Nico menggosok perlahan mata dia. Panahan cahaya matahari menyusul masuk melalui tingkap dan menyinari bilik dia. Dia merenung seketika bilik dia. Bilik dia agak luas dan dipenuhi buku. Di sudut bilik dia tergantung gambar ibu dan ayah dia.
Nico mengeluh sebelum menggapai tuala dia dan menuju ke tandas untuk mandi. Usai berpakaian, dia duduk menghadap cermin di meja belajar dia.
Pantulan dicermin itu dipandang lama. Rambut hitam pekat dia yang dipotong pendek kelihatan bersinar dipancar cahaya matahari.
Mata kelabu dia sangat cantik. Nico punya wajah yang sangat kacak dan rambut hitam dia dibiar kusut ke arah kanan seakan ditiup angin.Dia mengeluh lagi sebelum bunyi ketukan pintu mengganggu konsentrasi dia.
"Nico, jom sarapan." Kata Silena,makcik dia di balik pintu.
"Yelah." jawab Nico dingin.
Nico tidak berapa rapat dengan makcik dia kerana makcik dia selalu saja sibuk. Selalunya hanya Nico seorang sahaja yang tinggal di rumah itu jika makcik dia bekerja.
Sampai saja di ruang makan, Nico menghidu bau makanan kegemaran dia, pancake. Dengan pantas dia duduk di kerusi sebelum memakan rakus pancake itu.
Mereka berdua makan dengan senyap. Ada kalanya, Silena cuba berbual dengan Nico tapi dijawab dingin. Akhirnya dia memutuskan untuk senyap. Usai makan, Nico segera meninggalkan ruang makan itu dan menuju ke bilik bacaan mereka yang berada di tingkat tiga. Seluruh tingkat tiga itu dijadikan ruang bacaan dan menempatkan hampir seratus rak buku setinggi dua meter. Setiap rak itu menempatkan dua ratus buah buku.
Di hujung bilik itu terdapat sebuah bilik yang berdinding kacak dan menempatkan empat puluh buah rak buku namun bilik itu telah dikunci. Nico selalu bertanya dimanakah kunci bilik itu namun tidak pernah dijawab Silena.
Nico menuju ke salah satu rak seblum mencari beberapa bahan bacaan. Dia tanpa sengaja telah menjatuhkan sebuah buku yang agak kotor disebabkan debu. Jelas buku itu sudah lama tidak dibaca. Nico segera mengambil buku itu. Di kulit buku itu tertulis;
Book of Knowledge
Nico membersihkan buku itu daripada debu dan mendedahkan tajuk bukunya yang ditulis dengan warna emas.
"Book of knowledge." Baca Nico.
Dia menjadi tertarik dengan buku itu lalu dengan pantas dia membawa buku itu ke bilik dia untuk dibaca.
Sampai saja di bilik, Nico mengunci pintu bilik dia dan duduk di atas katilnya. Perlahan-lahan dia menyelak buku lama itu. Mula-mulanya, setiap halaman buku itu kosong. Nico membuka semula muka surat satu. Kemudiannya, dia hampir menjatuhkan buku itu ke lantai saat beberapa barisan perkataan muncul dengan tulisan berwarna emas.
Buku pengetahuan.
Ditulis oleh: Rajah Wills.Milik keluarga di Cedric.
(1464-kini)Nico tergamam saat melihat nama keluarga dia tertulis pada buku itu. Di Cedric. Dia menyelak buku itu lagi. Seperti tadi tulisan itu secara ajaibnya menulis sendiri ayat-ayat di setiap halaman yang dibuka Nico. Pada halaman kedua muncul perkataan baru.
Pedang Kegelapan
Pedang lagenda yang amat terkenal. Pedang ini pernah dimiliki oleh seorang ahli sihir kegelapan paling kuat di dunia iaitu Argust. Pedang ini mampu membunuh makhluk kegelapan tanpa perlu menggunakan sihir. Pedang ini juga mampu memakan kegelapan dan menjadikannya sumber tenaga. Bukan itu saja, pedang ini merupakan satu-satunya pedang di dunia ini yang mampu mengeluarkan kuasa kegelapan dan cahaya suci untuk memulihkan makhluk yang berada di bawah pengaruh aura kejahatan.
Nico membaca perenggan itu berulang-ulang kali. Dia tidak pernah mendengar apa itu pedang kegelapan. Di halaman sebelah muncul satu lukisan pedang cantik berwarna hitam dan dibaluti cahaya kehitaman. Pemegang pedang itu pula dibuat daripada tulang haiwan dan dibalut dengan sesuatu yang agak mirip seperti kulit.
Walaupun hanya sebuah lukisan,Nico dapat merasakan kuasa pedang itu. Akhirnya, Nico menyelak ke halaman sebelah. Kali ini buku itu betul-betul terjatuh ke lantai. Pada halaman sebelah tertulis nama dia.
Nico di Cedric
Lahir pada 2005 dan merupakan anak kepada pasangan Rachel dan Ian di Cedric. Dilahirkan dengan kuasa kegelapan yang amat kuat dan istimewa. Dia mampu mengawal dan bercakap dengan makhluk kegelapan. Dikatakan masih ada lagi empat orang pengguna kuasa kegelapan seperti dia.
Nico membaca ayat itu berkali-kali. Tangan dia menggeletar saat membaca buku itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/268639104-288-k364929.jpg)
YOU ARE READING
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasiNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...