Nico berpaling ke arah Jayden sebelum mereka berdua turut sama menuju ke arah Qeris yang kelihatanya amat memerlukan bantuan.
"Qeris! "Jerit Nico.
Qeris memandang sebentar Nico sebelum menyerang beast di depan dia semula.
"Nico, kau buat apa kat sini?! "Jerit Qeris apabila beast di depan dia hancur menjadi debu.
Nico dan Jayden tiba di sisi Qeris sebelum mereka berdua tersengih memandang Qeris.
"Kau nampak macam orang yang perlukan bantuan jadi kami berdua pun nak tolonglah. Lagipun pelajar yang lain masih boleh menahan serangan beast-beast yang lain. "Jawab Jayden bersahaja sambil memetik jari dia untuk menjelmakan pisau ais.
Hujan pisau ais menimpa beast dan raksasa berdekatan. Qeris menggelengkan kepala dia sebelum kembali fokus melawan beast dan raksasa yang masih lagi menyerang. Nico dan jayden pula melancarkan hujan pisau hitam dan ais yang tanpa henti ke arah raksasa yang cuba membaling batu besar ke arah mereka.
Selepas dua puluh minit berlawan, para guru serta pengetua tiba untuk membantu mereka. Percy dengan pantas menarik keluar sebuah azimat dia.
"Demon Formation: Blood Thorn!"
Ratusan akar berduri muncul dan membelit beast-beast di dewan itu lalu menyebabkan beast dan raksasa di dewan itu hancur menjadi debu.
Para pelajar di dewan itu terduduk penat di tengah dewan. Badan mereka dipenuhi luka ringan namun tiada yang cedera parah. Mereka tersengih bangga walaupun badan mereka disaluti debu raksasa dan beast yang dikalahkan mereka tadi.
Carter dan Jayla melayang jatuh menuju ke lantai namun berjaya disambut tangan ais Jayden. Risau dengan keadaan mereka berdua, Nico dan Jayden pantas menuju ke arah Carter dan Jayla namun sebaik sahaja mereka menghampiri Carter dan Jayla, mereka berdua mengeluh perlahan. Carter dan Jayla sedang tidur kepenatan. Jayden Dan Nico menggeleng perlahan kepala mereka sebelum tersenyum lucu.
"Haish,aku ingatkan apa lah tadi rupanya tertidur sebab penat rupanya. "Ucap Jayden lucu.
Jayden dan Nico membaringkan diri di sisi Carter dan Jayla yang sedang nyenyak tidur. Mereka berdua memejamkan mata kepenatan.
"Nico, kau dah makin pandai kawal kuasa kau. "Puji Jayden tiba-tiba.
Nico tersengih.
"Kau pun sama."
Akhirnya mereka berdua ketawa lucu sambil memegang perut. Mungkin mereka berbeza kuasa, berbeza budaya dan berbeza daripada segi luaran namun satu yang pasti. Mereka berkongsi rasa yang sama iaitu rasa hormat dan percaya pada ikatan persahabatan mereka. Mereka berpegang pada satu perkataan yang membawa diri mereka rapat. Rakan, satu perkataan yang amat besar maknanya. Membawa seribu makna dan rasa.
Gelak ketawa mereka mengundang pandangan beberapa orang pelajar yang masih lagi sedar walaupun kepenatan. Dewan yang tadinya dipenuhi pelajar yang menjamu makan malam kini dipenuhi pelajar yang terbaring kepenatan. Ada yang sudah tertidur seperti Carter dan Jayla namun ada juga yang hanya merehatkan diri.
Percy berjalan ke arah Nico dan Jayden yang masih lagi ketawa bersama senyuman di bibir dia. Dia telah dimaklum bahawa Nico dan Jaydenlah yang banyak membantu mengalahkan beast dan raksasa-raksasa itu tadi.
"Nico, Jayden, boleh tak saya mahu bercakap dengan kamu berdua sebentar? "
Dengan pantas Nico dan Jayden berdiri menghadap Percy sebelum mengangguk kepala mereka seperti seekor burung belatuk. Percy tersenyum kecil melihat gelagat mereka. Dia mendudukan diri di sisi Jayla sebelum merenung sebentar gadis itu. Tidak lama kemudian dia mengalihkan perhatian daripada Jayla sebelum memandang kedua-dua orang budak lelaki yang masih lagi berdiri di depan dia.
"Duduklah. Saya lebih selesa duduk disini. "
Seperti seorang tentera, Nico dan Jayden segera mendudukkan diri mereka sebelum saling berpandangan sebentar saat mereka melihat Percy mengusap kepala Jayla.
"Jayden, saya tak sangka kamu sudah dewasa dan lebih kuat. Semasa saya berjumpa dengan kamu dulu, kamu dan Jayla baru sahaja berumur tiga tahun."Ucap Percy sambil tersenyum kecil.
"Tuan... Kenal saya dan Jayla? "Tanya Jayden pelik.
"Oh, sudah tentu. Ayah dan ibu kamu rakan saya semasa kami masih lagi berkhidmat dalam pasukan elit Elysium dulu. Mereka orang yang sangat hebat, bahkan lebih berkuasa. Masa kamu berdua lahir, saya masih ingat lagi, kamu menangis setiap kali ayah kamu cuba pegang kamu. Sentiasa. Kecualilah bila saya yang pegang kamu. Masa itulah mereka berdua menjadikan saya ayah angkat kamu. "Kata Percy sambil merenung dalam mata Jayden.
"Tapi bukan itu yang saya ingin bincangkan dengan kamu berdua. Saya ingin membincangkan penglibatan kamu dalam pasukan Slaughter akademi kita. Jujurnya, sebelum saya melihat kamu berdua berlawan tadi, saya tidak berapa setuju dengan penglibatan kamu berdua. Tapi sekarang... Saya sangat,sangat gembira kalau kamu berdua menjadi ahli pasukan Slaughter akademi Neptune."
"Kamu berdua ada bakat yang sangat besar terutamanya kamu Nico. Oh, sudah sangat lama saya tidak melihat pengguna ani-jed dan magik kegelapan yang kuat seperti kamu. Berbanding dengan orang lain, kamu merupakan pelajar yang sangat hebat bahkan mempunyai kapasiti kuasa dan tenaga yang banyak. Walaupun selalunya, pengguna magik kegelapan tidak disukai namun saya pasti kamu akan melepasi mereka yang hebat. Kamu mungkin akan menjadi lebih hebat daripada Ian Dan Rachel di Cedric. "
Kali ini Percy memandang Nico sambil tersenyum kecil. Nico terkaku sebelum dia tersenyum kecil. Sudah pasti pengetua akademi itu kenal siapa dia. Sudah tentu.
To Be Continued...
![](https://img.wattpad.com/cover/268639104-288-k364929.jpg)
YOU ARE READING
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasíaNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...