Dua Puluh Lima:Serangan Cannibal

326 38 0
                                    

Di atas mereka, seekor makhluk menyeramkan sedang memandang mereka dengan pandangan menyeramkan.

"Makanan... "

Makhluk itu bertubuh manusia namun tiga kali lebih besar. Kukunya sepanjang pisau dapur dan tajam manakala giginya bergerigi tajam sepanjang lima inci. Muka makhluk itu tidak ubah seperti wajah manusia namun berbulu dan berwarna hitam. Matanya merah menyala dan darah mengalir keluar daripada mulut makhluk itu. Makhluk itu meraung lagi dan kali ini, dia memandang ke arah Nico. Nico terkaku.

Para pelajar cuba berlari ke arah pintu keluar dewan namun pintu tersebut tertutup rapat saat makhluk di atas mereka memetik jarinya.

"Makanan! "Raung makhluk itu.

Makhluk itu cuba melompat ke lantai sebelum cuba menuju ke arah sekumpulan pelajar namun belum sempat dia ke sana, James muncul tiba-tiba dihadapan makhluk itu sebelum menumbuk kuat makhluk itu tepat dimukanya. Makhluk itu kemudiannya hancur menjadi debu kehitaman.

"Cannibal! Macam mana benda ini... "Kata-kata James dipotong kuat oleh bunyi jeritan seorang wanita.

Dihujung dewan, seorang guru berambut merah menyala dengan badan yang tinggi lampai sedang terapung di udara. Di depan dia, seekor Cannibal sedang menjilat mulutnya dengan lidahnya yang panjang berdarah.

Nico kenal guru itu. Dia adalah guru yang mengajar tentang makhluk ajaib pelajar tahun kedua, Puan Diana Johns. Wajah James menjadi pucat. Belum sempat Cannibal itu mendekati Puan Diana, seekor singa putih membaham badan Cannibal itu sehingga ianya menjadi debu. Sepantas kilat James menuju ke arah Puan Diana sebelum menyambut tubuh lemah wanita itu.

Percy, memtik jari dia dan menyebabkan singa putih itu bertukar menjadi azimat semula. Dia memandang tenang pelajar di depan dia yang kelihatan kaku ketakutan.

"Sepertinya, akademi kita dilawati sesuatu yang buas. James, bawa Diana ke bilik rawatan dan beritahu Susan kita diserang Cannibal.Disana akan lebih selamat."

Sepantas itu James menghilang bersama tubuh Puan Diana selepas mengangguk faham. Percy kemudian menarik keluar sebuah azimat berwarna emas dan berbentuk pentagon. Dia menggigit jari dia sehingga berdarah sebelum menyalitkan darah itu pada azimat itu. Azimat menyala terang shingga menyebabkan semua orang memejamkan mata.

"Para pelajar sila tunggu di dewan ini. Saya sudah meletakkan sihir pindung di seluruh kawasan dewan ini untuk menghalang Cannibal daripada masuk ke sini. Saya dan semua guru yang lain akan menjejak Cannibal yang lain. Kamu semua kan selamat disini. "

Setelah itu, Percy mengeluarkan sebiji mutiara sebelum melemparkanya ke kaki dia. Sekelip mata, semua guru yang lain serta dia menghilang. Para pelajar di dewan itu kembali bercakap dengan satu sama lain. Jelas mereka dalam ketakutan terutamanya pelajar tahun pertama.

Namun bunyi bising itu kembali senyap saat Qeris dan beberapa orang pelajar tiba-tiba muncul disitu. Mereka memakai baju perisai dan memegang senjata ajaib mereka.

"Memandangkan kita dalam situasi yang agak bahaya, aku telah dikerahkan untuk ke sini bersama empat orang ahli elit aku. Kami akan menjaga kamu semua memandangkan pengetua kita dan para guru yang lain sedang sibuk mencari lebihan Cannibal." Dengus Qeris.

Dia mengambil tempat di salah sebuah meja kosong di tengah dewan sebelum memandang semula pelajar di sekeliling dia.

"Duduklah! Kenapa kaamu semua pandang aku macam aku ni pula Cannibal?"

Dengan pantas,para pelajar disitu mendudukan diri. Bunyi bisikan mula kedengaran namun Qeris langsung tidak memperdulikan bunyi bising tersebut kerana dia sedang leka berbual dengan ahli dia. Wajah Qeris kelihatan serius dan penuh amarah.

Nico pula sedang duduk meramas jarinya sambil memandang rakan-rakannya.

"Korang rasa kenapa Cannibal tu boleh masuk ke akademi kita? Setahu aku akademi kita sangat sukar dicari dan dimasuki. "Tanya Nico.

Jayden menggeleng kepala dia sambil mengusap kepala Jayla yang sedang menangis itu. Carter turut sama menggelengkan kepala dia.

"Tapi sebelum ini benda ini tak pernah terjadi" kata Carter.

Jayden memandang Nico. Mereka berdua berkongsi satu maklumat dengan pandangan mata mereka.

"Tak, benda ini pernah terjadi. Aku dan Nico terjumpa dua orang lelaki yang kemungkinan bukan orang baik dikawasan dataran sambil mengintip aku dan Nico. Aku rasa ada yang menyeru mereka kesini. Hanya mereka yang sangat-sangat hebat sihir teleport saja yang boleh membawa Cannibal dan orang yang berniat jahat." Jayden menyatakan pandangan dia.

Kali ini Carter menarik perlahan rambut dia. Dia memandang Nico dan Jayden sebelum mengeluh.

"Korang berdua rasa yang benda ini... Ada orang yang bawa masuk ke akademi dan cuba untuk menyerang korang? "

"Serang atau mungkin untuk menilai dan mendapatkan data tentang kekuatan kita. Aku rasa sasaran mereka adalah kau dan Jayla. "Kata Nico perlahan.

Belum sempat Carter membalas bunyi satu letusan kecil kedengaran diluar dewan. Bunyi cakaran pada pintu dewan itu memeritkan telinga mereka yang mendengar dan bunyi lolongan Cannibal berdekatan pintu dewan itu menyeramkan sesiapa saja yang mendengar.

Qeris dan ahli pasukannya segera melangkah mendekati pintu dewan dan menyuruh pelajar lain mengundur kebelakang.

Bunyi lolongan,cakaran dan letupan kedengaran berselang-seli di luar dewan Optimus. Namun, tiada lansung yang mampu masuk ke dewan itu sehinggalah...

To Be Continued...

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Where stories live. Discover now