Tujuh:Carter Light.

438 46 1
                                        

Nico menyerahkan kad LotusCash dia pada lelaki tua itu. Lelaki tua itu mengimbas kad itu pada holo-dial pengimbas. Sebaik sahaja Nico melangkah keluar daripada kedai itu, James sudah menunggu dia di depan kedai sambil tersenyum.

"Sudah selesai?" Tanya James.

Nico mengangguk kepala dia. Dia mendekati James sebelum merenung barang yang dibeli James.

"Ayah beli apa?"

"Oh. Yang ini untuk kamu." James menyerahkan beberapa beg kertas pada Nico.

"Terima kasih,ayah."

"Mari. Tinggal sejam sahaja lagi sebelum kapal kamu berangkat."

Mereka memilih untuk berjalan saja menuju ke pelabuhan memandangkan pelabuhan tersebut berapa beberapa meter daripada daripada tempat mereka.

Sampai saja di pelabuhan tersebut,Nico tergamam. Di depan dia terdapat beribu orang pelajar sedang berkumpul di pelabuhan itu. James menepuk perlahan bahu Nico sebelum memberi dia sebuah lencana berbentuk bintang. Pada lencana tersebut,diukir satu 'bar code'.

"Simpan lencana kamu baik-baik. Lencana ini merupakan kad pengenalan kamu sepanjang kamu belajar di akademi nanti. Pakcik terpaksa pergi sekarang. Oh ya,pastikan kamu jangan beritahu orang lain nama sebenar kamu. Nama kamu sekarang adalah Nico Black, faham?" James merenung tajam wajah Nico.

Nico mengangguk. James mengusap rambut dia sebelum melangkah pergi. Ada beberapa pelajar yang merenung pelik James dan Nico sebelum mula berbisik antara satu sama lain.

Nico sekadar merenung kosong mereka sebelum berjalan mengikut sekumpulan pelajar yang menuju ke hujung pelabuhan. Tiba-tiba, seluruh pelabuhan bergegar. Kemudian muncul seekor paus sebesar dua puluh meter. Paus itu mengangakan mulut dia di depan pelabuhan.

Nico sedikit panik namun sebaik sahaja dia melihat beberapa orang pelajar berjalan menuju ke mulut paus tersebut baru Nico sedar paus di depan dia adalah kapal yang akan digunakan oleh semua pelajar tersebut ke akademi Neptune.

"Wah..."

Nico segera menarik troli dia yang baru dibelikan oleh James untuk dia. Sebaik saja dia masuk ke mulut paus tersebut, dia ternganga. Di depan dia terdapat beberapa beribu-beribu kabin sederhana besar yang dibina secara bertingkat-tingkat. Dia menuju ke sebuah meja yang dijaga seorang pelajar yang mengenakan jubah biru gelap. Jelas pelajar itu seorang pengawas.

"Pelajar baru?"Tanya pelajar itu.

"Ya."

Pelajar itu mengangguk kecil sebelum menekan sesuatu pada holo-dial dia.

"Baiklah. Ini lencana ka...Eh! Dimana kamu mendapatkan lencana itu?" Tanya pelajar di depan dia terkejut.

"Er... Ayah saya yang beri. Dia seorang guru di akademi." kata Nico sedikit panik.

Pelajar di depan dia mengangguk pelik sebelum memberikan Nico kunci dan nombor kabin dia.

"Kabin kamu bernombor 80."kata pelajar itu.

Dengan pantas Nico mencari kabin dia. Tidak lama kemudian, dia akhirnya menemui kabin dia yang terletak di tingkat dua.

Di dalam kabin tersebut terdapat dua buah katil dan dua buah loker yang diletakkan bersebelahan katil. Di tengah bilik itu terdapat dua buah sofa berangkai tiga dan sebuah meja buah. Nico segera menyimpan barang dia di dalam loker Sebelum melompat ke katil.

"Penatnya..."

Tidak lama kemudian dia terlelap di atas katil dia.

*********

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang