Qeris mengeluarkan sebuah token berbentuk segi empat tepat dengan ukiran seekor naga padanya. Dia kemudian mendekati sebuah tiang sebelum mengimbas token dia pada pengimbas di tiang tersebut. Setelah itu, muncul sebuah portal di depan mereka. Sebaik sahaja, Nico menjejakkan kaki dia ke dalam portal itu, dia terpegun.
Di depan dia kini terbentang satu kawasan lapang yang dikelilingi hutan tebal. Ditengah kawasan lapang itu, berdiri gah sebuah bangunan setinggi empat tingkat. Berdekatan bangunan tersebut terdapat beberapa buah meja batu seperti di menara Chaos dan kelihatan beberapa orang pelajar sedang bersantai di sana.
Ada juga yang sedang berlatih menggunakan senjata dan kuasa mereka. Cuaca di kawasan itu juga sedikit berangin dan...terang seakan berada di daratan. Nico memusingkan badan di kebelakang. Portal yang digunakan dia sudah menghilang dan sebaliknya hanya sebuah tiang yang terdapat sebuah mesin pengimbas sahaja di sana.
"Tak mungkin. Kita bukan berada di daratan bukan? "
"Mestilah kita di daratan. Kau ingat kawasan lautan seterang ini ke?"
"Maksud kau portal itu membawa kita ke..."
"Ke darat, ya. "
Nico tercenggang.
"Kenapa kau bawa aku ke sini? "
"Sebab aku nak kenalkan kau dengan pemain Slaughter dan Slash Sword Akademi Neptune. Aku tahu benda ini mungkin pelik bagi kau tapi aku tertarik dengan bakat kau dan kawan kau seorang lagi, Jayden. Kamu berdua pelajar paling pintar di dalam tahun pertama malahan menguasai benda yang belum kamu pelajari."
"Jadi aku dah bincang dengan Lembaga Sukan akademi Neptune dan mereka setuju untuk benarkan kamu berdua menyertai pasukan sekolah. Sebelum itu kamu berdua akan diuji untuk melihat kebolehan dan memastikan kamu berdua cukup layak untuk menyertai pelajar elit yang lain. "
Qeris menepuk perlahan bahu Nico.
"Tapi aku dan Jayden masih mentah lagi. Tak mungkin kami berdua mampu menandingi pelajar elit." Ucap Nico sedikit ragu.
"Dah semestinya sebelum kamu berdua diuji, kamu berdua akan dilatih. Tapi aku nak bagi satu pesanan penting. Bukan semua pemain di sini setuju dengan cadangan aku jadi pastikan kau berdua mampu buktikan pada mereka yang aku tak buat keputusan yang salah." kali ini suara Qeris lebih serius seakan benda itu amat penting bagi Nico dan Jayden.
*****
Hampir sejam berlalu, akhirnya Qeris selesai menunjukkan Nico kawasan di sekitar tempat itu. Qeris memberitahu dia bahawa tempat ini dipanggil Windy kerana cuacanya yang sentiasa berangin. Namun itu tidak menghalang Nico daripada menyukai tempat itu.
Kawasan di sekitar Windy ditumbuhi tumbuhan liar dan bunga-bungaan wangi. Wangian bunga-bungaan itu ditiup angin ke arah mereka dan menyebabkan Nico menyedut kuat udara. Jiwa dia terasa tenang. Jelingan daripada beberapa orang pelajar,yang jelas tidak suka pada dia, tidak diperduli.
Akhirnya setelah jam hampir menginjak angka tujuh, Qeris membawa Nico kembali ke akademi dan memberikan dia dua buah token, salah satunya untuk dia dan satu lagi untuk Jayden. Sebaik sahaja dia menjejak kaki ke ke akademi Neptune, portal yang digunakan dia tadi menghilang.
Dengan itu, Nico berjalan pantas menuju ke dewan Optimus untuk menjamu makan malam dia. Mungkin agak lewat namun dia pasti masih ada para pelajar yang menjamu selera sekarang. Sampai sahaja di dewan Optimus, mata dia tertumpu pada Jayden yang masih lagi menjamu selera bersama sebuah buku di genggaman dia yang satu lagi.
Nico dengan pantas menuju ke arah Jayden sebelum mengambil tempat disisi Jayden. Sebaik sahaja makanan dia sampai, Nico dengan gelojoh, memakan makanan dia.
"Nico, apa yang kau pakai kat leher kau tu?"Tanya Jayden setelah seketika.
"Oh, ni...ini token ke tempat latihan ahli pasukan Slaughter dan Slash Sword akademi kita. Qeris bagi aku tadi. "
"Huh?!"
Jayden memandang tidak percaya dia dan ini mengundang ketawa Nico. Nico menanggalkan salah sebuah token tersebut dan menyerahkan token tersebut pada Jayden.
"Tak payah terkejut sangat. Ini untuk kau."
Kali ini mulut Jayden betul-betul terbuka besar. Dia tidak percaya dia boleh melihat kawasan tempat para pelajar elit akademi mereka berlatih.
"Betul ni? Wah... "
Selesai makan malam, Nico dan Jayden menuju ke menara masing-masing. Nico menggosok perlahan mata dia kerana dia benar-benar mengantuk. Tidak lama kemudian, dia sampai di pintu masuk menara dia dan dengan segera dia mengimbas lencana dia.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam menara Chaos, mata dia terus tertumpu pada seseorang yang sedang duduk disudut bilik rwhat itu.
"Carter kau buat apa? " Tegur Nico.
Carter memandang Nico dengan pandangan penuh sengsara.
"Aku lupa esok kita ada kelas sihir. Aku masih belum buat lagi karangan tentang Sihir Pemusnah."
Nico membulatkan mata dia.
"Alamak! Aku punya karangan masih kurang tiga muka surat! "
Mereka berdua tergesa-gesa cuba menyiapkan karangan mereka dan akhirnya berjaya menyiapkan kerja mereka tepat pukul dua pagi. Disebabkan rasa mengantuk yang amat, mereka berdua terus tidur tanpa menukar pakaian.
To Be Continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
خيال (فانتازيا)Nico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...