Empat Puluh Satu

299 38 3
                                        

Sebaik sahaja Jayden membuka mata dia, seluruh badan dia terasa sungguh ringan dan tenang. Tiada lagi gelombang kuasa daripada pedang Dark Elf dia yang seakannya menolak Jayden sebagai penggunanya.

Udara disekeliling dia menjadi sejuk. Kuasa dirinya menjadi sepuluh kali ganda lebih kuat. Namun yang paling menarik sekali rambut dia berubah warna menjadi warna biru pekat dan bada dia dibaluti satu aura nipis berwarna biru pekat seperti rambutnya.

Jayden menarik keluar pedang Dark Elf dia yang terpacak pada tanah di depan dia. Sebaik sahaja dia menyentuh pedang itu, aura disekeliling dia disedut rakus pedang itu. Setelah itu, pedang Jayden bersinar terang dang perlahan-lahan pedang itu berubah bentuk.

Pada hulu pedang itu, ukiran demi ukiran menghiasi hulu pedang yang berbentuk seperti kepala ular. Bilah pedang Dark Elf itu pula bertukar menjadi 'double edge blade' yang berbentuk seperti daun pandan namun turut dihiasi ukiran-ukiran unik.

Diantara ukiran-ukiran itu, Jayden dapat menangkap satu perkataan yang ditulis di dalam bahasa elf.

'When the dawn come, the cursed blade shall cut it's owner to free itself from the curse.'

'Jadi inilah yang membuatkan pedang ni sentiasa ditakuti dan tak bertuan.' Bisik hati Jayden.

Lamunan Jayden terhenti sebaik sahaja satu raungan kuat dari atas dia kedengaran.

"Hmm..."

Di atas Jayden seekor naga berkepala dua dengan badan yang menggeledak akibat kepanasan lava di dalam badan dia. Queen kelihatan tenang duduk di atas salah satu kepala naga itu dengan kelihatannya dilindungi satu 'warp' atau bulatan pelindung dijana melalui suatu alat penjana warp.

Jayden memandang tenang naga itu sambil tersengih kecil.

"Elemental Ice: Evolved!"

Muncul satu mini cyclone di sekeliling Jayden dan perlahan-lahan cyclone itu menelan tubuh Jayden sebelum membeku sepenuhnya.

"The frozen flower:Break!"

Secara tiba-tiba, cyclone yang telah beku itu meletup dan berpusar-pusar. Pusaran itu semakin lama, menjadi semakin besar dan ditengah-tengah pusaran itu berdiri Jayden dengan tubuh yang sepenuhnya dibaluti satu lapisan ais tebal berwarna biru kehijauan. Pusaran itu kemudiannya membentuk satu bentuk haiwan yang besar.

'Haaaaa...haaaa... Mmmm... Mmmm... '
(A moment of silence for AURORA who was born with an angelic voice. )

Kedengaran bunyi angin yang bertiupan lembut bergema diseluruh coliseum itu. Suara itu sungguh sedap didengar. Salju perlahan-lahan memenuhi permukaan arena itu. Anehnya suara yang mendayu-dayu tadi itu tiba-tiba menjadi senyap sebelum satu bunyi letusan kecil kedengaran.

Para penonton di arena itu terpegun. Jika tadi, apa yang mereka nampak hanyalah sekadar debu-debu ais yang berterbangan mengelabui pandangan mereka, kini di depan seekor makhluk yang indah dan mengagumkan mengepakkan sayapnya dengan penuh bangga.

Seekor merak gergasi berwarna biru kehijauan yang diselaputi ais gah menayangkan dirinya. Paruhnya pula cantik bersinar seakan salju saat fajar menjelma. Bersinar cantik seperti permata.

Matanya pula berwarna cyan yang kelihatan indah disinari cahaya. Setiap kepakkan sayapnya akan menyebabkan satu tiupan angin salji terjadi.

Tepat dibahagian kepala burung itu, kelihatan Jayden sedang bersinar kebiruan dalam keadaan badannya yang masih diselaputi ais. Jayden seakan sedang terlena di dalam bongkahan ais itu dan langsung tidak terganggu dengan bunyi ngauman kuat naga Queen.

Burung merah itu mengetikkan paruhnya seperti dirinya sedang mengejek naga berkepala dua di depan burung itu.

Naga berkepala dua itu pantas membalas dengan berdengus kuat sehinggakan satu letusan api meletus keluar daripada hidungnya.

"Huh! Setakat burung kecil macam ni, kau tak akan dapat kalahkan Malicious Fire Dragon aku lah, Jayden. "Ejek Queen sambil  tersenyum mengejek.

"Aku harap naga kau tak mengecewakan aku, Queen. Walaupun merak ni nampak macam burung biasa yang suka bertenggek atas pokok sambil mencuri makan buah-buahan di dusun, aku berani jamin yang burung ni dapat kalahkan naga kau. " Suara Jayden bergema keluar daripada mulut burung merak itu.

Bagaikan memahami apa yang dimaksudkan oleh Jayden, burung merak itu mengepak marah sayapnya sambil mengetik nyaring paruh tajamnya itu.

Wajah Queen pula kelihatan berwarna merah menyala akibat rasa marah yang meluap-luap. Kata-kata Jayden itu bagaikan  pisau tajam yang menusuk jiwa Queen.

Tidak pernah dia direndah-rendahkan oleh seseorang sebelum ini tapi Jayden...

'Budak tak guna! Kau memang nak kena! Kalau aku dapat kau memang aku siat-siat kulit kau untuk dijadikan koleksi aku. ' Kutuk hati Queen.

Tanpa melengah-lengahkan masa, Queen mengerahkan naga dia untuk menyerang Jayden. Dengan pantas, naga itu terbang ke arah burung merak Jayden dan cuba untuk membaham burung itu.

Namun, burung itu lebih lincah berbanding naga Queen yang lebih besar daripada burung merak Jayden. Burung itu kemudiannya mengangakan paruhnya dan menyebabkan satu cahaya kebiruan terpancar keluar daripada mulutnya. Naga Queen segera mengelak serangan cahaya tersebut.

Sebaik sahaja cahaya itu terkena pada pokok-pokok di arena tersebut, seluruh kawasan tersebut membeku. Perlawanan di antara dua ekor makhluk itu terus berlangsung.

Jika si naga menghembus nafas berapi si burung itu pasti akan menahan serangan tersebut menggunakan sayapnya yang sekeras berlian. Saat si naga melancarkan serangan bebola lava, si burung pantas menembak laser pembekunya.

Di dorong rasa geram dan marah kerana setiap serangan naganya dihalang, Queen bertindak melakukan serangan ke atas Jayden. Bagaimanapun,  serangan itu pantas dipatahkan dengan mudah oleh burung merak Jayden.

Pertarungan itu berterusan selama lima minit lagi sehinggalah badan Jayden yang berada di kepala burung itu tadi bersinar kemerahan.

"Checkmate. "Ujar Jayden sebaik sahaja dia membuka matanya.

Di atas mereka muncul satu bulatan besar.

"Reverse Ring: Suck! "

Dengan itu, lubang besar itu dengan rakus menyedut kuat badan naga ciptaan Queen. Queen sempat melompat turun daripada naga dia bersama satu renungan penuh dendam terhadap Jayden.

Rupanya, saat mereka sedang leka berlawan, Jayden sedang mengumpul tenaga untuk mempersiapkan satu lagi perangkap untuk Queen. Setelah dia berjaya menbangkitkan kuasa pedang dia, Jayden telah mendapat satu lagi kuasa elemental baru.

The Sacred Element: Gluttony Void.

TO BE CONTINUED...

Gluttony Void merupakan salah satu kuasa elemental yang sangat suci dan kerana itulah ianya diletakkan di dalam kategori Sacred Element.

Gluttony Void adalah salah satu elemental yang sudah lama dilupakan kerana kewujudannya sangatlah jarang diketahui ramai. Gluttony Void ini tidak ubah seperti black hole namun ianya hanya mampu menyerap sesuatu yang dijana menggunakan Mana.

Pengguna elemental ini hanya mampu menggunakannya sekali sehari dan hanya mampu menyerap 80% kuasa mana sahaja bergantung pada penggunanya.

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang