Sebaik sahaja kelas Pengunaan Senjata Ajaib tamat, Nico dan Jayden menuju pantas ke arah sebuah mesin menjual sandwich dan air. Selesai membeli makanan dan air, mereka pantas menuju ke arah bahagian selatan akademi tersebut. Namun mereka dihentikan sekumpulan pelajar daripada menara Order.
"Wah, wah, wah... Tengoklah siapa aku jumpa ni. Si pintar Nico dan Si hebat Jayden." kata seorang pelajar lelaki berwajah pucat dan agak tegap(mungkin juga ketua pada sekumpulan pelajar itu)
Nico menjeling mereka sebelum cuba melangkah pergi namun lengan dia rentap kasar sehingga menyebabkan dia terduduk di atas tanah yang agak lembab tersebut. Nico mengerang kesakitan. Lengan baju terkoyak dan mendedahkan lengan dia yang mempunyai tatu keunguan berbentuk tengkorak manusia.
Para pelajar tersebut menarik nafas dalam. Nico dengan pantas cuba menutup tatu dia yang diukir betul-betul di atas siku dia namun jelas sekali dia terlambat.
"Kau! Aku tak sangka budak yang sentiasa disanjung semua cikgu ada tatu. Kau tahukan yang kita tak dibenarkan mempunyai tatu."Ucap pelajar itu sambil tersengih jahat.
Jayden mengenggam erat tangan dia. Dia pantas menarik tubuh Nico sehingga Nico berdiri di sisi dia. Dia memandang dingin pelajar-pelajar di depan dia.
"Kalau korang tak nak membeku kat sini lebih baik korang berambus dari sini."Ugut Jayden
"Woah... Kau tak layak nak ugut aku Jayden. Dan kau Nico. Heh, aku akan bagitahu ini pada semua orang! "
"Suka hati kau lah. Aku tak kisah."
Dengan itu, Nico melangkah pergi diikuti Jayden. Sampai sahaja di depan tiang tenpat pengimbas token, Jayden memanggil perlahan nama Nico.
"Nico, sekejap. "
Dia menggamit Nico supaya mengikuti dia ke arah sebuah pondok kecil di kawasan selatan akademi itu. Mereka mendudukkan diri di situ sebelum mengeluarkan makanan tengah hari mereka daripada beg galas mereka.
"Sejak bila kau ada tatu tu, Nico? "Tanya Jayden perlahan.
"Sejak aku bayi lagi. Ni... Macam tanda lahir aku. Mak cik aku, dia kata ni simbol aku. Simbol keluarga aku. "Ucap Nico perlahan.
"Jadi... Nico aku,aku kenal sangat dengan simbol tu Nico. Itu simbol sumpahan. Aku pernah lihat satu tapi yang aku pernah lihat lain sedikit. Ayah aku pernah cerita setiap keluarga yang mempunyai simbol sumpahan, mereka... Mereka selalunya berasal daripada keluarga yang berkuasa. Mereka mempunyai pendamping untuk menguatkan kuasa mereka. Tapi... "
Nico mengeluh sebelum memandang Jayden.
"di Cedric. Nama sebenar aku Nico di Cedric. Aku tak tahu tentang simbol sumpahan atau apa-apa pun tentang keluarga di sebelah ayah aku. Yang aku tahu setiap ahli keluarga kami mempunyai simbol ni dan mempunyai kuasa yang lebih kuat berbanding orang lain." jelas Nico.
Jayden memandang tidak percaya Nico.
"Kau, kau berasal daripada keluarga tu? Tapi... Tak mungkin! "
Nico menjeling jengkel Jayden.
"Tak akan aku nak tipu Jayden. "
"Jadi betullah? Tapi... "
"Apa yang sebenarnya buat kau takut sangat dengar nama keluarga aku Jayden?! " jerkah Nico
"Tak, aku tak bermaksud macam tu." Kata Jayden sedikit panik.
Nico mengeluh.
"Maaf. Dah lah aku tak nak bercakap pasal ni lagi. " Nico memakan habis makanan dia sebelum menuju ke arah pengimbas token itu tanpa menunggu Jayden.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
