Pada halaman sebelah tertulis nama dia.
Nico di Cedric
Lahir pada 2005 dan merupakan anak kepada pasangan Rachel dan Ian di Cedric. Dilahirkan dengan kuasa kegelapan yang amat kuat dan istimewa. Dia mampu mengawal dan bercakap dengan makhluk kegelapan. Dikatakan masih ada lagi empat orang pengguna kuasa kegelapan seperti dia.
Nico membaca ayat itu berkali-kali. Tangan dia menggeletar saat membaca buku itu.
"Apa makaud semua ni? " Nico tergamam.
Tiba-tiba buku itu bergetar aneh sebelum bersinar keemasan. Gelang pemberian ibu dia tiba-tiba hilang. Buku ajaib itu terapung betul-betul di depan Nico dan tepat di atas buku itu adalah gelang dia. Gelang itu perlahan-lahan mengecut sebelum berubah menjadi cincin.
Nico memberanikan diri dia menyentuh cincin itu. Sebaik sahaja jari dia menyentuh cincin itu, cincin itu tiba-tiba menghilang dan muncul semula di jari tengah dia. Nico dengan panik cuba menarik keluar cincin itu namun gagal. Cincin itu seakan melekat pada jari dia.
"Apa yang dah jadi ni sebenarnya?! " Nico membaringkan diri dia di atas tilam. Buku ajaib tadi sudah berada di atas meja belajar dia sebaik sahaja cincin itu tersemat pada jari nico.
Akhirnya,Nico terlelap dalam keadaan resah memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Tanpa Nico sedar, seseorang sedang memerhatikan dia daripada tadi. Tidak lama kemudian dia menghilang seakan tidak pernah muncul di depan rumah Nico.
------------
Nico menguap. Bunyi ketukan pintu bilik dia telah menganggu lena dia. Dia membuka pintu bilik dia dan mendedahkan wajah Silena.
"Mari turun. Masa untuk makan malam."
"Hmm... Yelah. "
Sebaik saja Nico menutup pintu bilik dia, dia hampir saja menganggap semua yang terjadi tadi sekadar mimpi ngeri. Hampir. Sehinggalah dia melihat buku ajaib itu masih lagi terletak elok di atas meja belajar dia.
Dengan pantas Nico menyambar buku itu sebelum menuju ke dapur di mana Silena sedang menghidangkan makan malam.
"Makcik! "Jerit Nico.
"Ada apa Nico? "Tanya silena panik
"Makcik tahu ini buku apa? " Tanya nico sambil menayangkan buku tersebut.
"Itu... Macam mana buku itu ada pada kamu? "
Wajah Silena jelas pucat.
"Makcik dah tahukan tentang kewujudan buku ini dan siapa saya yang sebenarnya kan? Saya... Saya ni seorang ahli sihir! "
"Nico kamu... "
"Secara tiba-tiba muncul seekor burung raksasa di depan cermin dapur. Di atas belakang burung itu, seorang lelaki sedang cuba masuk ke dalam rumah agam itu. Sebaik saja lelaki itu masuk ke dalam rumah itu, Silena menarik rapat Nico ke arah dia.
"James! Apa awak buat kat sini?!"Jerit Silena.
Nico jelas kelihat agak terkejut. Di depan dia dan Silena berdiri seorang lelaki mungkin berumur dalam lingkugan dua puluh tahun. Lelaki itu kelihatan amat kacak sekali. Di tambah lagi dengan mata kelabu gelap dia dan rambut dia yang berwarna hitam. Apa yang menyebabkan muka lelaki itu lebih menarik adalah satu tatu pelik berbentuk bintang kecil di bawah mata kiri dia.
"Silena. Lama kita tidak berjumpa dan hai Nico. " Sapa lelaki itu riang.
"James,kenapa awak berada di sini? Apa urusan awak kat sini? " Tanya Silena lagi.
"Saya mahu bagi awak ni dan sudah tiba masanya awak kembali. Mereka perlukan awak." Jelas lelaki itu lalu membaling sebuah alat kecil berbentuk segi tiga ke arah Silena. Sambung lelaki itu lagi;
"Saya juga mahu bawa budak ini ke academi. Pengetua sendiri yang telah bagi saya kebenaran untuk bawa budak ini."
"Tapi saya kan ada! Saya boleh saja... "
"Silena,awak diperlukan di Biro. Awak akan dikembalikan ke jawatan awak sebelum ini iaitu sebagai Ketua."
"Tapi... "
"Silena awak kena pergi sekarang. Saya akan jelaskan semuanya pada Nico. Saya janji. "kata lelaki itu tulus.
Silena mengeluh sebelum menghadap Nico.
"Nico, dengar sini. Dengar cakap pakcik ni. Makcik kena pergi. Dia akan terangkan semuanya pada kamu. Satu lagi, makcik sayang sangat kamu walaupun kamu bukan darah danging makcik." Silena mencium dahi Nico sebelum tiba-tiba menghilang.
"Makcik! "jerit Nico.
YOU ARE READING
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantezieNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...