Lapan:Akademi Neptune

434 46 2
                                        

Nico dan Carter mengemas pantas barang-barang mereka setelah pengawas yang bertugas memaklumkan pada mereka supaya mengemas barang mereka kerana mereka hamir sampai. Tidak lama kemudian seluruh kapal itu tiba-tiba bergegar. Sebaik sahaja kapal itu berhenti bergegar, kedengaran satu suara bergema di seluruh ruang kapal itu.

"Selamat datang ke Akademi Neptune. Pastikan kamu membawa lencana dan semua barang kamu."

Nico dan Carter dengan segera mengambil barang-barang mereka sebelum mengikut para pelajar lain menuju ke pintu keluar kapal itu. Sampai sahaja di pintu keluar(atau mulut paus),Nico terpegun melihat pandangan di luar kapal paus itu. Sebelum dia melangkah keluar, dia menyerahkan kunci kabin dia dan Carter pada pengawas bertugas.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di pelabuhan Akademi Neptune dia terkedu. Kini di sekeliling dia merupakan lautan dalam. Keadaan disekelilimg mereka gelap kecuali akademi Neptune yang seakan memancarkan cahaya. Dataran Akademi Neptune berada di dalam sebuah bulatan buih laut dan menyebabkan mereka mampu bernafas serta tidak dibasahi air lautan. Hanya kawasan yang berada di dalam bulatan itu sahaja yang kelihatannya kering dan ditumbuhi pokok.

Di atas satu bukitdi depan semua pelajar berdiri gah satu bangunan lama yang dibuat daripada batu obsidian. Di sekeliling Nico kedengaran para pelajar tahun pertama memuji keindahan Akademi Neptune. Tidak ketinggalan juga Nico. Dia memandang teruja dataran dan bangunan akademi tersebut.

"Wah..."kata Nico dan Carter serentak.

Mereka saling berpandangan sebelum sama-sama ketawa. Tiba-tiba kedengaran bunyi letusan kecil serta asap kemerahan muncul di depan para pelajar.

Sebaik sahaja asap itu menghilang,di depan mereka semua berdiri tiga orang guru yang semuanya memakai baju perisai yang dibuat daripada kulit haiwan. Nico terkaku. Dia kenal salah seorang daripada guru tersebut. Dia adalah James,ayah angkat Nico. Kedengaran bisik-bisikkan daripada pelajar perempuan memuji kekacakkan James.James sekadar tersenyum sebelum mula berucap.

"Selamat datang semua tidak kira pelajar baru mahupun pelajar senior. Saya akan mengantikan pengetua hari ini. Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri. Saya James Black, Penolong Kanan Utama akademi Neptune. Disebelah kanan saya ialah Encik John Fisher dan disebelah kiri saya ialah Cik Beth Phoenix. Kami akan memantau sesi pembahagian dan ujian pengesanan nanti."

Setelah itu James memetik jari dia dan menyebabkan dua buah pintu seakan pintu portal muncul di depan mereka.

"Pelajar senior sila beratur menghadap pintu kedua manakala pelajar tahun pertama sila beratur memghadap pintu pertama. Saya ingatkan kepada semua pelajar bahawa semua barang larangan dilarang dibawa masuk ke sekolah. "James kemudiannya membuat wajah seakan jijik sebelum menyambung semula.

"Baiklah. Memandangkan pelajar tahun pertama belum tahu kegunaan pintu ini, pelajar senior akan memulakan dahulu."

Dengan itu pelajar senior mula berjalan melalui pintu tersebut. Pintu itu bergetar aneh dan menyebabkan para pelajar yang membawa barangan larangan terkena renjatan elektrik. Barangan larangan tersebut terbang keluar daripada poket, beg serta pakaian para pelajar dan menuju ke dalam sebuah bakul yang memakan barangan tersebut.

"Itu, apa yang akan terjadi pada para pelajar yang membawa barangan larangan. Jangan risau, pelajar tahun pertama tidak akan terkena renjatan elektrik memandangkan kamu masih tidak tahu barangan apa yang tidak boleh dibawa. Barang kamu hanya akan terbang ke dalam 'bakul pemakan' sahaja. Sebelum kamu melintasi pintu ini pastikan kamu pakai lencana kamu kerana pintu ini akan membahagikan kamu mengikut teras nanti. Pada lencana kamu akan tertulis teras masing-masing setelah kamu melalui pintu ini."

Setelah itu seorang demi seorang pelajar melintasi pintu tersebut. Sering kali beberapa barang melayang masuk ke dalam 'bakul pemakan' tersebut. Pelajar senior sudah selesai melakukan ujian pengesanan. Mereka ikut sama melihat pelajar baru dibahagikan mengikut teras.

Setelah beberapa ketika, barulah tiba giliran Carter. Dengan perasaan gementar Carter melangkah melepasi pintu tersebut. Seperti pelajar lain, lencana dia bersinar keemasan sebelum muncul satu perkataan baru dibawah bar code dia.

"Carter Light, teras Chaos! "Umum James.

Carter dengan pantas bergerak ke barisan teras Chaos. Akhirnya tiba giliran Nico. Kedengaran beberapa bisikan daripada para pelajar namun tidak dihiraukan oleh Nico. Nico dengan perasaan gementar berjalan melepasi pintu itu.

Pada mulanya,lencana dia langsung tiada perubahan dan tiba-tiba lencana dia bersinar kehitaman, lain daripada orang lain yang bersinar keemasan. Lencana dia berubah warna daripada emas kepada hitam gelap dan dibawah bar code lencana tersebut jelas tertulis Chaos.

"Chaos! "Laung James dengan wajah terkejut.

Nico berjalan pantas ke arah Carter. Para pelajar mula menumpukan perhatian mereka pada Nico yang kelihatan gelabah di sisi Carter.

"Apa... "

"Aku tak tahu. "Dengan pantas Nico memintas kata-kata Carter.

Kejadian tadi menyebabkan Nico mengeluh kasar. Dia tidak sengaja sebenarnya. Dia terlalu takut yang dia tidak terpilih memasuki mana-mana teras dan tanpa sedar dia telah menyebabkan lencana itu berubah secara paksa.

*****

Selesai membahagikan para pelajar mengikut teras, para pelajar baru telah dibawa menuju ke menara mereka mengikut teras masing-masing. Menara teras Pure terletak di bahagian utara akademi tersebut dan dikelilingi pokok. Menara teras Order pula terletak di bahagian barat akademi. Bahagian barat akademi tersebut dikelilingi pelbagai jenis struktur binaan yang dibina menggunakan batu karang.

Menara Chaos pula terletak di bahagian Timur alademi dan dikelilingi pelbagai jenis makhluk ajaib dan taman yang kurang dijaga. Kawasan sekeliling menara tersebut dipenuhi rumput sepanjang paras lutut dan akar menjalar. Terdapat juga bongkah-bongkah batu yang dibentuk menjadi bentuk kerusi dan meja di sekitar kawasan tersebut.

Nico dan Carter terpegun melihat keunikan menara Chaos. Walaupun kawasan sekitarnya kurang terjaga dan nampak liar, ianya sesuai dengan karakter pengguna kuasa Chaos. Selesai menunjukkan lokasi semua menara teras, James membawa para murid ke dewan Optimus.

"Wahhh..."Bisik semua pelajar tahun pertama.

Di depan mereka merupakan satu dewan terbesar yang pernah Nico lihat. Dewan itu sebesar empat buah padang bola sepak dan terdapat beratus-ratus buah meja bulat yang mampu memuatkan enam orang pelajar tersusun cantik di dewan itu. Di tengah dewan itu, terdapat sebuah pentas tinggi yang menempatkan sebuah meja berbentuk bulatan yang besar. Hanya satu bukaan kecil sahaja yang membuatkan meja itu bukan sepenuhnya bulatan.

Tepat di atas pentas tersebut,terdapat beberapa buah skrin besar yang digantung menghadap belakang dan kedua belah sisi pentas tersebut. Setelah itu mereka dibawa ke kandang pegasus atau kuda bersayap dan kandang hellhound iaitu anjing gergasi sebesar badak air.

Selesai melawat kawasan sekeliling kandang, mereka semua diminta pulang ke menara masing-masing. Beberapa orang pelajar sudah menguap kepenatan.

"Ah ya! Sebelum kamu semua pergi ke menara masing, saya ada satu lagi pengumuman penting. Pastikan kamu berada di dewan Optimus tepat pukul lapan malam. Dan tidak perlu pakai uniform akademi memandangkan kedai akademi masih lagi tutup." kata James.

Dengan itu semua pelajar membawa diri mereka ke menara masing-masing termasuk Nico dan Carter.

Sorry for the late update. I need to handle some problems. Happy reading!

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang