Sebaik sahaja mereka menjejak kaki ke pelabuhan bandar Oregon, mata mereka seakan berputar daripada soketnya. Suasana bandar Oregon sesak dengan ribuan orang manusia mahupun makhluk yang bukan manusia. Ada beberapa orang gergasi, manusia separa ikan malahan ada juga haiwan hybrid.
Sepadan dengan nama gelarannya, The City Of Wonder, Bandar Oregon bagaikan kota sejarah. Setiap lapisan di bandar itu dibayangi sejarah daripada pelbagai zaman. Setiap pelosok kota itu mempunyai sejarah tersendiri. Di tengah kota itu, satu sfera kuasa bersinar kekuningan terapung tinggi dan mengeluarkan satu aura kuasa yang kuat yang menjana satu dinding pelindung kekuningan di seluruh pulau itu.
Pulau itu seakan memancarkan cahaya kekuningan dan menerangi kawasan pulau itu. Namun ajaibnya, keadaan di luar dinding pelindung bandar Oregon pula diselubungi kabus tebal. Hanya pulau otu sahaja yang tidak diselubungi kabus namun begitu suhu pulau itu tetap mencecah 20°C dan lebih sejuk berbanding di Akademi Neptune.
Nico menggosok perlahan tangan dia kerana sedikit sejuk manakala Jayden yang sememangnya sudah biasa dengan suhu sejuk seperti itu sekadar tersenyum kecil melihat Nico yang menggeletar kesejukan.
Qeris mengeluarkan sebuah Holo-dial milik dia sebelum menekan sesuatu pada holo-dial itu. Setelah dia selesai, dia meletakkan holo-dial itu di atas tanah. Sebaik sahaja holo-dial itu menyentuh tanah,holo-dial itu terus berubah menjadi sebuah pedati berwarna keemasan dan dihiasi ukiran naga. Di depan pedati itu pula, sebuah robot berbentuk kuda berwarna perak berdiri megah dan diikat pada pedati itu.
Nico dan Jayden merenung kagun pedati berwarna keemasan tersebut. Mereka yang berada berdekatan pelabuhan itu turut sama berhenti untuk merenung pedati itu. Qeris menepuk perlahan bahu Nico dan Jayden yang berdiri kaku sebelum menolak perlahan tubuh mereka menuju ke pintu masuk pedati itu,memaksa mereka berdua masuk ke dalam pedati itu.
Z dan rakan-rakan mereka yang lain sudah lama melangkah masuk ke dalam pedati itu tanpa menunggu Nico dan Jayden yang berdiri kaku merenung pedati itu. Mereka sudah biasa dengan keadaan seperti sekarang. Bagi mereka jika Qeris turut sama bersama mereka,lelaki itu pasti mampu untuk memberi mereka satu kejutan yang menarik.
Sebaik sahaja Nico melangkah masuk ke dalam pedati itu, mulut dia ternganga. Rekaan dalaman pedati itu sungguh mewah dan lebih luas berbanding dengan pedati biasa. Kerusi di dalam pedati itu dilapik kemas dengan kulit beast dan dinding pedati itu pula dicat berwarna kuning keemasan. Malahan rekaan bumbung pedati itu juga kelihatan mewah. Bumbung itu dibina mengikut bentuk kubah dah dicat berwarna putih.
Setelah memastikan semua orang sudah selamat berada di pedati itu, Qeris terus menekan satu butang berwarna merah dan menyebabkan pedati itu bergerak perlahan meninggalkan pelabuhan Oregon.
Tidak sampai dua minit, akhirnya mereka berada di tengah kota Oregon yang kelihatannya agak sesak dengan pelbagai makhluk. Nico menjengukkan kepala dia keluar daripada tingkap yang berada betul-betul di belakang dia. Dia berasa sedikit tenang melihat suasana bandar Oregon yang sibuk namun masih lagi indah ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan. Tidak kiralah daripada tumbuhan menjalar hingga kepada tumbuhan yang berbatang, semuanya dijaga dengan baik oleh penduduk di bandar itu.
Namun entah kenapa Nico berasa sedikit gementar. Dia dapat merasakan suatu kuasa yang...kuat dan ganas berdekatan mereka. Dia segera memusingkan kepala dia ke arah Qeris yang turut sama menjenguk keluar daripada pedati itu.
"Z, nampaknya kita sedang diekori." Ucap Qeris sebelum menunjuk ke arah bumbung sebuah kedai menjual herba.
Z pantas menjenguk sebelum merenung tajam satu figura bertopeng hitam dan memakai satu jubah berwarna hijau gelap. Jayden menarik dalam nafas dia. Dia kelihatan sedikit panik sebelum dia cuba mengapai sesuatu daripada beg dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasíaNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
