Enam Belas: Musuh atau Teman?

383 39 1
                                    

Nico menggosok perlahan mata dia. Jam di dinding dipandang sebentar. Jarum jam baru sahja menjejak angka lima setengah pagi. Dia mengeluh kasar sebelum menuju ke arah bilik mandi. Usai mandi kaki dia dibawa ke arah meja belajar dia.

Gambar ayah dan ibunya yang diselitkan pada Buku Pengetahuan milik dia diambil. Gambar tersebut ditatap rindu. Sejak sampai ke Akademi Neptune dia tidak berani mahu mengeluarkan gambar ibu dan ayah dia. Dia takut ada orang yang akan tahu siapa diri dia yang sebenarnya.

Kata-kata James ketika dia berada di pelabuhan Akademi Neptune kembali menerja minda dia.

"Nico, semasa kamu berada di kapal nanti pastikan kamu tidak memberitahu identiti sebenar kamu. Nama di Cedric tidak harus diketahui orang lain. Nama kamu di akademi akan menjadi Nico Black, anak angkat kepada James Black, faham? " James memandang dalam mata kelabu cair Nico.

Nico mengangguk kepala dia faham.

Bunyi sesuatu mengetuk tingkap dia membangunkan diri dia daripada lamunannya. Pandangan dia jatuh pada Jayden yang sedang berdiri di atas tangga ais miliknya. Nico membuka tingkap bilik dia sebelum memandang Jayden.

"Jayden kau buat apa kat sini? " Nico memandang pelik Jayden.

Jayden pula menayangkan senyuman senget saat dia melihat wajah terkejut Nico. Mana taknya, dia berada dua puluh meter daripada tanah.

"Jom teman aku pergi dataran akademi." Ajak Jayden sambil tersengih.

Nico mengangguk sebelum menggapai buku dia. Kunci kabin dicapai sebelum menuju ke tingkap. Jayden dan Nico dengan pantas mula menuruni tangga ais itu ke bawah. Sebaik sahaja mereka menjejak tanah tangga ais itu mencair.

"Kenapa kau nak bawa aku pergi ke dataran? "

Kali ini Jayden memandang serius Nico. Dia menggenggam tangan dia sebelum membukanya semula. Terapung di atas tangan dia muncul sebuah kristal ais. Kristal itu bersinar kemerahan sebelum menayangkan suatu imej padanya.

"Sejak beberapa hari yang lepas aku perasan yang Cermin Ais aku asyik menayangkan imej ni. Aku tak rasa ini kebetulan." Jayden menyuakan cermin itu pada Nico.

Sebaik sahaja Nico memandang cermin itu, dia terkejut. Imej yang ditayangkan cermin itu sama seperti mimpi dia. Bayangan seorang lelaki yang sedang menyembah sebuah tengkorak haiwan yang dikelilingi satu aura nipis dan membuatkannya nampak seakan manusia. Lelaki itu seakan sedang membaca mantera sihir dan yang paling menakutkan bunyi bisikan halus yang menemani bacaan mantera itu.

"Ini! Aku pun asyik nampak bayangan yang sama di dalam mimpi aku."

Nico dan Jayden berpandangan. Mereka berdua senyap seketika sambil kaki dibawa menuju ke dataran akademi. Mereka berdua duduk bersandar pada sebatang pokok sambil merenung pintu masuk akademi.

"Nico, aku rasa tak sedap hati dengan bayangan yang kita berdua nampak ni. Aku pasti bayangan ini satu petunjuk." Jayden meniup Cermin Ais dia dan menyebabkan cermin itu mencair.

Padangan dia jatuh pada Nico yang sedang memandang kosong pintu akademi.

"Ya, aku pun rasa benda yang sama. Benda yang buat aku rasa pelik adalah aku selalu rasa macam ada sesuatu yang kita terlepas pandang. "Terang Nico.

Tangan dia dipetik sebelum menyebabkan muncul azimat berwarna ungu gelap di depan dia. Dia memegang azimat tersebut dan menyalurkan sedikit kuasa pada azimat tersebut. Azimat tersebut bersinar keunguan sebelum berubah bentuk menjadi satu pisau kecil.

"Ya, benda yang kita terlepas pandang. Aku asyik terfikir tentang hari pertama kita makan malam di dewan Optimus. Aku ternampak sepintas lalu satu bayang hitam di sudut dewan dan bila aku pandnag balik bayang itu hilang. "

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Where stories live. Discover now