Tiga Puluh Empat

316 42 4
                                    


Empat minggu. Sudah empat minggu berlalu sejak kejadian Nico melarikan diri ke dalam hutan. Sepanjang empat minggu itu juga, Nico banyak menghabiskan masa dia berlatih di halaman belakang rumah Lunar. Sepanjang latihan itu juga dia perasan batu Demon Eye yang dijadikan menjadi loket itu seakan memberikan sedikit  tenaga Mana tambahan kepada dia.

Selain itu, hubungan dia dan Lunar juga semakin erat. Mereka sering meluangkan masa di halaman belakang rumah Lunar tempat Nico berlatih. Adakalanya, mereka akan ke pekan untuk membeli barangan keperluan. Walaupun layanan penduduk di Moon Village mesra namun ada juga segelintir yang memandang hina Nico terutamanya bila dia banyak menghabiskan masa dia bersama Lunar.

Nico memandang kosong langit di atas dia sambil tangan dia erat memegang tangan Lunar yang turut sama berbaring disebelah dia.

"Lunar, aku dah nak balik. Atuk kau kata aku dah boleh balik malam ni. "Ujar Nico perlahan.

Lunar memandang sedih Nico. Dia mendudukkan diri dia sebelum merenung semula wajah kosong Nico.

"Tapi kenapa awak nak balik awal sangat? Kan masa kat sana lebih lambat berbanding kat sini."kata Lunar perlahan.

"Aku terpaksa Lunar. Aku ada kawan dan ayah angkat yang tengah cari aku sekarang ni. Aku pun tak nak balik tapi aku terpaksa balik ke sana."Nico memandang sayu wajah sedih Lunar.

"Tapi kalau awak balik sana,macam mana pula dengan saya? Mesti saya akan rindu awak nanti. "

"Aku pun akan rindu kau Lunar."

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Hari ini adalah hari terakhir bagi mereka dan mungkin juga selamanya. Nico menarik perlahan Lunar ke pelukkan dia sebelum dia tersenyuk kecil melihat air mata Lunar yang membasahi wajah dia.

"La... Janganlah nangis. Aku janji aku akan cuba cari cara untuk balik ke sini nanti. Aku sayang kau Lunar. " ujar Nico setelah melepaskan pelukkan dia pada Lunar.

"Saya pun sayang awak dan saya pegang janji awak, Nico. Kalau awak tipu saya, saya akan suruh atuk culik awak! "Ugut Jayla lalu meluruskan jari dia tepat ke wajah Nico.

Nico ketawa kecil sebelum memegang tangan Lunar.

"Kau ni mengada betul."

Mereka berdua tersenyum sebelum kembali berbaring sambil memandang langit biru. Masa bagaikan cemburu dengan mereka. Akhirnya,sudah tiba masa bagi Nico mengucapkan selamat tinggal pada Moon Village.

Sepanjang perjalanan ke tempat Nico bangun daripada pengsan dia dahulu, Lunar tidak berhenti menangis sambil memeluk erat lengan Nico. Nico pula tidak penat cuba memujuk Lunar.

"Lunar dahlah tu. Kau ni suka betul menangis. "

"Tsskk... Macam mana saya tak sedih kalau awak dah nak pergi?"

Nico menggeleng perlahan kepala dia sebelum mengusap lembut kepala Lunar.

"Aku pergi bukan untuk selamanya Lunar."

Atuk Lunar tersenyum kecil melihat gelagat mereka berdua. Tidak sampai lima minit akhirnya mereka sampai di hadapan satu kawasan lapang tempat Nico kali pertama bertemu dengan Lunar.

"Baiklah, Nico, atuk harap kamu dapat kembali ke sini lagi. Atuk akan tunggu kedatangan kamu."

Nico mengangguk kepala dia. Dia menglangkah menuju ke sebuah bulatan portal milik atuk Lunar. Namun belum sempat Nico melangkah masuk ke dalam bulatan Portal itu, Lunar menarik perlahan lengan Nico perlahan. Nico memusing sebelum memandang wajah Lunar yang dibasahi air mata itu.

"Sebelum awak pergi saya nak bagi awak gelang holo-dial ni. Bila awak rindu saya tekan butang biru pada gelang tu." Lunar menyarungkan gelang warna ungu gelap itu pada Nico sebelum tersenyum kecil pada Nico.

"Aku akan rindu kau Lunar. Sentiasa. "Ujar Nico sebelum mengenggam perlahan tangan Lunar.

Setelah itu Nico melangkah ke dalam bulatan portal itu dengan rasa sedih. Jauh disudut hati dia, dia menanam tekad untuk kembali ke Moon Village, kembali ke siai Lunar.

*****

Sudah hampir lapan jam berlalu tanpa ada satu berita pun tentang Nico. Dan tentunya berita tentang Nico dirahsiakan. Hanya para guru dan ahli pasukan elit Akademi yang tahu tentang itu. Yang paling ketara risaunya sudah tentulah, James.

Dia berjalan cemas di sekeliling bilik dia menunggu berita daripada rakan sekerja dia yang telah dikerahkan untuk mencari Nico. James mengenggam marah penumbuk dia. Dia masih lagi geram dengan Percy keranan memaksa dia agar duduk di bilik dia. Percy melarang dia daripada mengikut mencari Nico atas alasan yang dia berada dalam keadaan emosi tidak stabil.

Puas berjalan cemas di bilik dia, dia akhirnya mendudukkan diri menghadap gambar Ian, ayah Nico.

"Maafkan aku Ian. Aku langsung tak dapat nak lindungi anak kau macam yang pernah aku janjikan pada kau dan Rachel dulu. Maafkan aku..." James menutup wajah dia menggunakan tangan dia.

Dia merasakan diri dia gagal dalam melindungi Nico. Perlahan-lahan air mata dia menitis membasahi wajah dia.

*****

Jayden menggenggam erat cincin Nico. Dia memandang kosong guru-guru dia yang sedang merujuk sehelai peta sebelum saling membahagikan kawasan mencari pada setiap orang yang terlibat dalam usaha mencari Nico..

Dia mahu ikut sama namun dihalang oleh Qeris. Jayden mengeluh kasar. Rambut dia yang selalunya kemas kini kelihatan kusut akibat tindakkan dia yang menarik rambut dia kerana rasa kecewa.

Jam sudah menunjukkan angka 7:30 malam namun seorang pun langsung tidak melihat kelibat Nico sepanjang pencarian tadi.

Jayden berdiri pantas bergitu juga semua guru yang berada di situ. Mereka memandang curiga satu cahaya kebiruan tidak jauh daripada hutan itu. Tidak lama kemudia cahaya kebiruan itu menghilang.

Jayden terkedu. Begitu juga dengan orang-orang di sekeliling dia. Figura seorang remaja berjalan malas ke arah mereka ditenung dengan rasa terkejut. Dia...

TBC...

HAPPY READING YALL...

saya terpaksa delete chap. Tiga Puluh Empat yang pertama sebab wp buat hal〒_〒

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Where stories live. Discover now