Nico menggenggam erat seutas rantai leher milik James. Perbualan dia dan James kembali berputar di minda dia seakan todak mahu berhenti.
"Ayah! "Jerit Nico.
Dengan pantas Nico mendapatkan James yang berjalan bersebelahan Percy. Bersama senyuman lebar, James pantas memeluk tubuh Nico saat remaja itu melompat ke dalam pelukannya.
"Taniah, Nico. Ayah bangga dengan kamu. " Puji James sambil mengelus lembut rambut Nico.
Nico mengangguk manja. Entah kenapa dia terasa mahu bermanja dengan ayah angkatnya itu. James ketawa kecil dengan perangai Nico yang agak manja itu. Namun secara tiba-tiba, James menolak jauh badan Nico sebelum dia mencengkam kuat tatu bulan sabit terbalik pada wajah dia.
James pantas berpaling ke arah Percy sebelum mengangguk kepala dia sebelum dia menghilangkan diri menggunakan sihir teleportasi dia.
"A-ayah? Pengetua, ayah...kenapa dengan ayah? " Wajah Nico berubah menjadi muram. Dia keliru dengan perlakuan James.
Percy mengeluh perlahan sebelum berpusing menghadap rakan sepasukan Nico.
"Kamu semua balik dulu, saya mahu bercakap dengan Nico bersendirian. "
Dengan itu semua orang mula bersurai meninggalkan Nico bersama Percy. Jayden menepuk perlahan bahu Nico sebelum turut sama melangkah pergi.
"Mari ikut saya Nico. "
Percy memetik jarinya lalu menyebabkan seluruh kawasan di pelabuhan Bandar Oregon itu menjadi senyap dan kaku seakan masa sudah berhenti. Percy kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada poket dia. Dia mengeluarkan sebatang pen sebelum mengukir bentuk bulatan pada lantai pelabuhan itu.
Bulatan itu bersinar terang. Percy pantas menarik lengan Nico sebelum bersama-sama melangkah masuk ke bulatan tersebut. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk kedalam lubang itu mereka terus menghilang daripada pelabuhan Oregon. Keadaan yang sunyi dan kaku di pelabuhan itu pantas berubah seperti sedia kala seakan tiada apa yang berlaku. Bulatan yang diukir Percy juga turut hilang.
Nico dan Percy kini sedang berdiri berhadapan dengan seekor singa gergasi. Singa itu memandang bosan mereka sebelum menguap kecil. Tanpa kisah tentang Nico dan Percy singa itu kembali tidur.
"Pengetua, tempat apa ni? Dan kenapa beast tu boleh ada kat sini? " Tanya Nico sambil memandang singa yang sedang tidur itu.
"Kita sedang berada di illusion realm milik beast saya. Singa pemalas tu namanya Roar. Dia adalah pure beast yang terakhir di dunia ni."
"Pure beast*... "
Percy menarik keluar seutas rantai leher sebelum memberikannya pada Nico.
"Rantai ni milik James. Dia terpaksa pergi ke suatu tempat atas urusan rahsia yang saya tak dapat kongsikan dengan kamu. "
Nico menggengam erat rantai itu.
"Kalau macam tu kenapa pengetua bawa saya ke sini? "
Percy mengeluh kecil.
"Atas sebab satu ramalan masa depan kamu Nico. James merasakan bahawa sudah tiba masanya kamu mendengar separuh daripada ramalan yang dibacakan oleh Oracle Delphi saat kamu lahir. "
"Ramalan? Tapi kenapa? "
"Itu hanya kamu sendiri yang boleh jawapan. Keluarga kamu iaitu,di Cedric, merupakan keluarga yang jauh lebih berkuasa berbanding daripada orang lain. Dalam badan kamu mengalir darah immortal demon. Kamu bukan manusia biasa. Semua orang yang memegang nama di Cedric punya kapasiti kuasa yang jauh, jauh lebih hebat daripada orang lain. "
![](https://img.wattpad.com/cover/268639104-288-k364929.jpg)
YOU ARE READING
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...