Satu letusan keunguan menyinari bilik yang agak gelap itu. Kedengaran bunyi desiran-desiran dan bunyi bisikan daripada segenap ruang di bilik itu. Bunyi-bunyi itu bagaikan tidak mahu berhenti sebaliknya semakin nyaring bunyinya. Bunyi-bunyi yang seakan menyeru sesuatu.
Suhu di bilik itu menurun. Satu tekanan kuasa yang amat kuat menyebabkan lantai bilik itu menjadi retak. Di hujung bilik itu,rangka haiwan yang sering kali dilihat oleh Nico di dalam mimpi dia bercahaya kehitaman dan menyinari bilik itu.
Rangka hairmwan itu kini sudah mempunyai tubuh namun masih lagi berbentuk seakan asap. Namun kuasa yang dijana oleh rangka itu amatlah kuat. Bunyi desiran dan bisikan tafi mula senyap.
"Berapa lama lagi yang kau perlukan untuk bina tubuh untuk tuan, Ziro? "tanya seorang lelaki berkerudung hitam di satu sudut di bilik itu.
"Tak pasti. Aku dah cuba lajukan lagi proses regenerasi tapi kuasa tuan terlalu kuat. Aku tak dapat nak lajukan lagi atau tubuh itu akan hancur. "kata seorang lelaki yang berkerudung merah menyala yang dipanggil Ziro.
"Jangan terburu-buru. Kau buat sahaja kerja kau. Kita tak mampu nak carikan lagi tubuh beast yang cukup kuat untuk digunakan sebagai tubuh tuan. "kata lelaki berkerudung hitam itu.
Lelaki berkerudung hitam itu segera berjalan keluar daripada bilik itu dan menuju ke arah sekumpulan manusia berkerudung ungu gelap.
"Ada apa-apa perkembangan tentang mereka?" tanya lelaki berkerudung hitam itu pada kumpulan itu.
"Dua orang daripada mereka merupakan pengguna kuasa terlarang dan budak Nico dan Jayden tu pula... Mereka yang lebih bahaya. Aku tak rasa kuasa mereka terikat dengan perkataan had. "kata seorang lelaki bercermin mata bulat.
"Aku tahu. Mereka berdua adalah halangan paling besar kita untuk membangkitkan tuan. Aku akan fikirkan cara untuk memusnahkan mereka nanti. Sebelum itu, aku nak tahu tentang dua orang pengguna kuasa terlarang yang kau maksudkan tadi. " kata lelaki berkerudung hitam itu.
Lelaki bercermin mata itu kelihatan sedikit gelisah saat direnung lelaki berkerudung hitam di depan dia namun ditahan rasa gelisah itu.
"Seorang daripada mereka merupakan healer dan seorang lagi pengguna Demonic Song."
"Demonic Song? Huh, tak sangka masih ada pengguna magik itu di dunia ini. "
"Bukan itu saja, semasa dia hilang kawalah hari itu, dia menggunakan kuasa magik tahap paling tinggi. Dia lebih kuat berbanding pengguna Demonic Song yang lain yang hanya bergantung pada bulan purnama untuk menggunakan magik tahap tinggi mereka."
"Hmm... Perhatikan budak itu."
"Baik. "
*****
Nico mengurut perlahan tengkuk dia. Nota-nota yang baru sahaja disiapkan oleh dia disimpan di dalam fail. Hari ini sudah genap tiga bulan dia belajar di Akademi Neptune. Pelajaran yang dipelajari dia juga menjadi lebih sukar dan hari ini merupakan hari yang amat dinantikan para pelajar tahun pertama.
Hari ini merupakan hari mereka akan dilatih oleh Komander pasukan Slaughter menara Chaos akan mengajar mereka tentang Slaughter dan Slash Sword pada waktu tengah hari nanti. Menurut poster yang dilekatkan di papan buletin menara Chaos, Komander menara Chaos mahu mencari mereka yang ada bakat dalam kalangan pelajar tahun pertama.
Nico menggapai beg dia sebelum disandang ke bahu. Kaki dibawa ke arah pintu lif. Carter sudah lama menuju ke dewan Optimus untuk makan tengah hari manakala Nico pula mahu menyiapkan nota dia dahulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasíaNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
