Dua Puluh Lapan: Hari Peperiksaan

359 45 0
                                        

Nico menguap perlahan sambil menyelak buku di depan dia. Carter pula sedang menyuap perlahan bubur dia. Seminggu selepas serangan Cannibal yang lalu, mereka semua telah dihujani kerja sekolah dan nota-nota yang sepanjang dua kaki. Boleh dikatakan semua pelajar di sekolah itu tidak cukup tidur akibat bebanan kerja yang banyak.

Terutamanya Nico dan Jayden. Mereka berdua bukan sahaja dibebani kerja sekolah namun mereka juga terpaksa menyertai latihan yang teruk bersama ahli pasukan Slaughter akademi tersebut dan kelas tambahan bersama James untuk mengawal kuasa mereka. Wajah mereka berdua seperti sudah tidak tidur sebulan.

Carter dan Jayla juga tidak kurangnya walaupun mereka berdua tidak terpilih dalam mana-mana sukan sekolah namun mereka dibebani kelas-kelas tambahan untuk subjek yang mereka tidak mampu kuasai. Seperti Nico dan Jayden mereka berdua turut ikut sama kelas bersama James.

Carter mengeluh perlahan sebelum dia memandang Jayla.

"Nasib baiklah esok kita akan menduduki peperiksaan kalau tak aku takut aku akan ikut sama pelajar yang demam sebab terlalu penat belajar. "Ucap Carter. Kata-kata dia mendapat anggukan daripada Jayla.

"Betul tu. Tapi apa yang lebih menakutkan, abang aku dan Nico masih lagi boleh berdiri tegak walaupun dibebani kerja yang lebih banyak daripada pelajar senior. "Ucap Jayla perlahan.

"Hah-ah. Aku pun pelik. Diorang ni manusia ke robot? Semalam Nico tulis nota dia macam tangan dia dah digam dengan pensil. Bila aku bangun pagi tadi, dia tertidur di meja belajar dia dengan mata terbuka sambil pegang pensil." Ucap Carter sambil ketawa kecil.

Adegan pagi tadi kembali menerjah minda Carter. Dia dikejutkan dengan bunyi jam loceng dia sebelum dia perasan Nico masih lagi di meja belajar dia sambil duduk tegak. Dia ingatkan Nico masih lagi menulis nota rupanya Nico tertidur dalam keadaan dia duduk tegak dan memegang pensil dengan mata terbuka.

Jayla ketawa kecil usai Carter bercerita. Siapa sangka Nico yng taksub dengan kerja seperti abangnya itu dapat tidur dalam keadaan yang menyeramkan begitu.

Carter dan Jayla saling berkongsi cerita namun Nico dan Jayden pula sedang sibuk menyalin sesuatu untuk latihan Slaughter mereka. Wajah mereka jelas kepenatan. Jadual mereka berdua dipenuhi latihan dan kelas Slaughter. Mereka hampir tiada masa terluang untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.

"Argh... Peningnya kepala aku. "Rungut Jayden.

Nico mengangguk kepala dia. Dia pun turut sama berasa pening. Minggu ini sahaja mereka berdua sudah dua kali termuntah akibat terlalu penat. Kali ini tiada apa yang lebih diharapkan mereka berdua selain daripada mengharapkan minggu persediaan peperiksaan ini berlalu pantas.

*****

Nico menggosok perlahan mata dia. Dia sudah selesai menjawab semua kertas peperiksaan dia. Jadi dia diberikan kebenaran untuk menunggu diluar kelas. Tidak lama kemudian Jayden turut sama melangkah keluar daripada kelas tersebut sambil menguap. Akhirnya setelah dua hari bertarung, minggu peperiksaan mereka berakhir yang diakhiri dengan kertas peperiksaan Charmspeak.

"Jayla dengan Carter masih belum siap lagi ke? "Tanya Nico sambil menyandarkan diri pada dinding kelas.

"Belum. Tapi aku yakin mereka berdua boleh jawab punya soalan tu. Aku rasa soalan kat situ senang."Ucap Jayden sambil mengusap rambut dia

"Tu sebab kau tembak soalan nombor dua puluh. Soalan tentang macam mana menghalang siren daripada memikat kita untuk terjun ke laut. "Sindir Nico.

"Macam mana kau tahu? "

"Aku nampak kau conteng soalan tu masa kau angkat kertas. "Kata Nico selamba.

"Tak guna! "

Nico ketawa perlahan sebelum menepuk bahu Jayden. Tidak lama kemudian, beberapa orang pelajar melangkah keluar daripada kelas itu termasuk Carter dan jayla.

"Aku rasa aku salah jawab soalan tentang siren tu..." Kata Carter perlahan.

"Aku rasa macam aku bru je kena berlawan dengan raksasa. "Balas Jayla pula.

Nico dan Jayden menggeleng kepala mereka sebelum menarik tubuh kaku Carter dan Jayla yang sepertinya baru sahaja berhadapan dengan Cannibal.

Mereka berempat menuju ke arah dewan Optimus ditemani gelak ketawa mereka. Akhirnya minggu yang penuh dengan penyeksaan peperiksaan berakhir.

Mereka menghabis waktu petang mereka di dataran akademi selepas makan tengah hari.

To Be Continued...

Maaf sebab update ni pendek. Saya dah kehabisan idea yang bernas. Fuh, tanpa sedar saya terupdate lima bab hari ni(´⊙ω⊙'). Bagi yang vote, saya nak ucapkan terima kasih tau. (づ ̄ ³ ̄)づ

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang