"Maaf, boleh kami berdua duduk di sini?" Tanya seorang budak lelaki.
Nico dan Carter memalingkan wajah mereka ke arah suara tersebut. Di depan mereka berdiri seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang berwajah agak seiras. Kembar mungkin?
"Er... Boleh. Duduklah. "Pelawa Nico bersama senyuman janggal.
Budak lelaki dan budak perempuan itu saling berpandangan sebelum mengambil tempat di sebelah Carter.
"Terima kasih sebab benarkan kami berdua duduk kat sini. Kalau tak mesti kami berdua terpaksa berdiri nanti."kata budak perempuan itu sedikit lega.
Budak lelaki mengangguk setuju. Wajah budak lelaki itu kelihatan agak dingin berbanding dengan gadis disebelah dia.
"Tak apa. Lagipun tempat duduk kat meja ni masih ada banyak lagi."Kata Carter ramah.
"Ermm... Nama saya Jayla Royal dan ini abang kembar saya Jayden Royal. Nama awak berdua pula? "Tanya gadis bernama Jayla.
"Oh, nama saya Carter. Dia ini pula Nico."Jawab Carter bersama senyuman manis.
"Oh...awak berdua daripada menara mana? "
"Err... Chaos. Awak berdua pula?"
"Pure."Jawab budak lelaki bernama Jayden itu dingin.
"Ohh... "
Ketika semua orang sedang heboh berbual dengan satu sama lain, Nico tiba-tiba berasa seperti dia sedang diperhatikan. Dia memalingkan wajah dia untuk memandang sekeliling dewan itu. Sebaik sahaja memalingkan wajah dia ke sudut paling hujung dewan itu, dia terlihat satu bayang sepintas lalu sebelum bayang itu hilang.
Entah kenapa jantung dia bergetar aneh seakan ada sesuatu yang tidak kena. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Keadaan yang tadinya riuh kembali senyap sebaik sahaja seorang guru lelaki tiba-tiba bangkit daripada tempat duduknya dan menuju ke arah podium yang terletak ditengah pentas tempat para guru duduk. Tumpuan Nico sepenuhnya pada guru tersebut.
"Ehem, ingatkan masih nak bising tadi. Baiklah, mungkin semua orang hairan kenapa pengetua tidak bersama kita hari ini walaupun saya yakin tiada yang perasan sehingga ke detik ini. Jadi disebabkan itu saya yang akan memberikan ucapan." James memandang lucu para pelajar didepan dia.
"Sesi pembelajaran akan bermula esok jadi saya harap kamu semua sudah sedia. Selain itu, saya juga mahu maklumkan bahawa permohonan untuk Slaughter akan dibuka bermula esok. Pada pelajar pemula ketiga dan keatas yang berminat, kamu semua boleh mula memohon pada Komander pasukan menara masing-masing. Pasukan yang memenangi pertandingan tersebut akan diberi seratus mata merit. " James merenung wajah Nico sebentar sebelum menuruskan semula ucapan dia.
"Seterusnya, saya ingin ingatkan sebarang penggunaan senjata ajaib di luar kelas akan dikenakan hukuman tahanan. Oh ya, setiap mata merit yang kamu kumpul akan dikira pada hujung semesta kedua. Menara yang mengumpul merit paling banyak tidak perlu melakukan sebarang sesi pembersihan selama tiga bulan pada tahun depan. Baiklah, itu sahaja yang saya ingin ucapkan."
Sebaik sahaja James mendudukkan diri dia di tempat dia, kedengaran bunyi letusan kecil daripada setiap meja. Muncul pelbagai jenis makanan di depan para pelajar dan guru.
"Macam mana... "
"Nebulae. Semua makanan ni nebulae yang buat dan hantar. Kalau kau tak suka, kau sebut nama makanan kesukaan kau. Tengok aku punya. "Carter memandang ayam panggang dipinggan dia.
"Bagi aku sotong panggang yang diperap dengan jus beri. "Kata Carter.
Tidak lama kemudian,kedengaran bunyi letusan kecil sebelum ayam panggang Carter bertukar menjadi sotong panggang. Nico ternganga. Dia juga membuat benda yang sama.
Selepas hampir setengah jam menikmati makan malam, para pelajar di dewan itu sudah menyandar kekenyangan. Nico sudah beberapa kali menguap sehinggalah James tiba-tiba berdiri dan mendekati podium.
"Nampaknya kamu semua sudah kenyang dan mengantuk jadi saya rasa kamu semua boleh pulang ke menara masing-masing. Tapi sebelum itu pastikan kamu beli dahulu barang-barang keperluan kamu di kedai akademi. Pengawas akademi sila bawa pelajar menara masing-masing ke kedai akademi. "
James sempat mengenyit mata dia pada nico.
Sepanjang perjalan ke kedai akademi Neptune, Nico dan Carter tidak berhenti-henti menguap. Jayden dan Jayla pula sudah berbaris bersama para pelajar menara Pure. Sampai sahaja di kedai akademi, Nico terkejut. Di depan dia tiada satu pun kedai sebaliknya hanya terdapat ratusan buah vending machine.
Sebaik sahaja para pelajar mengimbas lencana dan kad LotusCash mereka pada alat pengimbas pada mesin itu, keluar sebuah kotak sebesar kotak first aid-Kit. Nico hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pelajar yang lain. Selesai membeli baju uniform dan holo-dial para pelajar diarahkan pulang ke menara masing-masing.
*****
Nico menggosok perlahan mata dia. Sinaran cahaya daripada tingkap mereka menyinari mata dia. Kemudian dia memalingkan wajah dia memandang Carter yang masih lagi nyenyak tidur. Jam sudah menunjukkan pukul lapan setengah pagi.
Dengan malas nico bangun daripada katil dia dan menuju ke arah tandas untuk mandi. Carter yang masih nyenyak dibiarkan sahaja memandangkan kelas mereka bermula pada pukul dua petang nanti.
Selesai mandi, Nico mendekati katil Carter sebelum mengoncang perlahan badan Carter.
"Carter, bangun. Nanti kita lambat. Bangun Carter!"
Carter bangun dengan wajah yang bingung. Sebaik sahaja dia melihat jam di meja dia menunjukkan pukul sembilan dengan pantas dia berlari ke tandas.
"Nico kenapa kau lambat bangunkan aku? Barang aku masih lagi belum dikemas! "Jerit Carter di dalam tandas.
"Dah kau lambat bangun. "Jawab Nico sambil tersenyum kecil.
Kedengaran dengusan kasar daripada Carter. Nico sekadar menggeleng kepala dia sebelum menuju ke lokar dia. Barang-barang yang tidak sempat disusun semalam disusun kemas di dalam loker. Selesai menyusun barangan dia, mata dia terarah pada kotak besi semalam.
Tangan dia pantas membuka kotak itu. Di dalam kotak itu terdapat lima jenis holo-dial termasuk dua pasang uniform sekolah dan sepasang baju perisai yang dibuat daripada kulit naga lalu disaluti emas.
Bahagian dalam kotak itu masih lagi luas dan mampu memuatkan banyak barang. Ruang di dalam kotak itu seakan dibesarkan. Nico ternampak satu butang berbentuk bintang berwarna merah pada sisi kotak itu.
Sebaik sahaja dia menekan butang itu, kotak besi itu berubah bentuk menjadi beg galas. Nico membesarkan mata dia tanda tidak percaya. Kotak besi itu kini menjadi beg galas.
"Menakjubkan! "
Sorry, it's just a short update. Will be updated soon. If you have questions about some part just leave your comments. Maaflah kalau chap. ni hambar. Korang boleh komen mana yang patut dibaik pulih. I will re-edit this chap.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
