Penerangan:
-Charmspeak merupakan satu sihir yang digunakan untuk memujuk orang lain mengikut kata-kata pengguna Charmspeak.
-Horn merupakan satu alat muzik.*****
Sejak kejadian pagi tadi, Carter kelihatan agak risau dengan keadaan Nico. Wajah Nico kelihatan agak pucat. Namun apa yang merisaukan dia adalah warna anak mata kiri Nico yang sedikit demi sedikit berubah warna. Daripada kelabu cair ke warna ungu.
Dia juga dapat rasakan seakan ada satu aura lain yang mengelilingi Nico. Bagaikan Nico hari ini seakan lain daripada Nico yang semalam.
"Nico kau betul-betul okey ke ni?"Tanya Carter risau.
"Aku okey."Jawab Nico ringkas.
Nico faham yang Carter agak risau dengan perubahan dia setelah dia bangun daripada mimpi ngeri dia tadi. Sejak kejadian pagi tadi, badan dia terasa berat dan tenaga dia seakan menghilang.
Kedengaran bisikan halus diminda dia. Bisikan itu asyik membisikkan kata-kata yang tidak terlalu jelas. Bagaikan memanggil-manggil nama dia.
"di Cedric... di Cedric...bahaya...bahaya..."
Sekali lagi suara itu membisikkan kata-kata yang langsung tidak bermakna seperti sebuah teka-teki yang tiada jawapannya. Nico memegang kepala dia. Tiba-tiba dia mendapat satu imbasan pelik.
Satu bayangan hitam sedang berdiri di depan sebuah pintu. Bayang itu mengeluarkan sesuatu dari bawah keludung dia dan hampir menyebabkan Nico menjerit sebaik sahaja dia melihat benda itu.
Sebuah tengkorak haiwan. Bayangan itu memegang tengkorak haiwan lalu mendekatkan tengkorak itu pada satu cermin berwarna hitam kusam yang digantung pada pintu itu. Sebaik sahaja tengkorak itu berhadapan dengan cermin itu, muncul satu cahaya kehitaman dan menerangi tengkorak haiwan itu.
Perlahan-lahan tengkorak itu berubah bentuk. Sepasang mata berwarna merah menyala muncul pada soket tengkorak tersebut. Tengkorak itu dibaluti satu lapisan aura berwarna ungu gelap dan yang paling menakutkan sekali adalah kelihatan ayat-ayat jampi terapung keluar daripada mulut tengkorak itu lalu berpusing-pusing di sekeliling tengkorak itu.
Satu jeritan kuat dan diselang-selikan dengan satu suara bisikan membaca jampi memenuhi ruang itu sehingga menyebabkan Nico hampir sahaja pengsan akibat rasa sakit yang menyerang tubuh dia secara tiba-tiba. Nico memejam rapat mata dia sebelum terbaring di atas lantai sambil menggelupur kesakitan.
Sekali lagi satu suara bisikan sayup-sayup kedengaran mula memenuhi minda dia.
"Jangan bangunkan dia... Muka matamu...pergi...pergi...belum masanya lagi!"
Sebaik sahaja bisikan itu tiba-tiba senyap. Kesakitan yang dirasakan oleh Nico tadi mula berkurangan. Badan dia terasa seperti digoncang oleh seseorang. Sebaik sahaja dia membuka matanya,dia dikelilingi sekumpulan pelajar. Di depan dia, James sedang memegang bahu Nico sambil mencangkung.
"Nico! Kamu tak apa-apa? "Tanya James dengan suara yang jelas ketakutan.
Nico mengangguk. Tenaga dia sudah kehabisan akibat melawan rasa sakit yang amat sebentar tadi. Mata dia terasa berat.
"Mari, biar saya dukung kamu ke bilik saya. "kata James lalu mendukung badan Nico yang jelas amat lemah ketika itu.
"Yang lain balik ke kelas masing-masing! "Kata James.
Sampai sahaja dibilik James, James membaringkan Nico di atas sofa bilik dia. Nico memejamkan mata dia. Dia mengantuk.
James mengeluh lega sebaik sahaja mendengar dengkuran Nico. Punggung dia di dudukkan diatas sebuah sofa menghadap Nico. Perasaan dia berkecamuk saat melihat Nico yang menggelupur menjerit kesakitan di dewan Optimus tadi.
Dia sangat pasti punca Nico menjadi begitu. James memegang dahi dia. Benda yang paling ditakuti dia akhirnya terjadi. Nico bukan sahaja mewarisi kuasa sihir yang kuat daripada ayah dia malahan dia juga mewarisi satu kebolehan luar biasa ibunya.
"Maafkan pakcik Nico. Pakcik tidak mampu nak jaga kamu."Bisik James.
*****
Berita tentang Nico yang tiba-tiba pengsan sudah tersebar luas di seluruh akademi itu. Ada yang mengatakan Nico punya penyakit misteri. Ada juga yang mengatakan Nico tidak mampu mengaeal kuasa dia yang terlalu kuat. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa Nico mengamalkan sihir hitam sehingga sihir itu memakan dirinya.
Oleh sebab Nico pengsan di dewan Optimus tadi, Carter terpaksa mengikuti kelas mereka bersendirian. Sama seperti Nico, Carter bukan pelajar yang digemari ramai. Buktinya, hari ini sahaja ramai yang mengejek dia dan mencemuh dirinya.
Sebaik sahaja kelas Charmspeak habis, Carter dengan pantas berjalan keluar daripada kelas tersebut. Kaki dibawa pantas ke arah dewan Optimus. Oleh kerana dia antara puluhan pelajar yang paling awal meninggalkan kelas, dia tidak perlu bersesak dengan pelajar lain yang mahu makan tengah hari di dewan Oprimus. Sebaik sahaja kaki dia menjejak dewan itu, mata dia terus tertancap pada susuk tubuh seorang pelajar lelaki berbadan kurus dan tinggi dengan rambut kusut masainya.
Kaki dengan pantas dibawa menuju ke arah pelajar lelaki tersebut. Tangan dia ditepuk perlahan pada bahu pelajar tersebut. Sengihan terbentuk pada wajah dia saat peljar itu tersenyum melihat dia.
"Nico! Sejak bila kau ada kat sini? "tanya Carter girang sebelum mengambil tempat disebelah dia.
"Aku dah lama kat sini. Sejak sejam yang lepas." kata Nico tenang.
Carter mengangakan mulut dia.
"Habis kenapa kau tak masuk kelas Charmspeak tadi?!" Tanya Carter dengan suara yang sedikit kuat.
"Saja hehehe..." kata Nico sambil tersengih.
"Encik James tak marah ke kau tak masuk kelas? "tanya Carter dengan nada curiga.
"Tak. Sebenarnya dia tak bagi aku masuk kelas pun. Dia suruh aku berehat. "Jelas Nico sambil menyuap waffle ke mulut dia.
"Jadi kau tak masuk kelas ke nanti? "Tanya Carter muram.
Mesti dia bosan nanti tanpa Nico disisi.
"Masuklah. Kau ingat aku nak lepaskan hari pertama kita belajar azimat?"
"Baguslah kalau tak sunyilah aku kat kelas nanti."
(IMAGE: PEDANG KEGELAPAN.)
Lambatnya saya update😂 akibat malas tak bertempat. Anyways,happy reading y'all!!😍
![](https://img.wattpad.com/cover/268639104-288-k364929.jpg)
YOU ARE READING
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasíaNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...