuh minat.
"Sure, boleh je. Nanti bila bila masa kau free kau datang lah." Zayn tersenyum ke arah Laura.
"Okay! Nanti saya ajak abang Mikha." Laura kembali memandang lukisan itu.
"Apa kata kau panggil aku abang Zayn." Kata Zayn dengan tiba tiba.
"Kenapa pula? Tak nak lah saya, segan lah, nanti apa pula orang cakap." Dengan serta merta Laura menolak. Gila ke apa panggil Zayn abang.
"Well, aku rasa umur aku dengan Mikha sama. So why not right? Dengan Mikha kau boleh panggil abang asal dengan aku tak boleh pula. Right? " Zayn mengepung Laura dengan sebelah tangannya melekap di dinding. Mukanya di dekat kan dengan muka Laura.
Zach yang ingin pergi ke arah mereka terhenti apabila Laura bersuara.
"Tapi, saya kan tunang abang awak." Perlahan sahaja suara itu berkata sambil mukanya tertunduk memandang lantai.
Zach pula sudah tersenyum apabila mendengar ayat tersebut. Suka!
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...