Lima: Lotus Money Emporium

454 42 0
                                        

James ketawa sebelum menepuk lembut bahu dia. Friz mematuk lembut lengan James sebelum kedengaran bunyi meletus. Tidak lama kemudian, Friz menghilang meninggalkan kepulan asap merah.

"Mana Friz?!" Tanya Nico bingung.

James tersenyum kecil saat melihat wajah terkejut Nico.

"Friz dah balik ke tempat asal dia. Dah, jom. "

Sebaik saja pulih daripada rasa terkejut,Nico segera mengikut James yang sedang berjalan menuju ke suatu tempat.

"Ermmm... Ayah kat sini tak ada kenderaan ke?"

"Ada tapi kenderaan orang kat sini bukan macam kat dunia kamu. Kami disini menggunakan contractual animal dan spiritual animal. Semua orang di sini mengikat satu kontrak dengan beast dan menjadikan mereka sebagai contractual animal mereka. Beast yang sudah punya kontrak dengan seseorang boleh dipanggil. Semua orang boleh mengikat kontrak dengan beast lebih daripada seekor namun kontrak tersebut ada had masanya iaitu selama tiga tahun. "

James perhatikan wajah Nico sebelum menyambung lagi.

"Tapi bagi spiritual animal pula, hanya orang yang lulus beberapa siri ujian saja yang boleh mengikat perjanjian abadi dengan beast. Perjanjian abadi ini tak ada had masa namun jika salah seorang daripada pengikat perjanjian mati maka dia bebas dan boleh mengikat perjanjian dengan orang lain. Dan kamu hanya boleh buat perjanjian abadi dengan seekor beast saja." Terang James panjang lebar.

"Beast-beast tu cuma digunakan untuk kenderaan saja ke? "

"Tak semestinya. Mereka boleh jadi sangat berguna kamu tahu. Mereka mampu buat apa saja tapi nak buat kontrak dan perjanjian ini susah sikit. Sama ada kamu kalahkan beast itu atau beast itu sendiri yang mahu baru kamu boleh ikat perjanjian dengan mereka. "Terang James lagi.

Nico mengangguk perlahan kepala dia.

"Jadi kalau saya boleh lulus ujian itu, saya boleh ada spiritual animal? " Tanya Nico penuh harapan.

"Ya tapi hanya pelajar pertengahan 3 saja yang dibenarkan mengambil ujian tersebut. Walau bagaimanapun, pada pandangan pakcik, semua orang sepatutnya dibenarkan mengikut ujian tersebut tanpa mengira umur."

Nico tersenyum. Nico kemudiannya tersedar akan sesuatu benda.

"Kenapa kat sini siang? "

"Elysium awal beberapa jam daripada di dunia kamu. Dah, jom. Nanti kamu lambat sampai di pelabuhan pula. "

Mereka berjalan pantas melewati beberapa buah kedai yang menjual pelbagai barangan pelik. Ada yang menjual sesuatu seperti organ-organ haiwan, ada juga yang menjual sayur pelbagai warna malahan ada beberapa kedai yang menjual gula-gula dan keropok.

Akhirnya mereka tiba di hadapan sebuah bangunan paling tinggi di bandar itu. Jelas tergantung beberapa perkataan pada bangunan itu.

Lotus Money Emporium. Tempat dagangan paling selamat di Elysium. Orang luar akan menukar barangan berharga mereka pada kedai ini untuk ditukar dengan duit. Ada juga yang menjadikan tempat ini pilihan pertama untuk menyimpan barangan berharga milik mereka.

Nico dan James berjalan masuk ke bangunan tersebut. Nico terkedu melihat permandangan di depan dia. Di hadapan dia terdapat beratus-ratus meja yang di susun secara berbaris hingga ke hujung sekali. Di tengah-tengah kedai itu pula, terdapat sebuah pentas tinggi yang memuatkan sebuah meja bulan sabit.

Setiap meja dibangunan itu dijaga oleh seorang pekerja. Apa yang mengejutkan Nico adalah pekerja di bangunan itu bukan manusia. Semua mereka mempunyai telinga yang runcing dan panjang. Rupa mereka seakan manusia namun seluruh tubuh mereka berwarna biru muda dan mempunyai mata yang berwarna hijau gelap.

"Makhluk apa itu? "

"Itu elf. Sangat-sangat membantu. Mereka bekerja dua ratus kali ganda lebih cepat daripada manusia dan hampir tidak pernah berehat."

Merreka berdua berjalan menuju ke arah salah sebuah meja yang tidak dikunjungi pelanggan. Seorang(seekor?) elf yang menggunakan sut sedang berbual dengan seseorang menggunakan holo-dial. Wajah dia kelihatan sedikit serius namun sebaik saja dia melihat Nico dan James berjalan ke arah dia, elf itu terus tersenyum lalu memadam holo-dial itu.

"Selamat datang tuan. Apa urusan tuan ke sini?" sapa elf itu ceria.

"Saya mahu memohon kad LotusCash emas untuk dia. " Kata James sebelum menyerahkan sebuah kad berwarna hitam pada elf itu.

Elf itu terkejut melihat kad hitam itu. Kemudiannya, dia merenung wajah Nico sambil ternganga. Tangan elf itu menggigil.

"Na...nama tuan? "Tanya Elf itu sedikit gagap.

"Nico di Cedric. "Kali ini James bercakap secara berbisik. Wajah James kelihatan serius.

"Baik. Baiklah. Sila ikut saya tuan-tuan. " Mereka mengikut elf tersebut ke pentas yang berada di tengah bangunan tersebut.

"Encik Trill, ada orang yang mahu memohon kad LotusCash..."

"Bukan itu kerja kamu ke? Kalau tak ada urusan lain,sila teruskan kerja kamu. "Kata elf yang bernama Trill tersebut. Dia kelihatan sibuk menekan sesuatu pada sebuah mesin.

"Encik Trill pelangan ini orang yang penting. "

"Aku banyak kerja, Don. Semua pelanggan penting atau tak kalau dia hanya sekadar mahu memohon kad LotusCash, kau boleh saja imbas di meja kau." Kali ini Elf bernama Trill itu sedikit berdengus.

"Tapi tuan pemohon itu anak Lord Ian. " Bisik elf itu pada Trill.

Kali ini elf bernama Trill itu terkejut. Dia segera mengangkat wajah dia dan sedikit panik melihat wajah Nico dan James.

"Tuan muda dan Tuan Kedua. Maafkan saya. Saya tidak tahu tuan-tuan berada di sini. " Elf bernama Trill itu segera menundukkan sedikit badan dia sambil bercakap dengan suara yang perlahan.

"Trill, angkat wajah kamu. Nico mahu memohon kad LotusCash emas. "

Elf yang pertama tadi menyerahkan kad berwarna hitam milik James itu pada Trill sebelum segera pergi ke meja dia semula.

"Tapi tuan, saya cadangkan tuan ambil kad platinum atau VIP."

"Saya mahu emas saja, Trill. Tak ada bantahan." Kata James sedikit tegas.

"Ba... Baiklah. "

Elf itu segera meletakkan kad berwarna hitam itu pada sebuah holo-dial dan menekan satu butang pada holo-dial itu. Holo-dial itu mengimbas kad hitam tersebut sebelum satu kad berwarna emas tiba-tiba muncul dan terapung beberapa inci di atas meja. Elf itu menyerahkan kad hitam dan kad berwarna emas itu pada James.

"Terima kasih. " Kata James.

James dan Nico segera meninggalkan kedai itu.

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang