Tiga Puluh Tujuh

329 39 0
                                        

Nico mendengar bosan kata-kata semangat daripada Qeris. Mereka sudah duduk di ruang tamu rumah sewa tersebut sambil mendengar Qeris memberi kata-kata semangat selama dua jam.

"Qeris,dah lah tu... Aku dah bosan dengar kau ulang benda yang sama."Ujar Z sebelum mengosok mata dia lalu menguap.

Qeris menjeling geram Z sebelum memalingkan wajah dia ke arah rakan-rakan dia yang lain.

"Disebabkan korang semua dah mula bosan dengan kata-kata semangat aku..."Qeris kedengaran sedikit menderam sebelum menyambung semula

"Sepanjang dua bulan ini aku perasan yang prestasi korang semua banyak dah meningkat dan tak dinafikan penglibatan Nico dan Jayden telah membuatkan korang,yang merupakan pelajar elit menjadi lebih hebat. Memandangkan kita hantar lima orang wakil dan tiada langsung pemain simpanan, aku ubah seluruh taktik permainan kita. Kita akan bermain dengan taktik yang lebih efisien dan berbahaya. "

Qeris memandang pelajar di depan dia dengan pandangan yang... agak kurang siuman.

"Aku nak Nico jadi Shadow. Nico, kau perlu bijak cari ruang untuk melancarkan serangan secara senyap. Jayden pula aku nak kau jadi Titan. Kau lebih hebat berbanding orang lain bila melibatkan pertahanan. Kyrill akan bermain sebagai Fairy,memandangkan kau sorang je yang ada kuantiti Mana yang banyak selain daripada Nico. Megan pula akan menjadi Combatant dan Daniel akan menjadi Hunter. "Jelas Qeris.

Nico, Jayden, Kyrill, Megan dan Daniel mengangguk faham kepala mereka. Adakalanya Z akan turut sama memberi pendapat dan akan menyuarakan sebarang kelemahan pada taktik itu.

Qeris mengeluarkan sehelai kertas sebelum melukis sesuatu pada kertas itu. Mereka menghabis hampir empat jam untuk menyempurnakan lagi taktik mereka. Usai sahaja berbincang, mereka semua terus bersurai dan menuju ke bilik masing-masing memandangkan jam sudah menunjuk tepat angka satu pagi.

Esok mereka akan mula berlatih di Stadium Oregon yang akan dibuka pada jam sepuluh pagi. Mereka sungguh beruntung kerana akademi mereka telah terpilih untuk berlatih di stadium tersebut. Stadium itu juga berada berdekatan rumah sewa mereka jadi mereka semua boleh saja berjalan kaki ke sana.

*****

Nico pantas memanjat pokok-pokok tinggi yang dibiarkan tumbuh tinggi di Stadium Oregon. Nico memejamkan mata dia. Dia cuba memfokuskan deria dia dan cuba mengesan sebarang pergerakan di tempat itu.

Keadaan tempat itu sangat liar seakan dibina untuk mengikuti keadaan hutan liar. Tidak lama kemudian, Nico meloncat ke dahan pokok bersebelahan sebelum melompat turun. Dia pantas berpusing menuju ke arah bunyi derapan kaki tidak jauh daripada tempat dia tadi.

Dia bergerak pantas tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan dengan tenang dia menahan kuasa dia sebelum menarik keluar sehelai azimat yang mempunyai lukisan pedang pendek.

Sepantas kilat Nico muncul dibelakang Z sebelum mengacukan pedang pendek yang sempat diseru oleh Nico sebelum dia menyerang Z tadi.

Z memandang kagum Nico sebelum dia tiba-tiba menghilang daripada pandangan Nico. Nico mengeluh geram sebelum cuba mencari kemana Z menghilang. Oleh kerana Z pakar dalam mengunakan kuasa halimunan dan kuasa tanah, peluang Nico untuk mencari Z sebelum permainan tamat agak nipis.

Jadi Nico mengeluarkan sebuah ani-jed berbentuk anjing kecil. Dia membaling ani-jed itu ke tanah dan menyebabkan ani-jed itu mengeluarkan asap keungguan.

"Ani-jed talisman:Solid. Scent searcher!"

Asap itu berubah bentuk menjadi seekor anjing. Dengan laju anjing itu menuju ke arah utara mengikut jejak Z. Sebaik sahaja anjing itu menemui Z, anjing itu terus menyalak.

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang