Nico perasan yang penduduk di pekan itu memandang dia. Ada yang saling berbisik antara satu sama lain. Ada juga yang tersenyum sambil menyapa datuk Lunar.
"Lunar, mereka kenal atuk kau ke? "Bisik Nico yang berjalan disisi Lunar.
"Kenal. Atuk bekas ketua pekan ni. Semua orang hormat dia sebab dia adalah ahli sihir paling hebat di tempat ni. "Bisik Lunar pula.
Nico mengangguk faham kepala dia. Selepas hampir lima minit berjalan akhirnya mereka sampai di sebuah kawasan yang dikelilingi bunga matahari. Lunar menarik lengan Nico supaya dengan dia sebelum memeluk lengan berurat Nico. Nico memandang pelik gadis di sisi dia.
"Nico jom ikut saya sekejap. Ada benda yang saya nak tunjukkan pada awak. "Bisik Lunar
"Tapi atuk kau kan... "
"Atuk, Lunar nak bawa Nico pergi Night Garden dulu boleh? Sekejap je... "
"Pergilah.. "
Lunar pantas menarik lengan Nico menuju ke suatu tempat. Tidak sampai dua minit berjalan, akhirnya mereka sampai di hadapan sebuah gerbang besar. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam gerbang itu, Nico terpegun.
Di depan mereka berdiri satu pokok sebesar satu bangunan tiga tingkat. Daun-daunnya berwarna perak dan kelihatan bersinar dipancar cahaya bulan.
"Macam mana... Bukan ke tadi siang tapi... "
"Tempat ni adalah tempat suci puak kami. Bulan ini adalah tanda pengorbaan seorang lagenda puak kami. Nama dia Moon. Kami telah diserang oleh satu makhluk mistik dan makhluk itu telah memusnahkan sumber kuasa kami, iaitu Lunar Dragon. Tanpa Lunar Dragon,pokok kehidupan ini hampir mati. Pelindungan yang ditawarkan pokok ini menjadi lemah dan menyebabkan musuh dengan senang menyerang kami."
"Puak kami menjadi lemah dan hampir sahaja dimusnahkan tapi Moon memberi kami peluang kedua. Dia merupakan kelahiran semula dewi bulan dan menggunakan separuh daripada tenaga dia, Moon menjadikan roh Lunar Dragon sebagai bulan. Sebab tu lah tempat ni banyak yang bernama Moon sebab dia adalah penyelamat tempat. "Ujar Lunar tanpa dipinta.
Nico mengangguk faham kepala dia. Tapi nama Moon itu seakan dia kenal tapi dimana dia pernah mendengar nama itu? Kenapa dia berasa dekat dengan nama itu?
"Tapi kenapa kau bawa aku ke sini? "Tanya Nico sambil memandang Lunar.
"Sebab saya mahu beri awak ni. Saya tahu lepas ni mesti awak mahu pulang ke tempat asal awak."Lunar melangkah mendekati pokok kehidupan itu sebelum menyentuh satu kuntum bunga yang tumbuh mekar pada pokok itu. Hanya sekuntum itu sahaja.
Sebaik sahaja Lunar menyentuh bunga itu, bunga itu berubah menjadi satu batu kecil yang bersinar keunguan. Lunar memetik batu itu sebelum melangkah mendekati Nico. Dia memegang tangan Nico lalu meletakkan batu kecil itu ke telapak tangan Nico.
"Kenapa kau beri aku ni? "Tanya Nico pelik.
Lunar tersenyum sedih sebelum menarik tangan Nico mendekati satu batu bertulis yang tertanam berdekatan pokok kehidupan. Pada bongkah itu jelas tertulis;
Andai daku dilahirkan semula,
Pertandanya hanya dia yang diselubung kegelapan datang ke negeri tempat ku bersemadi,
Daku tinggalkan jantung daku yang hanya muncul sebagai kuntum bunga maut,
Berilah jantung ku pada dia yang memanggilnya,
Kerna dia yang akan menjadi pelindung kelahiran semula daku.
"Nico, batu ini telah diukir sendiri oleh Moon. Jutaan purnama lamanya puak kami menunggu awak." ujar Lunar sayu sambil memandang batu tersebut.
"Kenapa aku? Ada ramai orang yang dimaksudkan batu itu. Kenapa kau rasa aku adalah orang yang puak kau cari? "
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasiNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
