Tiga Puluh Dua

326 42 0
                                    

Nico membuka perlahan mata dia. Pancaran mentari membuatkan pandangan dia silau. Dia menutup sebelum membuka semula mata dia untuk membiasakan mata dia dengan keadaan yang terang benderang itu.

Sebaik sahaja dia sudah biasa dengan kecerahan tempat itu, dia tergamam. Dia berada di tempat yang lain. Semalam, dia masih ingat lagi, yang dia pengsan di dalam hutan namun kini dia sedang duduk betul-betul di satu kawasan lapang.

Di depan Nico, terdapat air terjun yang mengalir deras. Kawasan itu ditumbuhi bunga-bungaan dan tumbuhan liar. Adakalanya, beberapa ekor rama-rama beterbangan mengelilingi bunga-bunga di tempat itu. Mulut Nico terbuka luas sebelum dia menutup semula mulut dia.

Sungguh permandangan di depan dia menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang melihat.  Nico bangkit perlahan daripada tempat dia berbaring. Dia baru perasan yang dia tertidur di atas longgokkan rumput kering.

Nico melangkah menuju ke arah air terjun di depan dia sebelum mencuci wajah dia. Dia memandang kawasan sekeliling,cuba untuk mencari sebarang hidupan namun satu pun tidak kelihatan.

Dia mencari-cari beg galas dia dan akhirnya menjumpainya di bawah timbunan rumput kering tempat dia tidur tadi. Dengan pantas dia mengeluarkan sebotol air sebelum meneguknya rakus.

"Aku kat mana ni? "Tanya Nico pada dirinya sendiri.

Dia segera berpaling ke arah belakang dia saat satu suara menyapa telinga dia.

"Awak kat sekarang ni kat Moon Village."

Di depan Nico, berdiri seorang gadis yang mungkin muda setahun daripada dia. Rambut hitam dia biarkan lepas. Wajah gadis itu juga sungguh cantik terutamanya mata berwarna hijau galak yang seakan warna laut.

Gadis itu berjalan mendekati Nico sebelum berdiri di sebelah Nico. Dia mendudukkan diri dia sebelum merendam kakinya ke dalam air terjun tersebut.  Nico turut mengikut gadis itu.

"Moon Village? Tak pernah dengar pun. "kata Nico sambil merenung sungai di depan dia.

"Memanglah. Tempat ini dilindungi magik purba. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh masuk ke sini. "Ujar gadis itu.

"Tapi macam mana aku boleh ada kat sini? "

"Atuk saya yang jumpa awak kat hutan masa dia tengah cari herba. Masa tu atuk dengar awak menjerit jadi lepas awak pengsan, atuk terus bawa awak kesini untuk rawat awak. "

Nico mengangguk kepala dia.

"Nama kau siapa? "

"Oh, saya Lunar. Lunar Moon. "

"Cantik nama kau. Nama aku pula Nico, Nico di Cedric. "Ujar Nico sedikit ragu.

Namun hati dia kuat mengatakan yang gadis di sisi dia seorang yang baik terutamanya saat dia melihat senyuman kecil gadis itu.

"Awak di Cedric rupanya. Wah, atuk mesti gembira kalau dia tahu yang awak berasal daripada keluarga di Cedric."

Nico merenung pelik gadis itu. Orang lain akan memandang jijik keluarga dia tapi gadis di sisi dia pula tersenyum gembira.

"Kau tak benci aku? "

"Kenapa pula saya nak benci awak? Awak tahu tak, kalau bukan sebab ayah dan ibu awak dah tentu saya tak dapat nak bercakap dengan awak. "

"Kau kenal ibu dan ayah aku? "

"Kenal! Kenal! Masa tu saya baru sahaja berumur satu bulan. Saya dilahirkan dengan tenaga yang sangat lemah dan hampir semua orang yang cuba merawat saya kata yang saya tidak akan dapat hidup menjadi seorang gadis dewasa. Atuk dan keluarga saya semua sudah mengalah sehinggalah ibu dan ayah awak tanpa sengaja memasuki Moon Village."

"Orang kampung ni terus menangkap mereka. Ketika itulah ibu saya menjerit memanggil atuk saya dan seluruh penduduk yang nadi saya menjadi sangat-sangat perlahan. Bila ibu awak dengar tentang itu, dia dengan mudah berubah menjadi asap sebelum muncul disisi ibu saya yang sedang memeluk erat badan saya. "

Gadis itu menggenggam rantai yang dipakai dia sebelum menyambung semula.

"Ibu awak merayu pada ibu saya untuk menyembuhkan saya. Ibu saya kata, apa yang berlaku seterusnya sungguh luar biasa. Ibu saya terus menyerahkan saya pada ibu awak lepas dia pasti yang ibu awak ikhlas mahu menyembuhkan saya. Ibu awak memberi saya peluang kedua untuk terus hidup. Dia memberikan saya nyawa kedua."

Usai gadis itu bercerita, Nico memandang kagum gadis di sisi dia.

"Wah... Saya tak sangka ibu saya kuat macam tu sekali. "

"Betul tu. Saya nak jadi macam ibu awak. Baik dan kuat! "Ucap gadis itu riang.

Nico ketawa perlahan sebelum membaringkan diri dia sambil menghadap langit. Gadis itu memandang pelik Nico sebwlum turut sama berbaring.

"Awak kenapa pula? Awak macam sedih saja? "

"Tak adalah. Aku cuma teringatkan ibu dan ayah aku. Aku rindu mereka berdua. "

Keadaan menjadi sunyi sebentar. Mereka berdua saling merenung langit. Namun keadaan senyap itu tidak kekal lama saat bunyi kepakkan sayap kedengaran. Nico dan gadis itu segera memusingkan kepala mereka,cuba memandang ke arah sumber bunyi itu.

Seekor helang sebesar seorang manusia mendarat di atas tanah. Perlahan-lahan tubuh burung itu berubah menjadi bentuk tubuh seorang manusia.

"ATUK! "

Lunar segera bangkit sebelum memeluk lelaki yang agak tua itu.

"Lunar. Puas atuk cari rupanya kamu kat sini. "kata lelaki tua itu sebelum mengelus lembut rambut Lunar.

"Lunar nak ajak Nico makan tadi tapi Lunar lupa pula hehehe... "

Lelaki itu mengelengkan kepala dia. Dia memandang Nico yang sudahpun berdiri tegak menghadap dia. Nico menundukkan sedikit badan dia sebelum mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih sebab dah selamatkan saya semalam. "

Lelaki tua itu tersenyum kecil sebelum menarik tubuh Nico ke pelukkan dia.

"Tidak usah difikirkan. Atuk gembira dapat bantu kamu. Mari ikut kami. Mesti kamu laparkan? "

Nico menggangguk kepala dia. Semalam pun dia hanya sempat makan dua ketul sandwich sahaja.

Dengan itu, mereka menuju ke arah sebuah pekan yang riuh dengan suara penduduk di kampung itu.

To Be Continued...

Happy reading folkssss(●´з')♡

Saya malas nya tulis nama untuk part ni. Part yang akan datang pun sama juga. Saya ketandusan idea untuk nama tajuk setiap part v_v

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Where stories live. Discover now