Empat Puluh Tiga

301 37 5
                                        

Previously...

Melihat senyuman tidak ramah Nico, lelaki di depan dia, menggeledak dengan rasa amarah yang panasnya mencecah panas magma. Sepantas angin, lelaki itu terus menlancarkan serangan pada Nico namun belum sempat dia menyerang Nico, dia ditekan oleh satu tekanan... Tak lebih kepada gema kuasa.

Dia ditekan oleh gema kuasa Nico!

......

Lelaki itu tersungkur lalu melutut. Dia memegang dada dia yang terasa sedikit sesak. Nico mendudukkan dirinya do hadapan lelaki itu sebelum ketawa kecil.

"Tch, tch, tch... Kau bernasib baik sebab kau bukan musuh aku. Aku tak nak cederakan kau. "Ujar Nico sambil mengukir namanya pada tanah.

Lelaki di depan Nico pula pantas menayangkan gigi taringnya. Wajah dia berubah bentuk menjadi seperti wajah seekor harimau kumbang. Namun hanya wajahnya sahaja yang berubah bentuk anggota badannya yang lain masih lagi kelihatan sama.

"Aku dah agak yang kau ni sebenarnya haiwan jadian. Aku tak sangka masih ada lagi kaum seperti kau kat sini. Lebih baik kau bertukar balik jadi rupa manusia kau atau orang akan nampak nanti. " Kata Nico sebelum mendirikan dirinya sendiri.

Melihat Nico yang melangkah pergi lelaki itu pantas menghentikan Nico.

"Tunggu! "

"Hmm.. "

Nico memalingkan wajah dia ke arah lelaki itu tadi.

"Masa aku masuk sini tadi, aku langsung tak dapat nak rasa tahap kau. Jadi aku nak tahu kuasa kau di tahap yang mana? " Tanya lelaki itu.

"Oh, aku berada di tahap advanced lima."

Lelaki di depan Nico terkaku. Dia menelan kesat air liur dia. Patutlah dia tak dapat nak kesan langsung tahap kuasa Nico rupanya dia berada di peringkat terakhir advanced!

"Siapa kau ni sebenarnya? "Tanya lelaki itu dengan nada gementar.

Nico tersengih.

"Nico Black. Nama aku Nico Black. Nama kau pula apa? "

Lelaki itu mendiamkan diri sebentar sebelum menjawab.

"Nama aku Christ."

Nico menganggukkan kepala dia sebelum melangkah pergi.

"Aku harap kita boleh jadi kawan!"Jerit Nico tanpa memandang kebelakang saat dia sudah berada di luar gua itu.

Christ kaku. Tekanan yang dirasakan dia tapi sudah tiada namun badan dia masih tidak mampu bergerak. Dia masih tidak percaya dengan tahap kuasa Nico yang sudah berada di hujung tahap advanced lima. Queen sendiri baru sahaja berada di pertengahan tahap advanced tiga dan itu sudah dikatakan menakjubkan buat seorang pelajar.

Jika benar Nico berada di tahap advanced lima, jadi akademi Neptune kemungkinan besar ingin menunjukkan bakat besar mereka. Christ meneguk liur dia.

"Aku harap budak tu tak akan jadi musuh aku. "

*****

Jayden memerhatikan sebuah patung sebesar manusia di depan dia dengan tenang. Dia mengukirkan senyuman lucu saat melihat wajah pada patung tersebut.

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang