"Nico, dengar sini. Dengar cakap pakcik ni. Makcik kena pergi. Dia akan terangkan semuanya pada kamu. Satu lagi, makcik sayang sangat kamu walaupun kamu bukan darah danging makcik." Silena mencium dahi Nico sebelum tiba-tiba menghilang.
"Makcik! "jerit Nico.
Nico terkaku saat Silena menghilang begitu saja.
"Nico."
Nico berpusing menghadap lelaki itu.
"Jangan risau. Makcik kamu terpaksa pergi ke suatu tempat. Sebelum kita pergi, mari makan dahulu."
James dan Nico mengambil tempat di meja makan sebelum menjamah makanan tanpa bercakap. Sebaik sahaja selesai makan, James memetik jari dia dan menyebabkan semua pinggan itu menghilang.
"Apa..."
"Magik. Kamu percaya pada magik,nico?"
Nico tidak mahu percaya tapi setelah apa yang terjadi tadi dia mula percaya yang sihir wujud di dunia ini. Dia mengangguk perlahan kepala dia.
"Pakcik selalu tertanya-tanya bagaimana wajah kamu saat kamu dewasa. Wajah kamu mirip betul dengan wajah pakcik. Kecuali mulut kamu yang lebih kepada ibu kamu. Mata kamu pula sangat mirip dengan mata ayah kamu. Bulat,bersinar dan berwarna kelabu cair." lelaki itu tersenyum sedih.
"Pakcik kenal ibu dan ayah ke? "
Lelaki itu tersenyum kecil.
"Sangat-sangat kenal. Dia abang pakcik."
"Abang pakcik?!"
"Ya. Abang yang paling baik sekali di dunia ni. Sebaik saja kamu lahir,mereka jadikan pakcik ayah angkat kamu. Setiap hari ibu ayah kamu akan hantar kamu pada pakcik. Hari-hari yang paling indah pernah pakcik rasa. "
Lelaki itu termenung lama seakan sedang teringatkan masa lalunya. Nico merenung sekejap wajah lelaki itu sebelum dia menanya lelaki itu.
"Nama pakcik siapa? "
"Oh, lupa pula pakcik nak beritahu nama pakcik. Nama pakcik ialah James di Cedric, Penolong Kanan Utama akademi Neptune."
"Akademi Neptune?"
"Sekolah ahli sibir dan elementris ataupun pengguna element. Kamu pun akan ikut pakcik ke sana nanti."
"Betul ke? "
"Ya. Ibu ayah kamu pasti mahu kamu belajar di sana."
"Ibu dan ayah pun ahli sihir? "
"Tak. Ibu kamu ahli sihir. Ayah kamu pula elementris."
"Wah... Mesti ibu dan ayah kuat kan? "
"Em! Sangat-sangat kuat. Nah. Ini ada video yang ibu kamu rakam untuk kamu. "
James menyerahkan sebuah alat kecil segi tiga yang dibuat daripada kaca kepada Nico. Sebaik saja dia menyentuh satu butang kecil di tengah alat itu, alat itu tiba-tiba memancarkan satu hologram.
"Apa ni? "Tanya Nico kagum.
"Holo-dial tapi yang ini untuk lihat video. "
Hologram yang dipancarkan holo-dial itu memaparkan wajah seorang wanita yang cantik dan sedang mengandung. Disisi wanita itu berdiri seorang lelaki berbadan tegap dan sangat kacak.
"Ibu dan ayah." Bisik Nico.
"Hai, Nico! Ibu dan ayah sayang kamu. Bila kamu dewasa nanti ibu harap kamu ingat wajah ibu dan ayah." kata ibu Nico.
"Ayah harap kamu boleh jadi kuat. Maafkan ayah dan ibu kalau masa kamu tengok holo-vid ini kami tak ada bersama kamu. Oh ya, kamu ada ayah angkat tau Nico. Nama dia James."kata Ayah Nico pula.
"Dan mak angkat juga! Makcik Silena kamu tu baik hati tau. Dia siap bagi kamu ni. Sebuah buku cerita! Wah, Nico. Semua orang suka kamu. Ni tengok baju beruang ni. Baju ni pakcik James kamu yang belikan!"
"Dan tengok ni! Ibu dan ayah buat gelang permata ni untuk kamu. Gelang ini akan lindungi kamu bila kamu dalam bahaya nanti. Alamak! Rachel, kek awak dah hangus lah. "
"Oh, tidak! Ian, kenapa awak tak padam oven tu tadi?! "
"Errr... Saya terlupa,sayang."
"Ish! Awak kena belikan saya kek yang baru!"
"Sayang nak kek berapa tingkat? Saya belikan."
"Ian! "
Ayah Nico ketawa manakala ibu Nico pula memasamkan muka dia. Mereka berdua kelihatan bahagia bersama. Tidak lama kemudian, holo-dial itu padam. Nico tersedu-sedan menangis melihat wajah ibu dan ayah dia.
"Ibu...ayah... Nico rindu ibu dan ayah... "
"Nico, jangan menagis. Mungkin mereka sudah tiada tapi rasa sayang mereka masih kekal di dalam hati kita. Asalkan kita sentiasa ingat dan sayang mereka,mereka tak akan mati." Pujuk James.
Nico tahu yang James pun pasti sedih setelah melihat hologram tadi. Terutamanya apabila hologram itu hologram abang dia. Setelah beberapa minit menangis, Nico mengelap air mata dia. Akhirnya dia dapat juga mendengar suara ibu dan ayah dia.
"Pakcik, kalau saya nak panggil pakcik ayah boleh? "Tanya Nico.
James terkedu.
"Mestilah boleh! Wah...sudah lama pakcik tidak dengar kamu panggil pakcik ayah. "Kata James teruja.
Nico tersenyum. Ya, dia masih punya ayah dan ibu angkat. Dia masih ada orang yang sayang pada dia.
"Ayah, makcik pergi mana? "
"Makcik kamu seorang ketua Biro Penyamaran dan Informasi. Dia orang yang paling penting di Pentagon, sebuah organisasi pelindung dunia sihir dan elemental. Dia terpaksa balik ke sana untuk urusan kerja. Sebelum ini dia telah meletak jawatan untuk menjaga kamu. "
"Tapi kenapa ayah... "
"Pakcik tak dibenarkan menjaga kamu. Pakcik terlalu sibuk dengan akademi dan kamu pula masih bayi ketika itu. Semua orang bimbang pakcik tak dapat jaga kamu dengan baik sebab pakcik ni... "
"Selalu buat masalah. "
"Errr... Macam mana kamu tahu? "
"Mungkin sebab ayah pun macam pakcik. Tadi ayah sengaja hidupkan semula oven itu dan sengaja membuat ibu merajuk."
James terpegun dengan kepandaian Nico.
"Kamu ni memang bijaklah. Kamu mewarisi kepintaran ayah dan ibu kamu. "
James tersenyum dia mengusap rambut hitam pekat Nico sebelum menyerahkan holo-dial berbentuk segi tiga pada Nico. Nico menekan butang holo-dial tersebut dan didepan dia terpapar sebuah surat.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantastikNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
