Seorang lelaki bertubuh sasa memegang erat pedang kegelapan. Setiap kali musuh bukan manusia itu melangkah ke depan, lelaki itu melibas pedang kegelapan dan menyebabkan musuh itu menjadi asap hitam lalu disedut oleh pedang dia.
Apabila puluhan tentera beast dan raksasa melangkah mendekati dia, lelaki itu melepaskan satu aura kuasa yang menyebabkan semua tentera beast dan raksasa berdekatan dia meletus menjadi debu kehitaman.
Permandangan di tempat itu sungguh menakutkan sesiapa sahaja yang melihat. Jutaan tentera musuh seakan tidak habis dan sentiasa muncul. Namun lelaki berbadan sasa itu langsung tidak melarikan diri. Malahan, badan dia seakan bersinar kehitaman dan memancarkan aura kuasa kegelapan yang amat menakutkan.
Lelaki itu tidak mempunyai calar walau sedikit pun sebaliknya aura kegelapan yang mengelilingi dia seakan melindungi dia daripada serangan musuh di hadapan dia.
"Hebat! Hebat! Argust kau langsung tidak pernah mengecewakan aku. Ribuan tentera Shadow aku, kau musnahkan namun satu calar kecil pun kau tak ada. "Kata seseorang yang tiba-tiba sahaja muncul di depan lelaki sasa itu.
"Kronos. Hentikan apa yang kau buat ni." kata Argust sambil memandang Kronos dengan pandangan merayu.
"Berhenti?! Tidak! Aku lebih suka kalau kau tidak masuk campur Argust. Kau yang sepatutnya berhenti atau kau... Akan mati! "kata lelaki bernama Kronos itu sambil memandang Argust dengan pandangan kecewa.
"Tak! Aku sudah ditakdirkan untuk hentikan kau! "
"Hentikan aku? Itu yang mereka bagitahu kau, Argust? Mereka tak pernah bagitahu kau yang aku ni...adalah dewa kegelapan yang dilahirkan ke dunia ni? "
Argust menggenggam erat pedang kegelapan di tangan dia. Ya, dia langsung tidak diberitahu tentang ini.
"Menyerah Argust. Kau tahu yang kau tak akan mampu hentikan aku. Hentikan dendam aku! Aku tak mahu cederakan kau Argust. Kau... Kau satu-satunya orang yang aku-"
Kata-kata lelaki itu dipotong oleh satu anak panah perak yang terkena tepat pada bahu dia. Dia meraung kuat dan menyebabkan satu letusan kuasa kegelapan yang kuat sehingga menghancurkan puluhan tentera Shadow berdekatan dia. Letusan itu turut menyebabkan Argust terundur ke belakang sebanyak beberapa kaki.
"Siapa-"kata-kata Kronos terhenti saat dia melihat seorang perempuan berambut berwarna perak muncul di sisi Argust.
"Kronos, hentikan semua ini! " kata perempuan itu dengan angkuh. Dia memegang erat alat memanah dia.
"Silver! Apa yang kau buat kat sini?"Tanya Argust dengan rasa jengkel.
"Saya nak tolong-"
"Huh! Silver, kau mungkin boleh bodohkan orang lain tapi bukan aku dan Argust! Ya, kau nak hentikan aku tapi demi kepentingan puak kau! Dasar perempuan talam dua muka! " Sindir Kronos.
"Kau! "
Perempuan bernama Silver itu mengenggam tangan dia sebelum menghentak tanah menggunakan tangan dia. Muncul satu golem(?) tanah yang disaluti permata di depan dia. Silver mengarahkan golem itu untuk menyerang Kronos. Namun belum sempat golem itu mendekati Kronos, hujang pisau hitam menghujani golem itu sehingga golem itu hancur.
"Kau tak akan dapat cederakan aku, Silver. Kau akan bayar apa yang kau dah buat pada Moon. Kau dan semua ahli puak kau akan terima padahnya Silver Zoe! "
Nico terduduk di atas katil dia dengan tubuh yang dibasahi peluh. Dia mengeluh. Mimpi dia kali ini menyebabkan dia mengigil kesedihan. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan dia berasa begitu namun dia dapat merasakan betapa marahnya lelaki bernama Kronos itu.
Oleh kerana dia tidak dapat tidur balik, dia menarik tuala dia sebelum menuju ke arah tandas untuk mandi. Pelbagai soalan menerjah minda dia saat ini. Soalan yang dia sendiri tidak mampu jawab.
*****
Tepat pukul 6:30 petang, Nico dan Jayden segera menuju ke Windy, tempat para pemain Slaughter dan Slash Sword berlatih. Setelah mengimbas token mereka, satu portal menuju ke Windy muncul. Mereka melangkah masuk ke portal itu.
Kedatangan mereka disambut dingin oleh beberapa orang pelajar yang lain namun ada yang tersenyum melihat mereka berdua."Nico, Jayden, awal korang berdua hari ni. Kelas masih belum mula lagi. "Tegur seorang pelajar lelaki peringkat advanced 2 bersama senyuman.
"Er, Qeris suruh kami berdua datang awal. Kau ada nampak Qeris, tak, Jake? "Tanya Jayden bersama sengihan.
"Oh, dia ada kat perpustakaan. Kau berdua pergilah tapi aku nak bagi amaran pada kau berdua yang Qeris baru je lepas mengamuk tadi. "Jake memandang simpati dua orang pelajar muda di depan dia.
"Er... Okey. Terima kasih, Jake! "Ucap Nico sebelum menuju ke arah bangunan di depan mereka.
Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam perpustakaan, mereka berdua pantas mendekati Qeris yang sedang menyelak buku di perpustakaan itu dengan wajah yang ketat.
"Qeris. " Ucap Nico perlahan.
Qeris segera berpusing menghadap Nico dan Jayden yang jelas kelihatan gementar.
"Ikut aku. "Arah Qeris.
Mereka menuju ke arah salah sebuah meja yang berada di hujung perpustakaan itu. Dia mendudukkan diri begitu juga dua orang pelajar di depan dia.
"Pagi tadi, aku diminta untuk mengikuti perbincangan dengan semua ahli Lembaga Sukan tentang perlawanan persahabatan yang akan datang. Akademi kita akan menghantar wakil untuk sukan Slaughter yang diadakan di bandar Oregon. Disebabkan ini hanya perlawanan persahabatan, jadi akademi kita memutuskan untuk menghantar lima orang wakil. "
Dia mengeluh sebentar sebelum menyambung kembali;
"Dan ahli Lembaga Sukan akademi kita putuskan untuk hantar kau dan Jayden serta tiga orang pelajar yang lain."
To Be Continued...
![](https://img.wattpad.com/cover/268639104-288-k364929.jpg)
YOU ARE READING
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...