Sebaik sahaja Kyrill dan burung phoenix itu terbang pergi, Jayden menyeru keluar pedang Dark Elf milik dia. Tidak jauh daripada tempat dia berdiri, muncul seorang gadis berbadan tegap dan berambut perang.
Gadis itu mengenakan baju perisai manakala tangan kiri dia memegang erat sebilah pedang pendek. Tangan kanan dia pula memegang sebilah pedang katana yang dibuat daripada ivory.
"Queen. "ujar Jayden perlahan.
Gadis itu tersengih.
"Jadi kau lah salah seorang pemain paling muda yang dihantar oleh Akademi Neptune. Aku ingatkan pelajar tahun ketiga tapi rupanya mereka hantar pelajar tahun pertama. Huh, korang semua memang nak lepaskan peluang untuk ke peringkat kebangsaan ke? "
Jayden memandang geram gadis di depan dia namun rasa marah yang dirasakan oleh dia dipendamkan. Dia tidak mahu lawan dia mengesan sebarang kelemahan pada dia tidak kiralah secara mental mahupun fizikal.
"Atau mungkin sebab akademi kami punya ramai pelajar yang lebih berbakat daripada kau sampai mereka sanggup hantar pelajar tahun pertama macam kami. "
Kali ini, Queen pula yang mengenggam erat tangan dia sebelum menjeling marah Jayden.
"Aku tak sangka pemain akademi Neptune semuanya sama macam Qeris. Bongkak dan memandang tinggi kelebihan diri sendiri! "Ujara Queen dengan penuh rasa marah.
Jayden tersengih mengejek. Dia sudah berjaya menaikkan rasa amarah Queen.
"Mungkin kami bongkak pada pandangan kau, tapi kami tak boleh nak menidakan kelebihan dan kekuatan kami." Ejek Jayden lagi.
"Kau... "
Dengan pantas Queen cuba menerkam Jayden namun berjaya dielakkan oleh Jayden. Queen kemudiannya melibas pedang dia ke arah Jayden namun serangan itu berjaya ditahan oleh Jayden menggunakan pedang Dark Elf milik dia.
Queen mengetap gigi dia. Tangan kiri dia menggenggam erat pedang pendek dia. Dia melibas pedang pendek ke arah wajah Jayden namun Jayden sempat melompat ke belakang untuk mengelak serangan tersebut.
Jayden memandang Queen dengan pandangan tajam. Tanpa sedar dia telah menyebabkan suhu di kawasan tersebut menurun dengan drastik. Daun-daun pada pokok berdekatan dia berubah warna menjadi keputihan dan dibaluti frost. Wajah Jayden pula berubah menjadi pucat seperti warna salji.
Queen tersengih kecil. Badan dia sedikit mengeletar akibat penurunan suhu yang drastik namun itu tidak menghalang dia daripada menyerang Jayden. Dia berlari pantas ke arah Jayden sebelum melancar serangan secara bertubi-tubi ke arah Jayden. Jayden dengan tenang menyambut serangan-serangan tersebut.
Semakin lama,Queen mula hilang sabar kerana Jayden langsung tidak membalas serangan dia dan semua serangan yang dilancarkan oleh dia seakan tidak memberi kesan pada Jayden.
"Kau memang sengaja nak buat aku marah,kan?" Queen menjarakkan diri daripada Jayden sebelum dia memandang marah Jayden.
"Mungkin ya dan mungkin tidak."
"Kau!"
Queen menggenggam kuat kedua-dua pedang dia. Tiba-tiba,satu gegaran kuat terasa di seluruh arena itu. Perlahan-lahan, semua batu-batu serta tanih terapung ke udara dan mula membentuk sesuatu. Tanah di arena itu merekah dan mendedahkan cecair lava yang mengeledak. Sebahagian daripada lava itu mula terapung keluar daripada rekahan itu dan menuju ke arah batuan-batuan itu tadi.
Queen pula kelihatan bersinar kemerahan dan dikelilingi satu aura nipis berwarna jingga kemerahan. Tubuh Queen kemudiannya terapung tinggi lalu menuju ke arah batu-batuan itu tadi. Namun kini di atas Jayden, seekor naga yang dibuat daripada bongkah batu, tanah serta lava yang sedang mengeledak terbentuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
