"Dan ahli Lembaga Sukan akademi kita putuskan untuk hantar kau dan Jayden serta tiga orang pemain elit pasukan Slaughter akademi kita. "
Nico dan Jayden saling memandang satu sama lain sebelum memandang Qeris semula.
"HUH?!" Ucap Nico dan Jayden sedikit kuat..
Tanpa memperdulikan reaksi daripada Nico dan Jayden, Qeris menarik keluar sehelai holo-papirus sebelum menyerahkan kertas itu pada Jayden.
"Korang berdua dan tiga orang pemain Slaughter yang lain akan pergi ke bandar Detro pada bulan depan dan aku akan jadi salah seorang pengiring korang. "
"Tapi, Qeris, kami berdua bukan ahli pasukan rasmi akademi Neptune. Tak akan pengetua bagi kami berdua ikut?" bantah Jayden
"Betul tu. Lagipun kami berdua pelajar tahun pertama. "
Qeris mengeluh.
"Aku tahu tu. Tapi keputusan Lembaga Sukan adalah muktamad. Sekali pun pengetua kita mahu menghalang, dia tak akan dapat ubah keputusan tersebut. Apa yang dia boleh buat adalah cuba untuk bagi kelonggaran pada jadual belajar korang supaya korang ada masa yang cukup untuk berlatih. "
"Kat kertas tu ada jadual belajar baru korang. Korang akan belajar dari jam 7 pagi sehingga waktu rehat. Lepas waktu rehat, korang akan berlatih bersama pasukan elit akademi di sini sehingga jam 9 malam."
Nico dan Jayden mengangguk kepala mereka perlahan.
"Tak payah risau. Korang berdua antara pelajar paling pintar yang aku pernah jumpa. Aku pasti kau berdua dapat lakukan yang terbaik nanti. Korang boleh balik dan berehat dahulu. Latihan kita akan mula esok."
Dengan itu Nico dan Jayden segera meninggalkan Windy. Tanpa sedar, seseorang memerhatikan mereka berdua daripada jauh. Dia tersenyum sinis sebelum tiba-tiba menghilang daripada tempat itu.
SEBAIK sahaja sampai di menara Chaos, Nico menggeliat perlahan. Pelajar-pelajar di bilik rehat itu langsung tidak memandang dia. Mereka sedang sibuk melakukan kerja masing-masing.
Di hujung bilik tersebut, kembar tiga Clay sedang cuba membuat seekor tikus meminum satu cecair kebiruan. Di sudut lain pula, Darren dan Silena sedang bergaduh tentang sesuatu. Darren memegang erat sebuah buku kecil manakala Selena cuba merampas buku itu daripada Darren.
Nico menggelengkan kepala dia sebelum menuju ke arah Carter yang sedang leka membaca sebuah buku sebelum menaip sesuatu pada holo-dial penaip dia. Adakalanya Carter memuncungkan bibir dia sebelum menyelakkan buku di hadapan dia kembali.
Nico segera mendudukan diri di sebelah Carter yang kelihatan sedikit tertekan sebelum menegur dia.
"Kau buat apa? "
"Nota. Esok, aku dan Jayla akan diberikan kuiz. Dan aku tak nak kena hukum dengan Puan Diana sebab tak dapat soalan dia. "
Carter memandang Nico dengan pandangan merayu sebelum menarik tangan Nico.
"Nico! Aku perlukan bantuan kau.... "
"Ish,janganlah tarik-tarik tangan aku. Hah, apa yang kau nak ni? "
"Tolong bagi aku pinjam nota Azimat Tahap Rendah dan Kegunaannya. Aku dah baca perenggan yang sama selama sejam tapi... Satu pun aku tak faham! Aku janji aku tak tiru nota kau, aku cuma nak baca je. Bolehlah... " rayu Carter sambil membesarkan mata dia.
Nico mengeluh sebelum menjawap.
"Yelah. Nota aku ada kat atas meja belajar aku. Kau ambillah sendiri. Aku nak mandi dulu lepastu... Aku nak tidur~"
"Terima kasih sahabatku, huhu... "
*****
"Baiklah. Hari ini kita akan mula berlatih membuat beberapa azimat tahap rendah yang mudah. Saya yakin hanya beberapa orang sahaja yang akan mampu membuat azimat ini di akhir kelas ini nanti." kata Puan Diana sambil menjeling pelajar-pelajarnya.
Tidak sampai dua puluh minit, kelas mereka menjadi huru-hara. Carter dan Jayla hampir sahaja menyebabkan kebakaran manakala beberapa pelajar yang lain pula sedang mengelak bebola ais yang disembur oleh azimat yang dibuat oleh Vallery.
Jayden pula tanpa sengaja menyebabkan kelas mereka dipenuhi salji kerana dia terlebih menyalurkan tenaga di ke dalam azimat dia. Nico sedang menahan ketawa dia saat Carter sedang bergelut dengan serangan ganas azimat yang tiba-tiba melayang ke arah dia.
"Kelas, tolonglah! Saya sudah pesan hanya sepuluh peratus tenaga mana kamu dan dua puluh peratus kuasa daripada unsur kuasa kamu. Selepas itu, pastikan... JAYDEN! Saya sudah pesan pastikan kamu menulis ejaan yang betul. Kamu... "
Belum pun sempat Puan Diana habis berkata, azimat Jayden tiba-tiba meletus sebelum mengeluarkan asap hitam. Jayden tersengih saat kasut kanvas milik Puan Diana melayang ke arah Jayden. Puan Diana mendengus penuh amarah.
"Kalau kamu buat lagi Jayden, saya akan pastikan kali ini bukan kasut tu yang saya baling pada kamu. Sudah berkali-kali saya pesan spell tu mesti betul!"
"Er... Maaf puan. " kata Jayden sambil tersengih sebelum menyerahkan kasut kanvas yang dibaling ke arah dia diberikan pada Puan Diana.
Nico dengan tenang membuat azimat dia tanpa masalah. Berbanding dengan pelajar lain, dia amat mahir membuat azimat. Ini sememangnya subjek kegemaran dia. Dua puluh minit kemudian, azimat Nico bersinar kebiruan dan menyinari kelas tersebut.
Puan Diana tersenyum bangga sebelum menepuk tangan dia.
"Bagus Nico, bagus. "
Tidak lama kemudian, azimat Jayden turut bersinar kebiruan dan diikuti Jayla.
"Wah! Taniah, Jayla! Akhirnya kamu berjaya. Syabas!"puji Puan Diana.
Carter turut berhasil membuat azimat dia dan menyebabkan Puan Diana menepuk perlahan bahu dia sebelum memuji budak lelaki itu. Inilah kali pertama, Jayla dan Carter mendapat pujian daripada guru mereka.
Tamat sahaja kelas membuat azimat tersebut, para pelajar menuju ke arah ke dataran akademi untuk kelas Penggunaan Senjata Ajaib. Beberapa orang pelajar kelihatan tidak sabar memandang kelas ini hanya berlangsung setiap Selasa selama tiga jam seminggu.
To be Continued...
Happy Reading Folksssss....
^o^
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
