Tidak jauh daripada tempat Nico satu letusan kuasa berlaku dan menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi ais. Nico segera mengeluarkan holo-dial penghubung dia.
"Jayden,kau tak apa-apa? "Tanya Nico.
"Aku okey!"
Setelah itu satu lagi letupan ais terjadi namun kali ini ditemani kata-kata kesat daripada Jayden.
"Nico, aku perlukan bantuan! Ada banyak sangat beast yang cuba nak halang aku dan Kyrill."Kata Jayden sebelum memutuskan talian.
Sepantas kilat Nico berlari ke arah letupan ais itu namun dihalang seseorang ketika dia sudah hampir dengan kawasan ais itu.
"Jadi kaulah budak Shadow yang dah pengsankan ahli pasukan aku,ya?"Tanya seorang gadis dengan penuh sarkastik.
Nico mengeluh kasar. Dia menyeluk poket dia sebelum mengeluarkan sebuah azimat yang berbentuk segi tiga dengan beberapa baris perkataan pelik padanya. Nico memejamkan mata dia sebelum dia membuka semula mata dia.
"Black amulet: Demonic spirit beast! "
Azimat itu memancarkan cahaya keunguan yang menyinari seluruh arena itu. Di hadapan Nico, seekor burung phoenix yang sangat besar berwarna ungu kehitaman sedang mengepak sayap besarnya sambil memandang tajam wajah Nico.
"Cari Jayden dan bantu dia. "Ujar Nico perlahan.
Burung itu menganggukkan kepala dia sebelum terbang pergi,menuju ke arah Jayden. Gadis yang menghalang Nico tadi merenung tidak percaya Nico. Dia tidak sangka Nico mampu menggunakan sihir azimat sebaik itu.
"Kau siapa, budak? "Tanya gadis itu sambil memegang erat dua bilah pedang dia.
"Aku Nico dan kau mesti... Queen kan? "
Gadis itu tersengih mengejek sebelum menyandarkan belakang dia pada pokok.
"Kalau ya apa yang kau nak buat? "Provok gadis itu.
Nico memandang dingin gadis di depan dia sebelum menyeru keluar pedang pendek dia. Daripada sudut mata dia,dia perasan ada sesuatu sedang bersembunyi cuba untuk menyerang dia secara senyap-senyap. Dengan pantas Nico, menerkam benda tersebut.
Dia pantas menikam bahagian kaki benda tersebut dan menyebabkan benda itu meraung kesakitan. Gadis itu menjadi kaku saat melihat Nico menarik keluar seekor puma keluar daripada semak samun.
"Kau! Berani kau mencederakan beast aku?! "Jerkah gadis itu sebelum dia menyerang Nico.
Nico tersengih sebelum mengelak serangan gadis itu.
"Kau bukan Queen. "Ujar Nico sekadar untuk menaikkan lagi kemarahan gadis itu.
"Ya aku bukan tapi tak bermaksud aku lemah! "
Dengan itu gadis itu menyeru kuasa kilat dia dan menghasilkan satu figura helang yang terhasil daripada kuasa kilat itu. Badan helang itu mengeluarkan petir-petir kecil yang menyebabkan bulu tengkuk Nico berdiri. Sepantas kilat helang itu terbang ke arah Nico.
Sebaik sahaja helang itu hampir menyentuh badan dia, Nico pantas menghasilkan sebuah dinding penghalang. Helang itu meletup dan menghasilkan letupan kilat yang mampu mencederakan orang yang berdekatan dengan serangan itu dengan teruk. Dinding penghalang Nico dapat menghalang sebahagian daripada serangan itu. Kawasan disekeliling tempat itu hancur dan membentuk kawah kecil. Asap mula mengaburi pandangan namun masih jelas kelihatan Nico sedang berdiri namun terdapat beberapa luka pada badan dia.
Gadis itu ketawa nyaring saat melihat Nico yang sedang menahan kesakitan. Dia memandang rendah Nico dan itu merupakan satu kesilatan besar yang pernah dibuat olehnya. Kerana badan Nico yang berdiri di depan dia tiba-tiba berubah menjadi rupa beast dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
