"Good morning." Zayn yang sudah pun berada di meja makan menegur Laura yang baru masuk ke dalam dapur. Laura hanya memberikan senyuman kepada Zayn. Hilang terus selera makan dan mood nya apabila melihat Zach yang duduk di hadapan Zayn itu. Zach juga memandang dirinya tetapi tidak menegur gadis itu.
Peti dibuka, susu kotak strawberi diambil lalu dituangkan ke dalam gelas. Setelah itu, susu itu disimpan kembali ke dalam peti sejuk. Zach dan Zayn hanya memandang kelakuan Laura tanpa bersuara.
"Eh nak pergi mana? Breakfast?" Laura yang baru sahaja hendak melangkahkan kaki ke ruang ramu terhenti apabila Zayn menegur.
"Tak ada selera. Awak makan lah." Tanpa menunggu balasan dari Zayn, Laura terus meneruskan langkahnya.
Zayn yang memandang itu mengeluh. Zach yang duduk di hadapannya itu dipandang. "Kau lah ni, selama ni dia tak pernah pun tak ada selera makan tau." Zach hanya mendiamkan diri, tidak membalas apa yang Zayn katakan.
Laura hanya diam, matanya melekat pada televisyen, tetapi fikirannya di tempat lain.
"Apa akan jadi dekat aku nanti? Zach kan tak ingat, tak mustahil pun kalau diaorang tu falling in love with each other semula. Lepas tu aku ni nak campak mana? Jadi janda ke aku nanti? Haa~, aku tak nak lah jadi janda!" Berkerut kerut dahi Laura bercakap dengan diri sendiri. Tangannya memukul mukul sofa apabila mengenangkan kalau dia jadi janda nanti. Bibirnya dicebikkan.
"Kejap lagi kita pergi rumah mama okay?" Zayn yang sudah selesai sarapan itu mengambil tempat di sebelah Laura. Laura memandang Zayn dan hanya mengangguk. Nampak sahaja kelibat Zach yang menuju ke ruang tamu, Laura terus berdiri.
"Mana?" Zayn mendongak memandang Laura sudah berdiri itu, bersiap sedia untuk beredar.
"Masuk bilik. Tak cukup oksigen duduk sini." Sebaik sahaja Zach sampai di ruang tamu, Laura segera menuju ke arah tangga dan masuk ke dalam bilik. Zayn hanya menggeleng. Belum pernah dia tengok Laura macam ni.
"Dia memang tak nak bercakap dengan aku langsung ke?" Zach bertanya apabila Laura masih lagi mengelak dari dia.
"Pandang muka kau pun dia tak nak sekarang ni, ada hati nak dia cakap dengan kau." Zayn memandang sekilas Zach yang duduk di sofa yang berada di hadapannya lalu kembali menonton televisyen. Zach pula mengeluh. Terasa kosong apabila Laura langsung tak menegurnya.
+++
"Assalamualaikum ma." Zayn masuk ke dalam rumah agam milik Puan Hanna dan Encik Mohamed. Laura hanya mengikut Zayn dari belakang, manakala Zach pula sedari tadi hanya memerhatikan Laura.
"Waalaikumusalam." Puan Hanna menyambut kedatangan anaknya dengan mesra.
"Laura sayang mama." Puan Hanna terus meluru memeluk Laura apabila nampak gadis itu berdiri di belakang Zayn.
"Mama." Laura membalas pelukan erat ibu mertuanya itu. Tidak sangka bahawa Puan Hanna sudah tidak benci akannya.
"Mama minta maaf sayang, sebulan lepas mama tuduh Laura melulu. Mama minta maaf sangat sayang." Puan Hanna menggosok gosok belakang tubuh Laura sambil mengeratkan lagi pelukan.
"Tak apa mama, Laura faham." Air mata yang hampir jatuh Laura tahan. Ah, rindunya dia pada arwah mamanya.
"Assalamualaikum!" Pelukan mereka terlerai apabila kedengaran suara seseorang memberi salam. Laura terus membuat muka apabila dua wajah itu singgah di pandangannya. Bella dan mamanya.
"Waalaikumusalam, masuk lah masuk." Dua orang tetamu itu Puan Hanna sambut dengan mesra. Laura sudah pun bergerak menuju ke dapur. Takut kalau dia berlama lama dekat situ, ada yang makan penampar nanti. Zayn yang perasan itu, segera mengikut Laura. Dia pun takut kalau kalau ada orang yang kena dengan ayat sindirannya nanti. Zach pula hanya memerhatikan Laura dan Zayn yang sudah menujunke dapur itu.
"Ya Allah, ini Zach ke? Makin hensem menantu mama ni." Mama Bella menepuk perlahan lengan milik Zach. Zach memberikan wanita tua itu senyuman palsu. Sebaik mungkin dia menahan rasa.
"Mama." Tangan mama Bella disalam.
"Iya, jom cepat kita masuk. Mama tak sabar ni nak bincang pasal perkahwinan kamu dengan Bella." Mama Bella menarik lengan Puan Hanna mengajaknya untuk cepat cepat berbincang. Zach pula memandang wajah Bella yang jelas kelihatan serba salah itu.
"Sorry Zach." Tanpa berkata apa apa, Zach bergerak terus menuju ke ruang tamu duduk di sofa berhadapan dengan mamanya dan mama Bella, meninggalkan Bella seorang.
"Eh, Mak Som tak apa biar Laura yang hantar air ni." Dulang yang berada di tangan Mak Som, orang gaji di rumah Puan Hanna dan Encik Mohamed diambil oleh Laura dengan berhati hati.
"Tak apa ke?" Mak Som memandang wajah Laura risau, bukannya dia tidak tahu siapa yang menjadi tetamu majikannya itu.
"Tak apa Mak Som. Biar Laura bawa eh." Laura dengan berhati hati melangkah ke ruang tamu. Zach terkejut melihat isterinya yang keluar menghidang air. Dulang Laura letakkan di atas meja yang terdapat di tengah tengah sofa.
"Siapa ni? Cantiknya, isteri Zayn ke?" Mama Bella bertanya apabila dia melihat Laura. Cantik, manis aje orangnya.
Laura tersenyum manis tetapi palsu kepada mama Bella. "Memandangkan nanti acik ni tak kan ingat juga siapa saya, tak apa lah saya bagitahu je ya, Laura Hannaniah, madu anak mak cik yang sanggup buat apa je untuk mama dia ni termasuk kahwin dengan suami orang." Laura segera bangun lalu berlalu ke dapur semula. Puas hatinya melihat wajah orang tua itu yang terkejut. Tak bukan mama Bella sahaja yang terkejut tetapi semua yang berada di situ kecuali Puan Hanna.
"Apa benda ni Bella? Zach?" Mama Bella memandang ke arah Zach dan Bella. Bella sudah terkaku manakala Zach hanya berdiam diri, tidak peduli walaupun dia sebenarnya terkejut dengan isterinya yang agak savage tadi.
"Mama sebenarnya,"
"Saya dah kahwin. Laura Hannaniah isteri saya, Bella tinggalkan saya, jadi saya kahwin dengan orang lain. Untuk pengetahuan aunty, Bella pun dah bertunang. Banyak kali dah dia bagitahu tapi aunty tak ingat. Aunty hanya ingat saya." Zach berkata tenang, panggilan mama juga sudah bertukar.
"Ta-tapi mama masih nak tengok kamu kahwin. Tolong Zach." Mama Bella mula merayu. Zach mengerutkan dahi, celah mana lagi yang tak jelas ni.
"Mama!" Bella terkejut dengan mamanya apabila orang tua itu masih dengan niat asalnya.
"Bella diam." Mama Bella berkata tegas.
"Fine, i'll marry your daughter. Tapi saya tak janji yang dia bahagia." Zach memandang wajah mama Bella yang kelihatan lega. Impiannya ditunaikan. Bella mengerutkan dahi, tak kisah kah mamanya kalau dia tak bahagia? Awal awal lagi Zach dah bagi hint yang dia dengan Zach memang tak akan bahagia, kerana hati mereka berdua terpaut pada orang lain. Memang akan terjadinya penceraian antara mereka. Itu pasti.
![](https://img.wattpad.com/cover/221176782-288-k924131.jpg)
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...