Empat: Surat daripada Akademi Neptune

504 40 0
                                    

James tersenyum dia mengusap rambut hitam pekat Nico sebelum menyerahkan holo-dial berbentuk segi tiga pada Nico. Nico menekan butang holo-dial tersebut dan didepan dia terpapar sebuah surat.

Kepada Nico di Cedric,

Dengan sukacitanya, saya, Percy Night ,pengetua Akademi Neptune, ingin memaklumkan kamu diterima untuk belajar di Akademi Neptune. Sesi persekolahan kamu akan bermula pada awal Februari sehingga awal January tahun hadapan. Kamu diminta tiba di pelabuhan sebelum pukul tiga petang. Baju uniform dan holo-dial standard (satu set penuh) boleh dibeli di kedai akademi. Pastikan kamu membawa lencana pengenalan bersama. JIKA KAMU TIDAK TIBA TEPAT SEBELUM PUKUL TIGA, KAMU AKAN DIKIRA MENOLAK UNTUK BELAJAR DI AKADEMI NEPTUNE.

(P/s;Senarai barang wajib di halaman sebelah.)

Yang benar,
Percy Night ,
Pengetua Akademi Neptune.

Nico segera menekan satu butang segi tiga yang menunjuk ke arah atas.

Barangan Wajib Ada:
(untuk ahli sihir)
1.Buku pembuatan elixir (pemula 1)
2.Buku asas Charmspeak(pemula 1)
3.Buku sihir(pemula 1)
4.Panduan azimat(pemula 1)
5.Panduan penggunaan senjata ajaib (pemula 1)

(Untuk Elementris)
1.Buku pembuatan elixir(pemula 1)
2.Panduan kuasa Elemental(pemula 1)
3.Panduan Azimat(pemula 1)
4.Panduan penggunaan senjata ajaib (pemula 1)
5.Buku asas super element(pemula 1).

Alatan lain:
1.Satu senjata ajaib(ditambah simbol ajaib masing-masing)

Nico ternganga sebaik sahaja melihat senarai barangan tersebut.

"Ayah mana kita nak dapat semua barang ni?"

James tersenyum sebelum bersiul. Kemudian, muncul seekor burung berkepala helang dan bertubuh singa. Sayap burung itu sangat besar,lebih bear daripada tubuh nya sendiri.

"Griffin! "Jerit Nico.

Burung itu mengepakkan sayap besarnya dan menyebabkan barangan di ruang tamu itu pecah.

"Betul. Ini adalah Friz si Griffin. Cepatlah naik. Kita perlu pergi sekarang atau kita akan lambat nanti."

"Tunggu dulu! Barang-barang saya."

"Tak apa. Biar pakcik yang buat."

James memetik jari dia dan muncul satu beg galas yang besar di belakang Friz.

"Barang-barang kamu dah ada dalam ni.Cepat naik. "

Nico dengan pantas naik ke belakang Friz. Dia duduk di belakng James. James menepuk lembut belakng Friz menyebabkan burung itu terbang ke arah dinding. Nico memejamkan mata dia,menjangka yang mereka akan melanggar dinding. Namun mereka terbang melepasi dinding tersebut. Terbang ke arah hutan tebal.

-----------

Sudah hampir sejam mereka terbang, akhirnya mereka tiba di sebuah pulau kecil yang hanya mampu memuatkan satu padang bola saja. Di atas pulau tersebut terdapat lima buat tiang batu karang membentuk sebuah Pentagon.

James membisikkan sesuatu dan menyebabkan tiang setiap tiang itu memancarkan cahaya biru terang. Portal! Tiang-tiang itu adalah tiang portal!

Mereka terbang pantas memasuki portal itu. Sebaik sahaja mereka mencecah portal itu,Friz disedut masuk ke dalam portal tersebut. Mereka berpusing dengan sangat laju ketika mereka disedut masuk ke dalam portal tersebut sehingga menyebabkan Nico hampir termuntah. Akhirnya setelah hampir sepuluh minit mereka berpusing-pusing di dalam portal,mereka tiba di sebuah bandar besar. Mereka mendarat di salah satu padang besar di tengah bandar besar tersebut.

Nico tergamam melihat permandangan di depan mata dia. Di depan dia sekarang berdiri sebuah bandar asing yang dipenuhi manusia dan bermacam makhluk. Terdapat makhluk sebesar tikus sehinggalah sebesar gergasi. Tidak kurang juga bangunan-bangunan yang dibina tinggi. Diantara semua bangunan itu, terdapat satu bangunan yang paling tinggi sekali dan berada di hujung bandar.

"Selamat datang ke bandar Elysem. Bandar perdagangan paling besar dan kaya di Elysium, dunia ahli sihir dan elemntris."

Nico mengangguk kepala dia setelah mendengar penjelasan James.

'Patutlah bandar ini besar. Pusat perdagangan rupanya.' bisik hati Nico.

Dia memerhatikan orang-orang di sekeliling dia. Ada beberapa orang gergasi setinggi 12 meter sedang membeli barang di kedai-kedai yang empat kali ganda lebih kecil daripada tubuh gergasi tersebut.

"Ayah macam mana gergasi tu nak bergerak?" tanya Nico pelik.

Bandar itu penuh sesak dengan orang namun gergasi itu dapat bergerak bebas.

"Gergasi itu dapat kecilkan tubuh mereka. Selalunya mereka setinggi 20 meter tapi disebabkan bandar ini selalu sesak mereka akan kecilkan badan mereka. Kamu tengoklah nanti. "

Tidak lama kemudian, gergasi-gergasi itu mengecilkan badan mereka sehingga mereka menjadi dua kali saiz manusia. Nico tergamam.

"Wah..."

"Kamu suka tak? "

"Ermm. Bandar ni memang menakjubkan! "

James ketawa sebelum menepuk lembut bahu dia. Friz mematuk lembut lengan James sebelum kedengaran bunyi meletus. Tidak lama kemudian, Friz menghilang meninggalkan kepulan asap merah.

"Mana Friz?!"

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Where stories live. Discover now