Tiga Puluh Lima

362 43 0
                                        

Nico melangkah keluar daripada portal yang bersinar kebiruan itu dengan langkah yang berat. Tidak jauh daripada situ, Nico perasan ada ramai orang sedang berkumpul sambil memandang dia. Dengan perlahan dia menuju ke arah orang-orang itu.

Belum pun dia mendekati mereka, seseorang berlari pantas ke arah dia sebelum memeluk erat tubuh dia.

"Nico! Aku risau sangat bila kami tak dapat jumpa kau dalam hutan tu! "Kata Jayden sebelum memandang tubuh Nico.

Jayden memandang tubuh Nico atas bawah. Dia berasa sikit tenang melihat tubuh Nico langsung tiada calar.

"Nico aku minta maaf pasal tadi. Aku tak bermaksud ma... " belum pun sempat Jayden mahu menghabiskan ayat dia, Nico pantas memotong.

"Aku dah maafkan kau. Aku nak minta maaf juga sebab buat kau risau. "Ujar Nico lalu menepuk perlahan bahu Jayden.

Nico memandang pelik beberapa orang guru di depan dia. Mana tidaknya, semua guru di akademi ini sangat sibuk menguruskan urusan akademi mahupun urusan luar akademi mereka.

"Jayden, kenapa semua guru ada kat sini? Ada apa-apa yang berlaku ke? "Tanya Nico pada Jayden pelik.

Jayden tersenyum sebelum menumbuk bahu Nico perlahan.

"Sebab kaulah. Qeris maklumkan pada pengetua tentang kau. Terus pengetua kerahkan hampir semua orang guru mencari kau. Dia pun ikut sama cari kau. "Kata Jayden.

"Ayah aku mana? "Tanya Nico sambil melilau mencari James.

"Encik James masih lagi di akademi. Dia tidak dibenarkan untuk mencari kau. "

Nico tersengih. Para guru yang ikut sama dalam usaha mencari Nico tadi mula mendekati Nico dan menanyakan pelbagai soalan dengan penuh rasa risau dan lega.

*****

Sudah tiba masanya untuk membuktikan hasil latihan Slaughter mereka selama dua bulan lebih. Nico, Jayden, Kyrill Dust, Megan D dan Daniel Jo melangkah perlahan menuju ke arah pelabuhan akademi Neptune. Mereka membawa sebuah beg galas dan beberapa buah beg bimbit tempat mereka menyimpan buku.

Kesemua pelajar akademi Neptune turut sama berada di pelabuhan akademi bagi mengucapkan ucapan selamat. Jayla dan Carter kelihatan sedikit sedih memandangkan dua orang rakan baik mereka akan pergi ke bandar lain selama sebulan untuk pertandingan Slaughter.

Carter memeluk Jayden dan Nico sebelum mengucapkan ucapan selamat berjaya pada mereka berdua. Jayla pula mencium pipi kedua-dua orang remaja itu dan menyebabkan mereka tersengih malu. Tidak lama kemudian, seekor paus biru yang sama yang membawa mereka ke akademi itu muncul berdekatan perlabuhan mereka sebelum mengangakan mulutnya.

Sebaik sahaja semua orang yang terlibat dengan aktiviti itu sudah masuk ke dalam mulut paus itu,paus itu terus berenang pergi meninggalkan pelabuhan Akademi Neptune.

"Baiklah, memandangkan ini adalah pertama kalinya korang semua mengikut pertandingan besar seperti ini, aku akan jelaskan beberapa peraturan. Para guru dilarang sama sekali untuk terlibat dalam latihan kita sesampainya disana nanti. Mereka hanya akan memerhatikan kita daripada jauh. Jadi, aku dan beberapa orang senior disini yang akan menjadi guru korang."

"Seperti yang korang nampak sekarang, tiada seorang guru pun akan mengikut kita. Mereka hanya akan menonton perlawanan kita sahaja nanti. Seterusnya, sepanjang sebulan kita disana, aku tegaskan tiada seorang pun yang berperangai teruk, senior atau junior, semua sama. Aku nak semua berdisiplin dan mendengar kata semua senior yang mengajar korang. Disana nanti kita juga akan diberi kebenaran untuk menggunakan kawasan lapang di bandar itu. "

Qeris menarik sesuatu keluar daripada poket dia. Dia menyerahkan sepuluh buah token keemasan pada setiap seorang yang berada di kapal paus itu. Selesai mengagihkan token itu, dia menyambung kembali kata-kata dia.

"Token ini adalah seperti surat jemputan kita. Kalau kau tak ada ni,kau tak akan dapat mendekati arena itu nanti. Satu lagi, sebarang kemenangan yang kamu semua peroleh akan memberi seratus mata merit pada menara kamu. Akademi yang paling banyak mata akan mendapat hadiah misteri dan tempat ke Perlawanan Liga Elysium untuk tahun ini. Hanya akademi yang dapat mengumpul seribu mata sahaja yang layak mendapat tiket ke perlawanan tersebut." kata Qeris penuh semangat.

Kemudiannya, Z melangkah ke sisi Qeris sebelum memandang ke arah Nico dan rakan sepasukan dia.

"Aku ada beberapa benda yang nak ditambah. Memandangkan kita akan berada lama di bandar Oregon, tinggal di hotel dan motel di kawasan bandar itu bukan pilihan terbaik. Jadi,aku minta tolong keluarga aku untuk carikan rumah sewa untuk kita. Tapi malangnya kebanyakan rumah sewa di pusat bandar sudah disewa untuk pertandingan persahabatan ini nanti. Jangan risau, abang aku berjaya menyewa sebuah rumah sewa tidak jauh daripada pusat bandar. "Ujar Z .

Qeris menepuk bangga bahu penolong dia itu. Dia memang suka dengan sikap bertangunggjawab Z itu.

"Aku harap korang semua mampu buat yang terbaik. Sebaik sahaja kita sampai di pelabuhan bandar Oregon,kita akan berjalan-jalan sbntar dipusat bandar sebelum menuju ke rumah sewa kita. Disana nanti kita akan bincang tentang strategi kita. "

Setelah itu semua orang bersurai sebelum menuju ke arah kabin yang berdekatan untuk melepaskan lelah. Perjalanan mereka memakan masa empat jam memandangkan. Sepanjang empat jam itu, Nico dan Jayden hanya menghabiskan masa mereka untuk tidur. Sudah agak lama mereka tidak dapat berehat seperti itu.

Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan berlatih, belajar,berlatih semula,ulang kaji, buat kerja sekolah dan kelas tambahan. Mereka hampir tidak berehat pada waktu siang. Sebaik sahaja malam tiba, mereka sudah tertidur di atas katil akibat kepenatan.

Tidur mereka diganggu oleh suara Qeris yang membangunkan mereka. Nico dan Jayden menggosok perlahan mata mereka sebelum merenung Qeris dengan pandangan mamai.

"Kita dah nak sampai. Bersiap cepat kita berjumpa di kauter depan kapal. "Ujar Qeris sebelum dia melangkah keluar daripada kabin itu.

Tidak sampai lima minit, Nico dan Jayden sudah selesai bersiap. Mereka segera menuju ke arah kauter hadapan kapal bersama beg galas dan beg bimbit mereka. Orang lain sudah berada di kaunter itu bersama barangan mereka.

Tidak lama kemudian, kapal ikan paus itu berhenti. Paus itu mengangakan mulut dia dan mendedahkan suasana bandar Oregon.

TO BE CONTINUED ...

Happy reading yalll!!!! ~\(≧▽≦)/~


The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang