Enam: Pedang Kegelapan

460 45 2
                                        

Sebaik saja mereka melangkah keluar daripada bangunan tersebut, James menyerahkan kad hitam dan kad berwarna emas itu pada Nico.

"Ini kad milik kamu. Pakcik tolong jaga kad LotusBank kamu."

Melihat wajah keliru Nico, James ketawa perlahan.

"Yang hitam tu kad LotusBank. Yang emas kad LotusCash. Kat sini semua orang guna kad LotusCash untuk membeli barang. Tapi setiap kad LotusCash tu ada had duit. Yang berwarna emas mempunyai had sebanyak 1000 coin saja. Kalau lotushCash kamu sudah sampai had nya kamu perlu bayar balik pada Lotus Money Emporium untuk tambah had koin kamu. " Terang James.

"Berapa harga kad ni ayah? Saya tak ada duit. "kata Nico risau.

"Hahahaha...kamu tak perlu risau. Cuba kamu lihat kad LotusBank kamu. Ada simbol infiniti kan? "

Nico mengangguk kepala dia. Pada kad hitam itu memang ada sebuah simbol infiniti dibawah nama dia yang ditulis menggunakan warna emas.

"Maksudnya duit kamu di dalam simpanan Lotus Money Emporium ada banyak. Asalkan kamu tak hilangkan kad LotusBank kamu, kamu adalah antara orang paling kaya di sini."

Nico terkejut. Dia ada sebanyak itu di simpanannya?

"Tapi kenapa elf tu terkejut bila melihat saya dan ayah? "

"Atuk kamu adalah pengasas Lotus Money Emporium. Dan semestinya identiti dia adalah rahsia. Hanya para elf itu saja yang tahu. Pakcik dan ayah kamu, kami berdua adalah pemilik seterusnya setelah ayah pakcik mati."

"Jadi tiada siapa yang tahu pengasas Lotus Money Emporium?"

"Ya."

Nico terkedu. Siapa sangka keluarga dia antara keluarga yang paling kaya di Elysium. Mungkin juga yang paling kaya.

---------

Nico dan James berjalan melintasi beberapa lagi kedai sebelum memasuki satu lorong kecil bernama The Weird. Sebaik sahaja mereka keluar daripada lorong itu, Nico tergamam melihat keadaan di depan dia.

Terdapat beratus-ratus orang sedang bersesak membeli barangan sekolah. Ada yang bersesak di kedai buku ada juga yang bersesak di kedai senjata. Terdapat sepuluh buah bangunan kedai. Kelihatannya, tempat ini berada di hujung bandar sekali.

"Mari beli buku kamu dahulu. "

Mereka bersesak dengan para pengunjung dan menuju ke sebuah kedai yang agak besar dan luas. Nico dapat melihat dengan jelas terdapat berpuluh-puluh buah rak di dalam kedai itu melalui tingkap kedai itu. Sebaik sahaja Nico dan James melangkah masuk ke kedai itu wajah Nico berubah ceria.

"Wah... Ayah boleh saya tengok sekeliling kedai ini?" tanya Nico penuh harapan.

"Pergilah. Tapi jangan lama. Buku sekolah kamu biar pakcik yang belikan. "

Nico mengangguk pantas sebelum berjalan pantas mendekati rak buku. James menggeleng kepala dia lalu tersenyum.

"James! Kau buat apa kat sini? " Sapa pemilik kedai buku itu.

"Terry. Aku tengah teman anak aku beli barang. "

"Anak? Bila kau kahwin?" Tanya lelaki bernama Terry itu pelik.

"Anak angkat aku. Mak ayah dia dah tak ada jadi aku jaga dia. "

"Oh..."

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang