Sembilan: Kawan

421 45 2
                                    

Nico dan Carter mengikut para pelajar tahun pertama yang berpusu-pusu ke arah menara masing-masing. Mereka berdua berdiri di barisan paling belakang sekali untuk mengelakkan daripada dilihat para pelajar yang lain.

Sampai sahaja di depan pintu menara Chaos, para pelajar yang berteraskan Chaos berhenti. Di depan mereka berdiri seorang pelajar lelaki berwajah sedikit tembam dan tinggi.

Pelajar tersebut mengenakan baju kemeja berlengan panjang berwarna kelabu dan vest berwarna hitam tanpa lengan dikenakan juga. Pada vest tersebut terdapat satu jahitan bertulis perkataan 'Pengawas'.

"Selamat datang ke menara Chaos. Nama saya Darren, pengawas senior 1 menara Chaos. Sebelum kamu semua boleh masuk ke dalam menara, kamu semua perlu mengimbas lencana kamu sebelum masuk ke menara. Apa yang kamu perlu buat adalah berdiri di depan pintu menara dan benda bulat ada dinding menara ini akan imbas lencana kamu." Terang Darren panjang lebar.

Darren memanggil seorang pelajar untuk berdiri di depan satu alat pengimbas berbentuk bulat. Sebaik sahaja pelajar itu berdiri di depan pengimbas itu, alat tersebut mengeluarkan cahaya merahan gelap lalu mengimbas lencana pelajar tersebut.

Setelah itu,muncul satu lubang seluas tiga meter di bawah kaki pelajar tersebut dan menyebabkan pelajar tersebut menggelongsor jatuh ke lubang itu. Setelah pelajar tersebut menggelonsor masuk, lubang itu terus tertutup seakan tidak pernah muncul di situ.

"Baiklah. Seperti semua nampak, lubang besar itu tadi merupakan jalan masuk ke menara kita. Pelajar seterusnya! "

Kali ini pelajar berpusu-pusu berjalan ke alat pengimbas tersebut. Seorang demi seorang terjatuh masuk ke lubang itu. Akhir sekali, barulah sampai giliran Carter dan Nico. Stelah Carter mengimbas lencana dia, Carter ditelan lubang besar itu diikuti Nico.

Tidak sampai seminit mereka akhirnya mendarat tepat di dalam menara Chaos. Di belakang mereka terdapat satu tangga menuju ke atas seakan menuju ke luar menara itu.

Nico dan Carter tergamam melihat susunan dan hiasan bilik rehat menara Chaos. Di hujung bilik rehat itu terdapat empat buah rak buku setinggi tiga meter dan dipenuhi pelbagai buah buku. Manakala di setiap pelosok dinding itu di lekatkan beberapa buah biangkai gambar pelajar. Di tengah-tengah ruang rehat itu pula terdapat tiga baris meja sepanjang empat meter.

Selain itu ruang rehat itu juga punya ruang memasak. Ruang rehat itu seluas setengah padang bola sepak dan dibuat berasaskan batu karang. Kesemua perabot di bilik itu dibuat daripada batu karang yang dibentuk. Rekaannya sungguh halus dan cantik.

Entah daripada mana, Darren tiba-tiba muncul di sisi Nico. Dia segera meminta pelajar baru supaya berkumpul semula. Pelajar-pelajar senior yang sudah lama sampai di menara itu pula sekadar memerhatikan mereka.

Nico juga perasan ada beberapa orang pelajar memandang dia sambil berbisik antara satu sama lain. Darren pula sekadar tersenyum lalu memetik jari dia. Setelah itu suasana di bilik itu terus senyap.

"Baiklah. Sebelum kamu semua masuk ke bilik kamu, saya ingin mengedarkan jadual waktu kamu semua termasuklah peta akademi. Untuk pengetahuan semua, kedai akademi akan buka sebaik sahaja makan malam habis. Oh ya, bagi pelajar pemula kedua,kamu sudah boleh menghantar borang permohonan sukan Slash Sword pada saya bermula esok sehingga minggu depan. Itu sahaja. Semua boleh bersurai. " kata Darren panjang lebar sebelum mahu beredar.

"Ehmm... "

Kesemua pelajar memalingkan wajah mereka pada seorang gadis tinggi lampai dan berkaca mata bulat. Gadis itu merenung tajam Darren sebelum membuka mulut dia.

"Sebelum kamu semua masuk ke kabin masing-masing, pastikan kamu ambil kunci kabin kamu pada saya. Darren, kau ikut aku bahagikan kunci kabin. Oh... Kau nak larikan diri daripada tugas kau ya?!"Jerkah gadis itu lalu menarik kuat telinga Darren sebelum menuju ke arah dua buah meja kecil disudut ruang rehat itu.

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Where stories live. Discover now