Nico dan Carter mengeluh perlahan sebelum saling berpandangan. Tidak lama kemudian, mereka berdua ketawa kecil sebelum menyambung semula hukuman mereka berdua. Ya, hukuman. Mereka berdua sedang berdiri tegak di depan bangunan Elixir Garden yang setinggi tiga tingkat sambil menjawab sepuluh soalan kuiz tentang pelbagai jenis herba.
Nasib mereka sungguh baik kerana Puan Britt selalunya akan membuat pelajar yang tertidur di kelas dia menjawab empat puluh soalan tentang herba yang hampir sesusah soalan 'add math'. Setelah hampir dua puluh minit berdiri diluar bangunan sambil menjawab soalan, akhirnya mereka berdua berjaya menghabiskan hukuman yang menyeksakan tersebut.
Dengan pantas, Nico dan Carter berjalan masuk ke bangunan tersebut dan menyerahkan kerja mereka pada Puan Britt.
"Bagus, bagus! Lain kali jangan tidur di kelas saya! Kamu berdua bernasib baik sebab tidak lama lagi ujian semester pertama akan bermula dalam masa sebulan lagi. Oleh itu... "
Kedengaran bunyi keluhan panjang daripada para pelajar. Tiada siapa yang berminat dengan peperiksaan terutamanya bagi subjek Elixir. Bayangkanlah, kita terpaksa mengingati setiap ramuan elixir dan herba serta kebaikan setiap jenis herba dalam pembuatan elixir. Terdapat ribuan jenis elixir dan ratusan ribu herba yang perlu dipelajari. Apa yang boleh dikatakan adalah semua ini adalah mimpi ngeri para pelajar.
"Kamu semua akan bermula membuat nota dan melakukan kerja amali,di luar waktu kelas tentunya, lima kali seminggu. Oh, kita juga akan melakukan sesi menjawab kuiz selama sejam pada setiap kelas kita sehingga tiba waktu peperiksaan." Kali ini kata-kata Puan Britt ditemani suara tidak puas hati mereka yang berada dikelas tersebut.
"Tapi cikgu... "
"Alamak... "
"Malaslah... "
"Tidak... "
Puan Britt mengetapkan(?) gigi dia sebelum memetik gemuknya.
"Satu lagi aduan dan percayalah, saya akan pastikan kamu semua terseksa dengan racun Night Howler ni."Ugut puan Britt.
Suasana menjadi senyap. Para pelajar mendiamkan diri mereka dengan wajah penuh ketakutan. Bayangan sebulan yang lepas kembali bertandang ke ingatan setiap orang di kelas itu.
Puan Britt sedang menulis nota di hadapan kelas ketika salah seorang pelajar menara Order bernama Jessica membaling segumpal kertas ke arah Puan Britt. Ketika itu, mereka semua tidak atau belum pernah melihat Puan Britt mengamuk dan sentiasa menganggap dia sebagai seorang yang pemaaf. Disebabkan itu, beberapa pelajar yang...agak suka membuli orang lain...sangat suka merendahkan PuanBritt.
Namun sangkaan mereka semua meleset apabila Puan Britt berpaling bersama satu jelingan yang tajam. Di sisi dia muncul satu bebola cecair berwarna merah gelap.
"Baiklah! Memandangkan kamu semua tiada langsung rasa hormat pada saya, saya rasa saya sudah tidak perlu berlembut lagi dengan kamu semua! "
Dengan itu, bebola cecair itu menghala tepat ke arah Jessica dan menyebabkan dia menjerit kesakitan. Kulit Jessica berubah warna menjadi merah terang dan bisul-bisul kecil mula kelihatan.
"Night Howler. Racun yang boleh menyebabkan kulit kamu ditumbuhi bisul yang mampu bertahan selama dua hari. Oh, dan tiada penawar bagi racun tersebut Cik Jessica Fluff. "
Dengan itu, Jessica terpaksa menghadiri kelas dia dengan seluruh wajah dan lengan dia ditumbuhi bisul. Setelah kejadian itu, para pelajar disitu berubah sikap.
Sebaik sahaja melihat pelajar dia yang kembali tenang, Puan Britt memasang holo-dial projector dia dan meminta para pelajar dia menyalin jadual serta beberapa nota ringkas sehinggalah masa dia tamat.
*****
M
akan malam pada hari ini lebih berbeza berbanding hari lain. Pengetua mereka yang menghilang selama tiga bulan sudah kembali ke Akademi Neptune dan jelas yang lelaki itu baru pulang daripada misi penting kerana pakaian dia yang sedikit kotor.
Lelaki itu lebih dikenali dengan nama Percy Night di seluruh Elysium. Dia merupakan Komander pasukan pelindung elit Elysium pada usia 25 tahun sebelum menjadi pengetua Akademi Neptune. Keadaaan Dewan Optimus diam dan seakan menahan nafas saat melihat Percy melangkah ke podium.
"Mungkin sudah terlambat untuk saya menyebut ini tapi selamat datang pada kamu semua. Saya telah dimaklumkan sepanjang ketiadaan saya keadaan akademi sedikit huru-hara. Ya, Encik Simon, Sheamus dan Gregg. Saya menerima hampir seratus buah surat aduan tentang, err, kenakalan kamu bertiga. "Percy memandang tiga orang pelajar lelaki yang sedang berdiri tersengih memandang dia.
"Selain itu, saya juga telah diberitahu tentang dua orang pelajar tahun pertama yang akan memasuki pasukan Slaughter akademi tahun ini. Saya... "
Tidak lama kemudian, satu bunyi raungan kuat bergema diseluruh akademi tersebut. Keadaan menjadi senyap sebelum raungan itu berbunyi semula. Raungan itu berbunyi seperti ngauman singa kecuali bunyinya lebih seperti bunyi manusia yang sakit tekak. Bulu tengkuk Nico berdiri.
Dia memandang Carter dan Jayden. Jayla pula sedang memeluk erat lengan Jayden sambil menyembunyikan muka dia pada bahu Jayden. Keadaan menjadi kucar-kacir apabila para pelajar bangun mendadak sebelum menjerit kuat. Di atas mereka, seekor makhluk menyeramkan sedang memandang mereka dengan pandangan menyeramkan.
"Makanan... "
To Be Continued...
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasíaNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
