Carter maaih lagi merungut tentang Nico sepatutnya membangunkan dia lebih awal. Sudahnya dia hanya menyimpan buku untuk pembelajaran dia pada petang nanti di dalam beg galas dia tanpa menyusun barang-barang dia yang lain.
"Kau masih lagi tak puas hati ke? "Tanya Nico sambil menahan ketawa.
"Mestilah. Kau ni pun. Semalam kau cakap nak bangunkan aku awal sekali pukul sembilan baru kau bangunkan aku."Rungut Carter.
"Awallah tu."
"Awal apanya? Nasib baik kita sempat makan pagi kalau tak aku makan kau! "Kata Carter.
Nico ketawa mengekek. Sampai sahaja di dewan Optimus, Nico mengambil tempat di meja Jayden dan Jayla yang kebetulan berdekatan pintu masuk dewan.
"Hai Jayden. Hai Jayla! "Sapa Carter sebelum duduk disebelah Jayla.
Nico pula mengambil tempat di sisi Jayden yang nampaknya sedang kusyuk makan bubur di depan dia. Jayla pula kelihatan seperti sedang bermain dengan sesuatu.
"Blueberry pie. "Bisik Nico. Tidak lama kemudian muncul pai blueberry di depan dia. Dengan lahapnya dia menghabiskan semua pai itu.
Carter memandang benda yang dipegang oleh Jayla dengan perasaan ingin tahu.
"Jayla,kau main apa tu? "Tanya Carter sambil menyuap bubur dia ke dalam mulut.
"Oh... Ni cacing pembangkai." Kata Jayla
Carter yang sedang menikmati hidangan dia hampir sahaja memuntahkan semula bubur itu. Nico dan Jayden pula memekakkan telinga mereka lalu menyuap makanan di depan mereka dengan lahapnya.
"Aku bergurau je lah. Ni slimelah. "Kata Jayla sambil ketawa mengekek melihat reaksi jijik Carter.
"Kau dah buat aku hilang selera makan kau tahu tak? "Kata Carter lalu menolak mangkuk dia ke tengah meja.
Tidak mampu rasanya dia mahu makan setelah mendengar lawak Jayla tadi. Nico menyandarkan belakang di pada kerusi sebelum membaca buku yang dibawa oleh dia tadi. Jayden pula masih lagi makan manakala Carter pula sekadar merenung kosong dewan itu.
Tiba-tiba kerusi yang diduduki Jayla ditolak kasar sehingga Jayla terjatuh ke lantai.
"Hoi,sakitlah!"Bentak Jayla.
Kedengaran ketawa beberapa orang pelajar. Mereka memandang lucu Jayla. Gadis yang melanggar Jayla tadi pula tersenyum sinis. Kelihatan dua orang pelajar berdiri disisi gadis itu.
"Alamak,maaflah. Aku ingatkan tak ada orang yang duduk kat kerusi ni tadi. Rupanya ada anak pembunuhlah yang duduk kat sini. "Kata gadis itu sambil ketawa.
Jayden yang tadinya sedang kusyuk makan,memandang marah gadis di depan dia.
"Minta maaf sekarang." Kata Jayden dingin.
"Huh, abang dan adik sama sahaja. Anak pembunuh! "Bentak gadis itu lagi.
Tiba-tiba suhu di sekeliling mereka menjadi dingin. Tubuh Jayden kelihatan sedikit terapung dan dia... berubah. Badan Jayden diselaputi frost dan tubuh dia kelihatan berwarna biru seakan membeku. Mata berwarna hitam dia berubah menjadi biru sepenuhnya, termasuklah mata putih dia.
"Kau ni... "
"Abang berhenti! Jayla okey, Jayla okey." Jayla dengan pantas mendekati tubuh abang dia sebelum memeluk tubuh abangnya.
Tangan serta anggota badan dia yang bersentuhan dengan tubuh Jayden mula diselaputi ais. Dengan pantas Jayden berubah menjadi dirinya semula.
"Jayla! Kenapa kau peluk abang? Kau..."
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
