Dua Belas: Kelas Sihir

407 45 4
                                        

(Image:Array)

Sebaik sahaja dia kembali ke menara Chaos, segelintir daripada pelajar menara itu memandang Nico dengan pandangan tidak suka. Hanya Darren,Silena dan Carter yang masih lagi tersenyum memandang dia. Kembar tiga yang baru sahaja Nico kenal pagi tadi turut memberikan senyuman lebar serta 'thumbs up' pada dia.

Nico tersenyum kecil. Dia mendekati Carter yang duduk bersama Darren dan Silena. Darren dan Silena kelihatan sedang sibuk menaip sesuatu pada holo-dial penaip.

"Kau Okey tak Nico? Pucat semacam je muka kau. Encik James marah kau ke? "Tanya Carter.

Nico duduk di sisi Carter sebelum memandang beberapa buah buku yang disusun di atas meja itu.

"Aku okey. Encik James tak marah aku pun. Dia cuma pesan kat aku supaya kawal kuasa aku. Kau pun tahu kan kuasa aku macam mana? "Kata Nico.

Carter menggangguk faham. Tidak perlu Nico terangkan panjang lebar, dia sendiri sedar yang kuasa Nico amat kuat.

"Jadi kau rasa kau masih boleh ikut kelas tak petang ni? Kalau kau tak sihat nanti aku bagitahu cikgu kita."Kata Carter sambil memandang Nico.

"Tak apa. Kau dah bawa turun beg aku? "

"Dah. Tu kat sebelah kau."

Memandangkan masa masih tinggal lima belas minit lagi, Nico dan Carter bercadang mahu berjalan disekeliling akademi sambil mencari kelas mereka nanti. Dengan bantuan peta yang diberikan pada mereka semalam, akhirnya mereka berdua sampai di hadapan sebuah kelas.

Kelas itu agak luas dan dipenuhi pelbagai jenis barangan ajaib. Terdapat dua buah rak yang menempatkan barangan seperti tongkat ajaib, buku dan pelbagai barangan pelik.

Nico dan Carter mengambil tempat di hadapan sekali. Sebaik sahaja mereka berdua mengeluarkan buku mereka, pelajar yang lain berpusu-pusu masuk ke kelas.

Beberapa orang pelajar menjeling tajam Nico dan Carter. Tempat kosong di sisi Nico tidak diduduki mana-mana pelajar. Mereka seakan mengelak daripada bersama Nico dan Carter. Ada yang berbisik-bisik antara satu sama lain dan menyebut nama Nico.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dan cermin di kelas itu ditutup kasar. Bilik itu menjadi sedikit gelap dan hanya diterangi cahaya kebiruan yang dipancarkan oleh holo-dial projector.

Muncul seorang guru lelaki berwajah cengkung dan agak tempang. Wajah dia kelihatan bengis. Mata dia berwarna merah seperti warna darah. Wajah lelaki itu agak kacak namun dicacatkan satu parut panjang pada bahagian kanan wajah dia.

"Nama saya Desmond Wrath, guru sihir. Sihir, apa yang kamu semua faham tentang sihir?" Tanya Desmond.

Desmond meluruskan jari telunjuk dia ke arah seorang budak lelaki berwajah tembam dan pucat yang sedang leka berbual di meja paling belakang.

"Kamu Ares bukan? Jadi apa jawapan kamu? "

Ares seakan terkedu. Dia merenung hujung kaki dia tanpa memberi jawapan. Tiba-tiba kedengaran bunyi ketawa sinis Desmond.

"Saya paling tidak suka orang yang lansung tidak menumpukan perhatian pada apa yang saya katakan. Catat apa yang saya ingin katakan."

Dengan pantas para pelajar di kelas itu mengeluarkan holo-dial penaip. Holo-dial itu berbentuk seperti mesin cetak biasa namun lebih kecil dan nipis serta mempunyai papan kekunci. Sehelai holo-papirus, sebuah kertas yang dibuat daripada kulit pokok yang sudah mati, mestilah diletakkan dibawah papan kekunci sebelum digunakan.

"Sihir adalah sejenis unsur kuasa yang hidup di dalam diri seseorang. Hanya yang cukup pintar dan kuat sahaja yang mampu membangkitkan kuasa dalam diri dia. Namun untuk menggunakan kuasa sihir, kita memerlukan medium kuasa. Medium kuasa merupakan sebuah alat perantara yang digunakan oleh kita untuk mengalirkan keluar kuasa dalam diri kita."

"Ada orang yang cukup kuat sehinggakan mampu mengalirkan kuasa dia tanpa bantuan medium kuasa namun tidak banyak yang mampu lakukan itu sekarang. Hanya yang dilahirkan dengan kuasa sihir yang amat kuat dan tinggi sahaja mampu 'berdiri sendiri' tanpa medium. "Desmond memandang wajah Nico dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Para pelajar di dalam kelas itu pantas menaip penerangan Desmond tadi.

"Baiklah, memandangkan kamu semua pelajar pemula satu jadi kita akan mulakan pelajaran dengan memahami bentuk kuasa yang wujud di dunia ini. Keluarkan buku masing-masing dan buka muka surat sepuluh."

Semua pelajar di kelas itu segera membuka buku masing-masing sebelum memandang ke arah Desmond.

"Ah ya. Saya terlupa untuk ambil kehadiran semua orang."Kata Desmond sebelum dia tersenyum sinis

Desmond memetik jari dia. Muncul sebuah skrol berisi nama pelajar dan sebuah pen di hadapan Desmond. Pen itu bergerak sendiri sebelum menandakan tanda tick pada skrol tersebut. Tidak lama kemudian, pen itu selesai menanda. Desmond tersenyum sinis.

"Anggaplah ini sebagai contoh pada mereka yang suka lambat datang ke kelas."

Desmond menggenggam tangan dia sebelum membukanya semula. Ditangan dia muncul satu bulatan cahaya pelik. Terdapat beberapa mentera pada bulatan tersebut. Nico ternganga.

"Wah...itu array. "Ucap Nico sedikit kuat.

Para pelajar di kelas itu memandang sinis Nico.

"Array? Mesti dia dah gila."

"Kalau tak tahu apa-apa jangan bising."

"Mesti dia mahu tunjuk pandai."

Bisikan daripada para pelajar tersebut mendapat jelingan tajam daripada Desmond lalu menyebabkan mereka senyap.

"Ya,array. Setiap garisan yang terukir di dalam bulatan itu menunjukkan yang array itu tahap rendah atau tinggi. Hanya pakar sahaja yang boleh menjana array."

Desmond menggenggam tangan dia dan menyebabkan array itu meletus. Muncul lima orang pelajar di depan mereka dan mereka telah diikat dengan tali. Desmond merenung semula Nico.

"Dan nampaknya kamu sangat mengenali apa itu array, Nico Black. Saya tidak rasa ayah kamu yang bagitahu." Kata Desmond

Nico menundukkan kepala dia. Pandangan para pelajar dikelas itu tidak dihiraukan.

"Baiklah, memandangkan semua orang sudah berada disini, saya rasa kamu semua sudah sedia dengan tugasan pertama kita."

Desmond memetik jari dia. Muncul sebuah cermin hitam yang dibuat daripada batu obsidian.

"Siapa yang dapat bagitahu saya cermin apakah yang berada di depan kamu semua? "Tanya Desmond

Carter pantas mengangkat tangan dia sebelum merenung cermin di depan dia.

"Cermin Laut. Digunakan untuk melihat tahap dan simbol kuasa masing-masing."Kata Carter.

Dia merenung cermin itu semula. Desmond pula mengangguk kecil kepala dia.

"Ya. Cukup berguna. Hari ini kita akan melihat bentuk kuasa kamu sendiri. Setiap ahli sihir punya simbol masing-masing yang telah dipilih oleh diri kamu sebaik sahaja kamu lahir. Cermin ini akan menunjukkan tahap dan simbol masing-masing. Apa yang kamu perlu buat hanyalah renung cermin ini dan rasakan kuasa kamu. "

Nico merenung cermin di depan dia. Saat dia memejamkan mata dia, dia dapat mendengar suara seseorang memanggil nama dia. Sebaik sahaja dia membuka mata dia, dia terkejut.

Pada cermin itu muncul sesuatu. Gambar itu persis sekali seperti cincin yang dipakai oleh dia. Bukan itu sahaja,cermin itu bersinar kehitaman dan terapung beberapa inci di atas meja. Desmond yang leka memerhatikan para pelajar melaksanakan arahan dia, kaku. Pandangan dia jatuh pada cermin Nico.

"Kamu..."

Pelajar lain memandang Nico. Mereka merenung tidak percaya pada cemin Nico.

"Nampaknya kamu adalah salah seorang pelajar yang lahir dengan kuasa yang kuat berbanding orang lain. "Kata Desmond.

Lambat update sebab sibuk sangat lately ni. Sorry kalau sedikit hambar dan pelik. Happy reading!

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang