Lima Belas: Disebalik nama Royal.

408 43 0
                                        

Jayden mengurut perlahan tengkuk dia. Perut yang lapar digosok perlahan. Jayla yang berjalan beriringan dengan dia dipandang. Wajah adik dia kelihatan muram.

"Jayla,dah lah tu. Jangan ambil hati sangat dengan orang tua tu. Mungkin sekarang kau masih tak mampu nak kawal kuasa kau tapi aku yakin lama-lama nanti kau bolehlah kawal kuasa kau. "pujuk Jayden.

Kejadian di kelas itu kembali membayangi minda Jayden. Jayla telah dimarah teruk oleh Encik Frey,guru elemental mereka kerana tidak dapat mengawal kuasa dia dengan baik seperti pelajar yang lain. Jayla tanpa sengaja telah melepaskan satu siri letupan tenaga dan menyebabkan pelajar di dlam kelas itu hilang kawalan terhadap kuasa mereka.

Encik Frey dengan penuh amarah telah menengking Jayla dan mengatakan yang Jayla langsung tiada bakat dalam menggunakan kuasa elemental dia.

Namun bagi Jayden yang membesar bersama Jayla,dia sangat pasti yang Jayla bukan orang yang tidak berguna seperti dakwaan Emcik Frey. Kata-kata ayah dia mula menerjah ke dalam fikiran dia.

"Keluarga Royal bukan keluarga elementris biasa. Kita lahir daripada darah elf yang abadi. Keluarga kita telah diikat olrh satu perjanjian dengan demon dan kuasa kita datang daripada seekor beast lagenda. Sejarah keluarga kita lebih menakutkan daripada orng lain. Kita sentiasa ditakuti kerana kita bukan manusia biasa. Kita adalah makhluk seakan manusia yang lahir dengan kuasa yang melebihi orang lain."

Ayah Jayden memandang dalam mata Jayden sebelum menyambung kata-kata dia.

"Jayden, kamu adalah pewaris kuasa dark elemental seterusnya dan Jayla,dia telah dipilih oleh perjanjian demon itu sendiri. Dia adalah elementris yang sangat sukar dijumpai, dia ialah healer. Kuasa dia bagaikan matahari yang menyinari kegelapan dan memanaskan dunia malahan tenaga dia juga melebihi orang biasa. Kamu harus jaga dia. Dia akan sentiasa menjadi sasaran orang lain. Hanya dia yang punya kuasa itu."

"Oleh kerana keluarga kita dilahirkan dengan kuasa yang hebat, Goddess Nemesis telah menyumpah keluarga kita. Hanya dengan itu kuasa kita akan seimbang. Kita akan sentiasa dibayangi Shadow, satu entiti jahat yang cuba merampas tubuh kita. Jika kamu menyerahkan jiwa kamu pada Shadow, kamu akan hilang kawalan terhadap kuasa kamu dan badan ini akan diambil alih oleh Shadow."

Jayden memandang ayah dia dengan pandangan pelik. Dia tidak faham dengan apa yang diberitahu ayah dia.

"Ingat Jayden. Hanya kamu yang boleh bantu kita. Hanya kamu. Ayah terpaksa pergi. Ayah perlu cari ibu kamu. Ingat pesanan ayah. Dalami sejarah keluarga kita dan kamu akan tahu segalanya! "

Sekelip mata, tubuh ayah dia meletus menjadi kepulan asap. Jayden cuba menangkap asap itu berharap dia akan dapat melihat ayah dia semula. Dia menjerit dengan penuh rasa takut dan sedih. Ayah dia, pelindung yang sudah lama menjaga mereka sejak ibu mereka diculik oleh beast.

Satu figura tidak berbentuk muncul disisi dia. Figura itu seakan membisikan kata-kata pada telinga Jayden.

"Anak muda, aku mampu pulangkan kembali ayahmu. Pinta sahaja pada aku,aku akan berikan segalanya." bisik figura tidak berbentuk itu.

Jayden menggenggam tangannya.

"Saya... "

"Jayden, berhenti. Jangan percaya pada suara itu. Itu Shadow. Jangan mudah berasa kasihan pada diri kamu!"Bisik satu suara lain daripada minda dia.

Jayden memandang figura tidak berbentuk disisi dia.

"Pergi! Aku tak perlukan kau! "

Dengan itu figura itu menghilang bagaikan asap hitam.

"Tidak lama lagi Jayden Royal. Kau akan serahkan jiwa kau pada ku! "kata figura itu.

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang